ZURAIDA - PAS PARTI PENGKHIANAT TAK PERLU BERI EXCO Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berpendapat komposisi pembahagian kerusi Exco Selangor perlu dinilai semula kerana PAS dianggap khianat, tidak menyokong PKR dan DAP semasa krisis politik negeri itu. “Saya secara peribadi berperdirian (bahawa) kerusi Exco perlu dinilai semula.
“Kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar kita, saya rasa PAS hanya perlu diberi consolation seat sebagai exco. Kalau PAS sokong calon menteri besar kita (Wan Azizah) ini tak berlaku,” kata beliau ketika ditemui di ibu pejabat parti hari ini, lapor KiniTV. Astro AWANI turut melaporkan berdasarkan mesyuarat Biro Politik PKR semalam beberapa nama telah diketengahkan untuk menjawatan jawatan Exco. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka akan tersenarai dalam barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali, lapor portal itu.
Sumber dalaman PKR memberitahu dalam mesyuarat Biro Politik pada Selasa, Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin mahukan Nik Nazmi dilantik sebagai exco kerajaan Selangor atas kapasitinya sebagai Ketua AMK. Sementara Naib Presiden PKR, Nuruk Izzah Anwar pula mahu, Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dikekal sebagai exco kerajaan Selangor. “Azmin dijangka akan menerima cadangan yang dikemukan oleh Anwar yang mahukan Nik Nazmi dilantik sebagai exco atas kapasiti sebagai ketua AMK. “Tetapi beliau (Azmin) tidak akan memilih Elizabeth sebaliknya akan melantik Adun Rawang, Gan Gan Pei Nei sebagai pengganti,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI. Selain Nik Nazmi, nama Adun Taman Medan, Haniza talha disebut-sebut akan mengisi jawatan exco menggantikan Rodziah Ismail makanala Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi akan dikekalkan. Bagi jawatan exco mewakili kaum India, ramai yang menjangkakan Azmin akan melantik Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar tetapi tidak mustahil Adun DAP akan mengisi jawatan tersebut. Ini kerana, Azmin mahu memberi peluang kepada DAP untuk menamakan calon exco mewakili kaum India dalam pentadbiran kerajaan Selangor. “Adun Kota Alam Shah, V. Ganabathirau berkemungkinan akan dipilih menjadi exco mewakili kaum India biarpun Xavier dikatakan orang kuat Azmin,” kata sumber itu lagi. Dua penyokong setia Azmin, Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves) tidak ada dalam senarai exco. “Mungkin mereka akan diberikan jawatan lain,” kata sumber itu lagi. |
magnus posted on 25-9-2014 09:44 AM
Itulah..bukanla semua tak elok pas ni...tp yg elok tu sikit sgt kot....entahlaaa..kifarah mungkin..
crossfire posted on 25-9-2014 09:46 AM
memetik The Star hari ini: Hadi nada merayu kpd Abam Jemin
kasmela posted on 25-9-2014 09:49 AM
he he he! UMNGOK melopong!
ketum posted on 25-9-2014 09:53 AM
aku pun conpius dulu ada macai pas pis pus kata umno melopong tapi sebaliknya pulak hahaha
crossfire posted on 25-9-2014 09:39 AM
apalah nasib PAS di kala ini, lebih malang dari lebai malang ke sana kena, ke sini kena...
...
Maideen. posted on 25-9-2014 10:03 AM
Dulu Maideen anggap makcik ni okay lah juga... Tapi setelah membaca pendedahan mengenai dia, mem ...
magnus posted on 25-9-2014 09:37 AM
Mokcik ni mmg jahat kan...
ADVERTISEMENT