CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

77 Keluarga Kampung Puah Seberang, Sentul Diarahkan Pindah

27-8-2014 12:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8897| Komen: 33

 77 Keluarga Kampung Puah Seberang, Sentul Diarahkan Pindah




Kuala Lumpur: Nasib 77 keluarga Kampung Puah Seberang, Sentul di sini menjadi persoalan apabila penempatan mereka di bawah status tanah rizab Melayu sejak 10 Januari 1916 akan dimajukan sebagai projek pembangunan bandar dan diarahkan berpindah.

Wakil penduduk, Ahmad Daud Mohd Ali, 62 berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan notis tempoh berpindah sehingga penghujung bulan ini dan ditawarkan projek perumahan rakyat (PPR) di Bukit Jalil.


“DBKL sebenarnya sudah meminta kami berpindah sejak 1990-an, tetapi hanya segelintir berpindah manakala masih ramai yang mahu kawasan ini dikekalkan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, DBKL mempunyai perancangan sebelum ini membangunkan kawasan penempatan berkenaan sebagai projek ‘River of Life’ iaitu mencantikkan dan melebarkan sungai untuk tujuan pelancongan, projek takungan banjir dan pembinaan Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE).


“Pada 4 Jun lalu, satu perjumpaan diadakan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib untuk berbincang lanjut, tetapi akhirnya membuat keputusan sama ada mahu atau tidak, kami kena berpindah dan kami membantah,” katanya.


Katanya, hak tanah rizab Melayu perlu dipertahankan selepas penduduk di situ berhijrah memajukan kawasan penempatan berkenaan ketika Datuk Seri Harun Idris sebagai Menteri Besar Selangor.

“Ketika Tan Sri Ahmad Fuad Ismail sebagai Datuk Bandar, kami pernah diajak berbincang bersama mengusulkan kertas cadangan dan DBKL melantik syarikat perunding bermula 2010 untuk mewujudkan kampung tradisi warisan Melayu yang kekal dalam bandar,” katanya.


Namun, bekas pesara tentera itu menyatakan cadangan pembangunan kampung tradisi warisan Melayu ini hanya sepi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan pertukaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Keputusan pembangunan ini digantung sehingga projek mega masuk. Pada pertemuan 4 Jun lalu, kami juga berdialog dengan Datuk Bandar dan meminta laporan diberikan pada penduduk, tetapi tiada,” katanya.


Katanya, mengikut laporan syarikat perunding berkenaan pada tahun lalu menyatakan Kampung Padang Balang, Bandar Dalam dan Sungai Merali dikekalkan sebagai kampung tradisi warisan manakala Kampung Puah Lembah, Kampung Puah Seberang dan Kampung Chubadak tidak dimasukkan tanpa alasan diberikan.


Ahmad Phesal ketika dihubungi menyatakan perpindahan penduduk di kawasan itu perlu dilakukan untuk membolehkan projek River of Life diteruskan.


“Kami perlu pindahkan mereka dan ianya membabitkan projek Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) untuk pinggir sungai dan kawasan kolam takungan.


“Projek ini adalah kepentingan pembangunan Kuala Lumpur dan rumah disediakan DBKL,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 26-8-2014 09:12 AM
halau semua orang...kang leh wat umah....pembelinya...kaum sepet........
Quote bluehedgehog 26-8-2014 09:21 AM
sip baik bkn di pulau pinang...musti hangat thread ni...
Quote AHMADVW 26-8-2014 09:24 AM
tanah/ kg org melayu berani lah dia masuk,


cer masuk kg cina , sonyap sopi dbkl dan geng umno
Quote BotakChinPeng 26-8-2014 09:32 AM
gaara_X posted on 26-8-2014 09:12 AM
halau semua orang...kang leh wat umah....pembelinya...kaum sepet........

Lu datang bulan lagi ka ?

itu projek cegah banjir la

EDIT
Kalo buat rumah pun kaum mundur macam sepet bukannya mampu beli Last edited by BotakChinPeng on 26-8-2014 12:21 PM

Quote cak! 26-8-2014 09:38 AM
anak kecil main api..tanah rizab mulayu dirembat lagi..angkara pemerintah umno
Quote BotakChinPeng 26-8-2014 09:39 AM
P*ndek mana kata itu tanah rizab melayu ?
Quote AHMADVW 26-8-2014 09:40 AM
skrg ni proses pengusiran kg melayu dan org melayu kt kg baru

ayuh bangsa ku

projek ni didalangi umno,


dpt pujuk tuan tanah  dpt komisyen
Quote BotakChinPeng 26-8-2014 09:42 AM
AHMADVW posted on 26-8-2014 09:24 AM
tanah/ kg org melayu berani lah dia masuk,

kampung cina lagi berani mereka masuk
Quote BotakChinPeng 26-8-2014 09:45 AM
bumi setinggan tempat engko huni saja milik orang.
Tanah kampung puah seberang plak milik dbkl
Quote AHMADVW 26-8-2014 09:47 AM
BotakChinPeng posted on 26-8-2014 09:42 AM
kampung cina lagi berani mereka masuk

sekali kene herdik dgn gangster cina mca diam seribu bahasa, tgk kepong,, sg buluh, kg cina kat sentul, setapak ada brani masuk kaa?

bnyak sgt baca utusan dn tgk tv3,,

lu pgi masuk kg baru kl baru tahu cerita sobonar,

habis kg baru nak buat service apartment mewah,,

nanti melayu kg baru yg dihalau ni duk kt flat pprt

ayuh bangsaku



Quote BotakChinPeng 26-8-2014 09:48 AM
AHMADVW posted on 26-8-2014 09:40 AM
skrg ni proses pengusiran kg melayu dan org melayu kt kg baru

ayuh bangsa ku

kpg baru tanah rizab melayu. tak ada siapa berani usir.



Quote ninja boy 26-8-2014 09:52 AM
sibuk dgn palestin konon menjadi hero sambil tanah sendiri tergadai, sebegitu kah
Quote kenarikelabu 26-8-2014 09:57 AM
Asik kena halau je melayu...pastu duduk PPRT tak dpt byr, pun kena halau lg
Quote bangcak 26-8-2014 09:59 AM
BotakChinPeng posted on 26-8-2014 09:48 AM
kpg baru tanah rizab melayu. tak ada siapa berani usir.

mmg trend skang usir org2 kampong dgn warga kem melayu majidi untuk warga asing usahakan tanah kot?


Quote BotakChinPeng 26-8-2014 10:00 AM
AHMADVW posted on 26-8-2014 09:47 AM
sekali kene herdik dgn gangster cina mca diam seribu bahasa, tgk kepong,, sg buluh, kg cina kat se ...

aku bukan setakat pokpek ngokngek macam engko.



ini bukti kpg cina kena roboh di jinjang




http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ta&pg=wk_01.htm
Quote BotakChinPeng 26-8-2014 10:01 AM
bangcak posted on 26-8-2014 09:59 AM
mmg trend skang usir org2 kampong dgn warga kem melayu majidi untuk warga asing usahakan tanah kot ...

tapak kem majidi syarikat melayu yg majukan la bodoh
Quote BotakChinPeng 26-8-2014 10:10 AM
kenarikelabu posted on 26-8-2014 09:57 AM
Asik kena halau je melayu...pastu duduk PPRT tak dpt byr, pun kena halau lg

penghuni flat pprt macam engko tak pernah tau ka cina &  bangsa lain lagi teruk kena halau
Quote ajie2000 26-8-2014 10:12 AM
AHMADVW posted on 26-8-2014 09:47 AM
sekali kene herdik dgn gangster cina mca diam seribu bahasa, tgk kepong,, sg buluh, kg cina kat se ...

Camni lah MACAI..

Gabungan PAS, DAP dan PKR memerintah nanti ngko selesaikan lah...

Tapi belum memerintah,  PAS dah jilat jubor DAP..

kena sergah dengan hudud habis ulamak kecut telor kerandut masuk kat dalam..

Lagi buleh harap ker ?...

Puiii...!!
Quote bluehedgehog 26-8-2014 10:13 AM
ajie2000 posted on 26-8-2014 10:12 AM
Camni lah MACAI..

Gabungan PAS, DAP dan PKR memerintah nanti ngko selesaikan lah...

minta tolong post gmbr pas jilat jubor dap...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.243483 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top