CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Awas Kopi Gantung Boleh Meragut Nyawa

4-9-2014 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19279| Komen: 91

Awas Kopi Gantung Boleh Meragut Nyawa

Kuala Lumpur: Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.

Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus.

Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam.

Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

PEGAWAI Cawangan Penguat Kuasa Farmasi menunjukkan kopi ‘maut’ yang dirampas dalam serbuan di Jalan Tunku Abdul Rahman petang semalam.

Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan kepada orang ramai.

Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain.

1

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matdue77 4-9-2014 08:14 AM
Aku mmg tak minum/sentuh langsung kopi yang gantung-gantung kat kedai kopi macam nie...
Quote PongKang 4-9-2014 08:16 AM
skang lagi la kopi kolagen la kopi kurus la kopi ketat la kopi vitamin c la.. semua ni mengarut.
Quote nalis 4-9-2014 08:19 AM
Lelaki dan seks berpisah tiada
Quote mbhcsf 4-9-2014 08:22 AM
Pergila beli coffee yg real nyer laa...aduhai. tak payah lah dok tambah itu ini . Kan dah ada caffeine? Lorr...
Quote jengkoil 4-9-2014 08:31 AM
Dari perbualan kedai kopi..kesan sampingan kopi pakcik misai...

pedih hulu hati, cirit, rasa cucuk2 minor kat jantung dan kepala...
batang tiba2 mengkeras dan masih maintain mengkeras lps ejakulasi...  
Quote zwaty 4-9-2014 08:43 AM
pelikla...nape nak kena amek bende2 mcm ni......
Quote ninja boy 4-9-2014 08:45 AM
beli aja kopi di supermarket jenama mmg sah
Quote biskutsusu 4-9-2014 08:59 AM
gatal sangat nak minum kopi jantan bagai
terimalah padahnya
Quote TanSriJess 4-9-2014 09:07 AM
keh3

khabarnya rmai yg demam 2 hari lps mnum bnda alah ni sepeket
Quote niceghost2005 4-9-2014 09:18 AM
mbhcsf posted on 4-9-2014 08:22 AM
Pergila beli coffee yg real nyer laa...aduhai. tak payah lah dok tambah itu ini . Kan dah ada caffei ...

Dah berbuih me cakap........

Apa apa barang yg cepat memberi kesan, adalah bahaya.
Badan letih..................makan jamu ABC, tiba tiba segar.
Itu barang.............mau kaji dulu.

Nak segar, pi ambik wudhuk laaaa
Lagi bagus, pi laa mandi wajib.


Quote zaliza 4-9-2014 09:18 AM
huhuhuh...my hb peminum tegar kopi ni... dh smpaikan msej ni... tpi dia buat dunno..dia bgtau..org yg tak biasa minum mmg jd mcm2... dia kata takpe..

**mybe dia tak sayangkan diri dia n diri org yg menyayanginya kot... sadis kan... **
Quote myakayina 4-9-2014 09:35 AM
kopi jantan tu kopi apa?
Quote lavasyawal 4-9-2014 09:38 AM
zaliza posted on 4-9-2014 09:18 AM
huhuhuh...my hb peminum tegar kopi ni... dh smpaikan msej ni... tpi dia buat dunno..dia bgtau..org y ...

amacam performance dia sekarang...mantop ke atau cam biasa je??


Quote zaliza 4-9-2014 09:45 AM
lavasyawal posted on 4-9-2014 09:38 AM
amacam performance dia sekarang...mantop ke atau cam biasa je??

jujur bgtau.. mmg mantop... kehebatannya luarbiasa..
lg 1, dia ada masalah sembelit @ susah nk membuang...dulu-dulu..tpi semenjak amalkan kopi ni... penghadamannya berjalan lancar...

so... what can i do now? minta dia berhenti atau biarkan je laa..
Quote supernaturalee 4-9-2014 09:47 AM
niceghost2005 posted on 4-9-2014 09:18 AM
Dah berbuih me cakap........

Apa apa barang yg cepat memberi kesan, adalah bahaya.

ubat utk org sakit tu bahaya la?
Quote cmf_kunyit 4-9-2014 09:51 AM
zaliza posted on 3-9-2014 07:45 PM
jujur bgtau.. mmg mantop... kehebatannya luarbiasa..
lg 1, dia ada masalah sembelit @ susah nk ...


baik stop la bro, Last edited by cmf_kunyit on 3-9-2014 07:55 PM

Quote Vellfire 4-9-2014 09:53 AM
PongKang posted on 4-9-2014 08:16 AM
skang lagi la kopi kolagen la kopi kurus la kopi ketat la kopi vitamin c la.. semua ni mengarut.


kopi kolagen pun ade? kalau dengar ada kolagen jer terus nak minum yer
Quote kenarikelabu 4-9-2014 09:55 AM
Member aku mmg kaki minum kopi paket gantung2 nih, dia cakap bila mlm ngn bini jd power... Last aritu dia kene batu karang, trus insaf tak sentuh dah kopi gitu...
Quote Maideen. 4-9-2014 09:58 AM
Kalau boleh carilah kopi yang menjadi pilihan para para Ulamak yang macam ini...:

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.179147 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top