CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Gunting Retro Berhantu

17-9-2014 10:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9106| Komen: 16

Gopeng: Biarpun dikatakan ‘kedai berhantu’ oleh sesetengah pihak, kedai gunting rambut berusia lebih 60 tahun  di Pekan Kampung Kepayang, Sungai Raya di sini, masih teguh beroperasi dan menjadi tumpuan masyarakat sekitar.

Kedai yang masih aktif  itu tetap menarik perhatian ramai serta dikunjungi oleh pelanggan daripada pelbagai kaum dan usia.


Tidak kira Melayu, Cina atau India, semua pelanggan yang mendapatkan khidmat guntingan di kedai itu pastinya berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan ‘klasik’ yang dipraktikkan sejak sebelum merdeka lagi.

Mula beroperasi pada 1953, kedai gunting  diuruskan  generasi kedua iaitu R Gnasergaran, 63, masih menjadi tumpuan sehingga kini.

Tambah menarik orang ramai yang melalui jalan lama khususnya dari Gopeng  ke Ipoh pastinya  menyedari kewujudan kedai berkenaan berikutan ia adalah satu-satunya premis yang masih beroperasi di pekan lama itu.

Gnasergaran berkata, walaupun keadaan bangunan agak uzur dan lama, kebanyakan pelanggan masih setia menggunakan khidmatnya.



DERETAN kedai yang terletak  di PekanKampung Kepayang. Gambar kecil, Gnasergaran menggunting rambut pelanggan.

“Saya  bersyukur  mampu meneruskan perniagaan  ini walaupun beroperasi di kawasan yang  jauh daripada tumpuan ramai. Malah, kebanyakan pelanggan datang daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.

“Siapa sangka kedai yang dikatakan buruk dan berhantu oleh sesetengah pihak masih mampu menarik minat orang ramai daripada pelbagai kaum. Tidak kira Melayu, Cina atau India, semua  pelanggan saya,” katanya.

Menurutnya, kawasan sekitar pekan Kampung Kepayang pada awalnya tidak sunyi seperti sekarang, sebaliknya ia  ‘lubuk’ perniagaan yang popular bagi masyarakat setempat untuk membeli barang keperluan.

Katanya, hampir semua peniaga di bangunan berkenaan  berpindah sekitar 1990-an selepas wujudnya desas-desus mengatakan laluan jalan di pekan itu akan dinaik taraf menjadi lebuh raya.

“Namun, selepas mereka mula berpindah, projek itu dibatalkan dan dilaksanakan di laluan lain. Saya juga agak terkilan apabila mereka pindah meninggalkan pekan ini.

“Bayangkan ketika itu saja ada lapan kedai runcit,  tidak termasuk tiga kedai gunting rambut serta enam kedai kopi. Namun kini hanya kedai gunting rambut saya yang  beroperasi,” katanya.
Dalam pada itu, Gnasergaran t berharap  pihak tertentu dapat menaik taraf atau memperbaiki bangunan lama jika ia masih kukuh untuk digunakan.

19

Bagus
25

Marah
28

Terkejut
22

Sedih
25

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azharariff 15-9-2014 05:40 PM
so angker ke tidak ni? yoyo ja
Quote mattzzx 15-9-2014 05:50 PM
Mana hantunyaa?
Quote batmana 15-9-2014 07:40 PM
Selamat ka tmpt tu.. Dibuatnya terbakar.. Abis satu deretan kedai tu
Quote ell768 15-9-2014 07:47 PM
berani jgk dia..antu xper jgk kalau penyamun..lg haruu
Quote Al-Patih 16-9-2014 04:23 AM
Tidak kira Melayu, Cina atau India, semua pelanggan yang mendapatkan khidmat guntingan di kedai itu pastinya berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan ‘klasik’ yang dipraktikkan sejak sebelum merdeka lagi.

ini menunjukkan keharmonian...kodai tu....
Quote kenarihitam 16-9-2014 10:43 AM
Aku prnh lalu jln nih..klu lalu time siang tkde la angker..kete byk lalu lalanh..cuma klu lalu dlm koi 11 mlm..agak angker gak la sbb sunyi kwsn nih..
Quote ice_sky92 16-9-2014 11:33 AM
Macam bangunan terbiar je.
Quote imthegirl 16-9-2014 11:54 AM
Sini memang dah teruk dah kedai kedai dia. Ada yg dinding pon dah takde. Buat photoshoot cantik sini.

Bebaru ni ada satu kedai tu owner dia masuk balik. Tapi dia tinggal je lah takde bukak kedai.

Lagi satu masalah sini jalan ty dah sampai depan pintu. Takda bahu jalan. Mana orang nak parking kereta kalau nak nyinggah membeli. Mungkin tu jugak faktor diorang pindah.
Quote mbhcsf 16-9-2014 12:16 PM
Apa isu?bukan satu isu nasional tapi personal isu ada pemilik premis kot.
Quote -electrifying- 18-9-2014 08:58 PM
wah bangunan legend
Quote star_anisse 19-9-2014 12:49 PM
kalo filem2 berkisar tahun 50-an sebelum merdeka leh buat kt sini nie..
Quote cowey 19-9-2014 01:16 PM
perak bnyk pekan2 cam nie..

compare to negeri2 lain..
Quote WawaRaRa 19-9-2014 04:12 PM
kalau direpair dan rupa dikekalkan kan bagus... nostalgia dan klasik gitu... aku suka....
Quote supernaturalee 19-9-2014 04:15 PM
mana 1 kedai gunting nye chor?
Quote chinta89 21-9-2014 04:37 PM
erkk... yg mne kedai gunting? xde gambar klasik2 ke dlm kedai gunting? sje nk tgk..

"gambar mana gambar?"hehehe..
Quote AHMADVW 21-9-2014 04:41 PM


Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.148685 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top