MIG Masih Hutang Dengan Saya Berpuluh Ribu Ringgit Seperti tidak ada kesudahan nampaknya pertikaian antara pihak David Teo dan Aeril Zafrel tentang beberapa perkara yang masih berbangkit sehingga ke hari ini. Ada sahaja jawapan dari kedua dua belah pihak yang sebenarnya tidak membantu selesaikan masalah. Baru baru ini, sebuah audio rakaman perbualan antara wakil MIG dan pengurus Aeril Zafrel telah tersebar di internet menunjukkan yang kereta Suzuki Swift ‘milik’ Wawa Zainal yang hilang sekitar tahun 2013 yang lalu sebenarnya dalam simpanan MIG. David Teo dan MIG selepas itu menjawab yang kereta Suzuki Swift itu secara terang lagi bersuluh merupakan hak milik MIG dan mereka tidak faham kenapa Aeril Zafrel masih lagi mahu terus memperbesarkan isu dan mencari pasal. Hari ini menerusi portal GUA, Aeril Zafrel mendedahkan yang pihak MIG masih banyak berhutang wang ringgit dengan dirinya dan Wawa Zainal dengan nilai yang banyak.
|
ADVERTISEMENT