CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Chef Wan Sekat 10 Pengikut Instagram Sehari

17-9-2014 10:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10215| Komen: 38

Chef Wan Sekat 10 Pengikut Instagram Sehari


Chef Wan minta pengikut Instagram hormat Instagram miliknya.



PETALING JAYA: Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan mendedahkan dia telah menyekat 10 pengikut laman sosial Instagram miliknya sehari yang mengambil kesempatan menggunakan platform tersebut sebagai tempat berniaga.

Chef Wan, 56, berkata ia berikutan komen berunsur iklan dan tidak bersesuaian itu telah menganggu privasinya yang mahu berkomunikasi dengan pengikutnya.

"Setiap hari saya terpaksa mengenal pasti dan menyekat peniaga yang menggunakan laman Instagram ini untuk tujuan berniaga. Lebih-lebih lagi akaun yang tidak mendedahkan identiti mereka yang cuba berselindung di sebalik dunia perniagaan masing-masing.

"Saya berbuat demikian memandangkan ia semakin menjadi-jadi dan menyukarkan saya untuk membaca komen-komen pengikut yang benar-benar jujur.

"Mereka (peniaga) sepatutnya menghormati privasi orang lain dan bukannya sesuka hati menyemakkan laman sosial orang lain dengan pelbagai iklan," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada Isnin.

Ketika ini Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya iaitu @Chefwan58 mempunyai lebih 67,000 pengikut.

Terdahulu Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya telah menengur segelintir pengikut laman berkenan yang menjadikan akaun miliknya untuk memuat naik status perniagaan masing-masing.




Status di Instagram Chef Wan yang menegur pengikutnya.


3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 16-9-2014 12:42 AM
Perkara itu menyebabkan rasa kurang senang Chef Wan yang terpaksa menyekat pengikut-pengikut berkenaan agar mereka tidak berterusan melakukan perbuatan tersebut.

Sementara itu, Chef Wan berkata, dia terpaksa bersikap jujur dan bercakap secara terus terang agar perkara ini menjadi pengajaran kepada pengikut lain.

"Saya tahu, apabila saya bersuara seperti ini tentu ramai yang tidak suka tetapi ini kebenarannya.

"Sejak akhir-akhir ini saya melihat media sosial lebih banyak memberi impak negatif sedangkan ia boleh menjadi satu perkara positif dalam memberikan inspirasi kepada orang lain.

"Kebanyakannya media sosial menjadikan manusia membuang masa, suka menjaga tepi kain orang, bergosip, buruk sangka dan lebih teruk lagi menyebarkan fitnah sana sini," ujarnya.

Bagaimanapun, kata Chef Wan, dia tidak akan menyahaktifkan akaun Instagram miliknya hanya kerana perkara itu kerana dia percaya masih lagi ada pihak yang menghargai setiap foto dan status yang dimuat naik di laman sosial berkenaan.
Quote malaywood.NET 16-9-2014 12:44 AM
aku tertanya tanya kalau perniaga guna cara seperti dinyatakan chef wan katakan tu jatuh hukum haram tak?
Quote cikgojesss 16-9-2014 12:49 AM
kelas ko nenek wan..
Quote RatuDunia94 16-9-2014 01:04 AM
kalo x nak disekat kena lah bg komen :

cantiknya, kurusnya, putihnya, mulusnya etc....
Quote PongKang 16-9-2014 01:08 AM
Rajinnya dia... Kim kardashian buat bodo je
Quote maxim 16-9-2014 01:48 AM
rajin ko wan
Quote asteruk 16-9-2014 02:52 AM
jumaat lepas nampak chef wan buat demo masakan kat sunway pyramid
Quote pinkzara 16-9-2014 05:10 AM
saya pun menyampah baca iklan org di ig.
semak ok
yg tukang jual tu tak malu ke?
takde etika langsung.
tak ingin la nak beli dgn og yg x de etika ni.
Quote myrustyme 16-9-2014 05:54 AM
tp kadang2 rase nyampah jgk dgn IG sellers ni.. dh la spam penuh kt komen.. kesian kt owner IG nk balas komen kawan diorg..
Quote nadieya 16-9-2014 06:50 AM
kalau iolz femes mcm dia pun iolz buat mcm tu...
kalau la kan... hik3
tp igseller mmg melampau, kdg2 tu org dah warning pun still dok visit my ig la
apa la...
mcm muka x malu pun ada jugak...
byk lagi cara nak lariskan brg2 yg hendak dijual..
guna saluran yg betul...
ini umpama, org dah suruh balik, tapi tetap jugak nk dtg bertandang
Quote ssbrosi 16-9-2014 07:01 AM
Tumpang tanya ada tak sesiapa tahu macam mana nak contact chef Wan? Saya nak dia buat cooking demo untuk pesakit cancer sebagai satu activity untuk "Pink October" (breast cancer month)
Quote Suchi 16-9-2014 07:04 AM
eh baru perasaan tetiba iols unfollow chef wan plak, igtkn kena block
td baru follow balik..

smlm pun mcm terbaca status KJ kat fb psl iklan nih., dia pun kata xdaya nk delete iklan byk2..

yelah org nk baca komen tp selalu terganggu dgn iklan bagai
pjg2 plak tu.

paling teruk yg menumpang buh iklan time org review  ig
tak patutlah sbb tu iklan berbayar, awak free ja dtg komen promo bagai..

Quote Jerambut 16-9-2014 07:23 AM
Baca tajuk, ingatkan Chef Wan ni jenis, block haters jugak ke..pasal nak dengar komen bayek2 aje....
Ptui..
Rupa-rupanya....block spammers ke.... sewajarnya la tu.
Good job chef wan...
Quote dubuk 16-9-2014 10:16 AM
kalau hendak maju dalam perniagaan

pergi lah menumpang dimana mana IG orang

menolong dapat pahala katanya

kuikuikui
Quote nour2001 16-9-2014 10:45 AM
Engko masuk rumah org lain tak bagi Salam ke hapa tapi mau jual barang..haruslah kena halau...
Quote putehkundor 16-9-2014 11:00 AM
Tu lah kannn....nak masuk IG org pun kena la bagi salam....ni tetiba jual barang...mengong.
Patut ikut resmi hadek azwan Ali sbb selalu bagi salam Dulu....even nak memaki hamun org pun.
Quote OSEMMM 16-9-2014 12:25 PM
Gasak jgn x gasak...

   image.jpg
Quote Soksek11 16-9-2014 12:32 PM
aku suka baca celoteh chefwan kat ig beliau...lagi aman bile baca komen... xde langsung instaseller... goodjob!
Quote wadiunong 16-9-2014 12:32 PM
Aku heran dgn igseller yg muka tembok ni.  Sorry aku tak pnh ada hati nk baca iklan diaorg. Lg satu follower yg suka komwn negative and bajet bagus ni. Plsla korang yg suffering baca bebelan cefwan weols yg just follower biasa yg excited nk tau travelog dia tu je

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.056368 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top