CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Boikot Produk Hanya Hangat-Hangat Tahi Ayam

9-9-2014 04:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14765| Komen: 96

Boikot Produk Hanya Hangat-Hangat Tahi Ayam



SHAH ALAM - Rakyat di negara ini disifatkan tidak konsisten dan hanya hangat-hangat tahi ayam dalam memboikot produk yang ada kaitan dengan Israel.
       
Pengerusi Aqsa Syarif, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, penindasan rejim Zionis yang sudah mulai reda di Gaza menyebabkan masyarakat kembali membeli barangan yang telah diboikot dahulu.
       
“Masyarakat perlu sedar bahawa Israel tidak akan berhenti daripada terus menjajah bumi Palestin dan tindakan masyarakat yang kembali membeli dan menyokong produk Israel adalah satu tindakan yang mengecewakan.
       
“Untuk membebaskan bumi Palestin, kita memerlukan perjuangan berterusan dalam bentuk sumbangan dan penglibatan dalam kempen boikot," katanya.
       
Menurutnya, kebanyakan masyarakat tersilap dalam mengaplikasikan kempen boikot menyebabkan mereka tidak mampu meneruskannya secara konsisten.
       
“Boikot lebih kepada mewujudkan kesedaran serta kesan jangka panjang selain bertujuan supaya syarikat yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada Israel mengubah polisi mereka itu.
       
“Kerana itu, awal-awal lagi kami telah menyeru kepada masyarakat untuk boikot atas dasar kefahaman dan ilmu, bukannya secara emosi. Apabila boikot guna emosi, perkara sebegini yang berlaku. Sesudah berakhirnya serangan, mereka kembali ambil pendirian untuk tidak boikot,” katanya.
       
Katanya lagi, mereka yang sedar akan tanggungjawab memboikot akan dapat memastikan penindasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza berakhir.


Bagus
11

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 9-9-2014 08:49 AM
msia dan tahi tak de beza...hangat2 tahi ayam..
Quote muo1202 9-9-2014 08:51 AM
mcm biasa la org mesia nie... paham2 je la..
Quote puteri_impian 9-9-2014 08:51 AM
MCD dah mula ramai org islam Q drive thru...
segan kot nak lepak makan takot kena kutuk drive thru jeh
Quote tssy 9-9-2014 08:51 AM
I'm still boycotting McD, Starbucks (even i 💜 coffee so much), Nestle etc etc Last edited by tssy on 9-9-2014 10:54 AM

Quote applemy 9-9-2014 09:14 AM
Semalan beli 2 botol starsucks kat cold storage.. sedapnya minum icy cold hiks!
Quote ella. 9-9-2014 09:22 AM
makcik tanak la bersekongkol ngan yahudi boikot2 mcd nih..
Quote blackred99 9-9-2014 09:26 AM
dah gencatan, so semua org stop boikot mcd.
Quote VuJiE 9-9-2014 09:28 AM
dah agak. malaysian dari dulu pun macam tu, hangat2 taik itik.
Quote puteri_impian 9-9-2014 09:31 AM
tssy posted on 9-9-2014 08:51 AM
I'm still boycotting McD, Starbucks (even i 💜 coffee so much), Nestle etc etc

sama la...put pn dh boikot...memula dulu jangal jugak....sbb dh terbiasa beli produk2 nestle...tpi lama2 put dh ok...kan dah bayak produk2 lain selain nestle
Quote namirulmukminin 9-9-2014 09:31 AM
I'm still boikot McD sebab makananya tak bagus utk kesihatan...
Quote edee_91 9-9-2014 09:31 AM
Alhamdulillah tuhan bukakan juga pintu hati mereka untuk makan mekdi jua akhirnya.
Quote poison_paradise 9-9-2014 10:00 AM
Product shaklee tu betul ke founder die yahudi Israel laknatullah?
Quote kejoraria 9-9-2014 10:09 AM
poison_paradise posted on 9-9-2014 10:00 AM
Product shaklee tu betul ke founder die yahudi Israel laknatullah?

baru nk tanya jugak....betul ker haa?
Quote poison_paradise 9-9-2014 10:12 AM
Copy paste ttg shaklee

Salam.. Setahu sy founder Shaklee adalah Dr Forrest C. Shaklee.. Dan FYI doktor tu berbangsa Yahudi. Sy rasa anda tahu tentang perkara ini dan anda mungkin buat-buat tak tahu kerana mata anda telah dikaburi dengan bonus bulanan yg datang dr sumber syubhah (MLM). Walaupun anda kata sistem MLM anda syarie tapi sebenarnya tidak ada MLM yg syar'ie. Byk lagi produk bumiputera Melayu yang lain kenapa masih nak sokong produk orang Yahudi juga ya? Mengapa masih membantu dan secara tidak langsung menyokong mereka? Meskipun anda kata tidak ada bukti Shaklee menyumbang kepada Israel, jika saya berada di tempat anda sudah lama sy angkat kaki kerana berasa was-was dari manakah sumber bonus dan kemanakah keuntungan disalurkan?

Bukalah mata & akal fikiran supaya tidak tertipu dengan nafsu sendiri.

Salam Ramadhan.
Quote haryatie 9-9-2014 10:15 AM
biasa tu...hangat2 tahi ayam ngn org malaysia berpisah tiada..
x kira la dgn siapa atau di mana
Quote ifanonline 9-9-2014 10:16 AM
prof ni baru tahu ka?
Quote xdielzx 9-9-2014 10:16 AM
masih boycott... insyaAllah
Quote honda_jazz 9-9-2014 10:16 AM
dah agak dah...
Quote kejoraria 9-9-2014 10:23 AM
org M'sia mmg mcm tu....hot hot chicken shit
buat setakat ni aku masih hanya mampu boikot McD ngan Starbucks jer

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.050924 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top