CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpaksa Bina Rumah Di Tanah Kubur

17-9-2014 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12854| Komen: 88

Johor Bahru: “Kami tidak pernah terfikir masalah gangguan makhluk halus sebaliknya hanya mahu tempat berteduh selepas terpaksa mengosongkan rumah sewa.

“Hingga kini, kami empat beranak tinggal di kawasan perkuburan lama tanpa sebarang masalah,” kata seorang lelaki dikenali sebagai Mokhtar, 36, semalam.

Mokhtar yang hanya mengutip barangan kitar semula termasuk besi buruk untuk menyara keluarga berkata, dia bersama isterinya, Normah, 34, membawa dua anak perempuan mereka yang berusia tiga dan enam tahun tinggal di sebuah pondok usang di tanah perkuburan itu selepas kehilangan tempat tinggal sejak tahun lalu.

“Ramai yang pelik bagaimana kami tinggal di sini kerana ini   tanah perkuburan lama yang kini sudah bersemak,” katanya.

PONDOK usang di tapak kubur lama jadi tempat tinggal sekeluarga.


“Bagaimanapun, hingga kini kami tinggal tanpa sebarang gangguan kerana hanya mahu menumpang sementara di tanah ini,” katanya.

Mokhtar berkata, pendapatannya kurang RM500 sebulan dan ia tidak cukup untuk membayar sewa rumah.

Katanya, disebabkan tidak membayar sewa selama lebih tiga bulan, mereka sekeluarga diminta mengosongkan rumah sewa di Taman Desa Mutiara di sini.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya nasib saya mungkin kurang baik.

“Saya berasal dari Kangkar, di sini, sebelum ini tinggal di sebuah kampung berhampiran kawasan ini, tetapi semua penduduk dipindahkan ke kawasan lain.

“Sebab itu, saya nekad membina pondok dan tinggal di sini walaupun tanpa elektrik dan air kerana sudah biasa dengan persekitaran kawasan ini, ” katanya.

16

Bagus
16

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
15

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 17-9-2014 07:39 AM
malaysia yg aman dan kaya raya nie perkara terpencil
malah Husni kata ekonomi Malaysia adalah yg terbaik di dunia
tu mesti sengaja aje buat rumah buruk sebab nak cari publisiti
in reality malaysia mana ada org miskin?
Quote cap_ayam 17-9-2014 07:40 AM
Aiseh.. Camna boleh jadi lagu ni.. Malam2 takde lampu? Isteti masak guna kayu api ke.
Anak pi sekolah tadika ke tak? Ni jb kat mana ni..
Quote haryatie 17-9-2014 07:42 AM
x de elektrik tu boleh tahan lagi
xde air susah tu....mana dia cari sumber air
kdg2 rasa pelik mcam mana pendatang boleh hidup mewah
sdgkan org malaysia sendiri mcam ni..
kat mana salah nya..
Quote ell768 17-9-2014 07:43 AM
haish..patut minx keje jd penjaga kubur kt situ jer..
Quote BotakChinPeng 17-9-2014 07:50 AM
Pekerja harian metro miskin hina sekarang menagih syabu pulak ka ? Aku tak nampak pun gambar sesiapa
Quote BotakChinPeng 17-9-2014 07:52 AM
haryatie posted on 17-9-2014 07:42 AM
x de elektrik tu boleh tahan lagi
xde air susah tu....mana dia cari sumber air
kdg2 rasa pelik mca ...

ya. babu yg didera & penghuni kongsi semua hidup mewah
Quote leylapple 17-9-2014 08:42 AM


pengotornya...

miskin tak semestinya jadi pengotor...isk2
Quote redz85 17-9-2014 08:43 AM
@kak_sue

sekurang kurang nya rumah dia ada tanah.. boleh bercucuk tanam.. kan kak_sue?
Quote batmana 17-9-2014 08:46 AM
Jkkkkkkkkk tido ka? Pi la panggil jkm.. Amik anak diaorg. Duk hostel. De juge manfaat. Bole blaja.
Quote yellowfin 17-9-2014 08:58 AM
Satu jer sebab....

Pemalas!

Quote the_killer 17-9-2014 09:02 AM
johor Bharu? bukan ke Johor ni Kaya Raya...Johor nak keluar Malaysia?
Quote artcrime 17-9-2014 09:03 AM
redz85 posted on 17-9-2014 08:43 AM
@kak_sue

sekurang kurang nya rumah dia ada tanah.. boleh bercucuk tanam.. kan kak_sue?

skarang kan boleh hidroponik..

Quote fifie_olin 17-9-2014 09:03 AM
leylapple posted on 17-9-2014 06:42 AM
pengotornya...

miskin tak semestinya jadi pengotor...isk2

aku perasan yg miskin2 ni mmg kotor skit....ntah la kan...

Quote redz85 17-9-2014 09:06 AM
artcrime posted on 17-9-2014 09:03 AM
skarang kan boleh hidroponik..

tapi dia takde air..
Quote nh83 17-9-2014 09:10 AM
Kesiannya..
Quote liyamariska 17-9-2014 09:12 AM
ai rasa lelaki ni tak gi minta bantuan dari badan kebajikan...

takkan gaji RM 500? musykil ai memikirkannya... kt JB tuh...
Quote nidzrain 17-9-2014 09:18 AM
haryatie posted on 17-9-2014 07:42 AM
x de elektrik tu boleh tahan lagi
xde air susah tu....mana dia cari sumber air
kdg2 rasa pelik mca ...

satu yg aku terpk... pendatang tak pernah memilih kerja... sedangkan rakyat tempatan kemaen kekwat xmo keje ni.. xmo keje tu... xmo jd pencacai.. sudahnye hadap la kejer sebegitu....

pelik.. sanggup hidup susah dr susah kan diri dgn kejer yg lbh elok
Quote bangcak 17-9-2014 09:20 AM
BotakChinPeng posted on 17-9-2014 07:50 AM
Pekerja harian metro miskin hina sekarang menagih syabu pulak ka ? Aku tak nampak pun gambar sesiapa ...

mb johor tido ka tak reti buat keje??
harap aduan rakyat tv3 bleh call mb dan siarkan betapa hapraknya
kerajaan negeri johor.
Quote LUNCH 17-9-2014 09:36 AM
Sesuai lah tempat tu dengan dia. Kalau duduk flat nanti sampah semua campak ikot tingkap.

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047088 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top