CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pelajar Tanggung Aib Hamil 7 Bulan

29-8-2014 12:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18740| Komen: 130

Pelajar Tanggung Aib Hamil 7 Bulan


KUALA TERENGGANU - Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.

Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.

Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar.

“Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.

“Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.

Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan.

“Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya.

7

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
12

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Badut.Sarkas 29-8-2014 10:50 AM
tahniah sebab jadi ibu di usia muda.. anak tu jangan esok campak lam longkang.. bela or bagi orang lain bela.

takziah sebab partner anda dah meninggal.
Quote Innrukia 29-8-2014 10:52 AM
Sempat jugak tinggal zuriat sblum meninggal. Moga anak kecik tak berdosa tu jd insan berguna
Quote sis_yus 29-8-2014 10:53 AM
hmmm x tau nak kata apa...
Quote blackred99 29-8-2014 10:54 AM
jumpa first time terus on? hebat..
Quote NURMIMIE 29-8-2014 10:55 AM
mak tak rapat ke ngan anak pompuan dia ne?

dah mengandung 7 bulan pun mak tak tau?

alahai mak..
Quote cak! 29-8-2014 10:57 AM
tembak tepat ni skali buat trus dpt..kepelekang tnpa batasang
Quote nikaido 29-8-2014 10:58 AM
sex is way of life for terengganu people (especially kuala & besut)
Quote idril 29-8-2014 10:58 AM
mmg pelik caner boleh tak perasaan perubahan badan anak.... maknya mmeng jenis tak amik tau pasal anak2 neh......
Quote batmana 29-8-2014 10:59 AM
7 bulan..
cmnela mak paknye tkle perasan perut anak tu..
Quote Badut.Sarkas 29-8-2014 11:04 AM
esok dah beranak kalau dah malas study, malas kerja, takmo jaga anak.. jangan bebankan mak bapak.. sile gi berjuang ngan ISIS.. jadi gundik pun jadi la..
Quote julia5094 29-8-2014 11:08 AM
15 tahun dah pandai sembunyi2 keluar dengan boyfriend..walau apa seb baik tau awal. Kalau tak, apa la nasib baby tu nanti. Sedih sangat banyak kes macam ni melibatkan remaja bawah umur. Hari tu pun ada member mengajar kat sekolah pun bagitau perkara yang sama. Anak murid tingkatan 4 mengandung, hasil hubungan terlarang dengan boyfren tingkatan 5, sekolah yang sama.
Quote kentel 29-8-2014 11:11 AM
nak buat guane...ni jela hiburan yang deme ade....
Quote prettyuglybabe 29-8-2014 11:11 AM
jangan tanya kenapa family tak perasan bla bla bla..
itu adalah definisi kepada privacy katanya
Quote bobby2008 29-8-2014 11:11 AM
anaknya tu gemuk, so tak pasan mengandung. ni biasa terjadi untuk perempuan gemuk.
Quote haryatie 29-8-2014 11:17 AM
x tahu nk kesian ker apa...tp kesian la jugak..
walaupun salah tetap salah..
benda da jd pun..
bertabah la  & smoga dpt jln yg terbaik utk ank & jugak baby yg akan dilahirkan..
Quote supernaturalee 29-8-2014 11:18 AM
cak! posted on 29-8-2014 10:57 AM
tembak tepat ni skali buat trus dpt..kepelekang tnpa batasang

mana kau tau sekali?

Quote fifie_olin 29-8-2014 11:19 AM
takotnya dgr sklh2 dh peknen...jauhla drp famili ku
Quote HANIMUSLIMAH 29-8-2014 11:19 AM
alahai..ramainya ibu muda..
Quote itik_kuning 29-8-2014 11:26 AM
kenapa la pancut dalam dik oiii?

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.059489 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top