CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Awie Pandai Masak Asam Pedas

26-9-2014 05:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23851| Komen: 93

AWIE TERPAKSA MULAKAN DARI BAWAH, BINI HIDUP BARU


Kuala Lumpur – Penyanyi Rock Awie terpaksa membina semula hidup barunya bermula dari bawah ekoran rumah tangga yang dibina bersama Rozana Misbun berdepan krisis yang sehingga kini masih menjadi kes mahkamah.

Kata vokalis kumpulan Wings ini, dia sanggup mengharungi semua keperitan asalkan dapat memberi kebahagian kepada kelima-lima anaknya sekaligus melihat mereka membesar di depan matanya.
“Saya terpaksa bangkit dari bawah semula. Saya nak besar dan sekolahkan anak saya dengan tangan saya sendiri. Dari dulu sampai lah sekarang ni segala-galanya yang saya buat hanya untuk anak-anak saya.


“Sekarang ini saya nak pastikan sesibuk mana pun saya, saya akan tetap luangkan masa dengan anak-anak. Kalau perlu, saya akan bawa saya sekali anak-anak ke lokasi penggambaran. Setahun sekali saya akan bawa anak saya pergi bercuti. Lagipun mereka jarang dapat keluar atas faktor keselamatan. Jadi sesekali saya akan bagi ruang mereka berseronok.

“Macam sepanjang bulan Ramadan lalu, saya sibuk jalani penggambaran tapi bila dah hampir waktu berbuka saya balik masakan untuk mereka ataupun saya akan belikan makanan. Lepas berbuka, saya akan ke set semula. Saya dah pandai masak asam pedas okay…”, kata Awie sambil tertawa ketika ditemui media di sesi tayangan filem terbaru lakonannya, ‘Dollah Superstar’ die@Curve, semalam.

Selain Awie, filem komedi itu turut dibintangi oleh Fizz Fairuz, Sharnaaz Ahmad, Neelofa, Aziz M. Osman dan Lan Pet Pet. Filem arahan Khabir Bhatia itu bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober depan.
Namun dalam pada dia berkerja keras menyara anak-anaknya, Awie akui terpaksa menolak beberapa tawaran disebabkan tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.
“Dalam saya mahu memulakan hidup baru, saya terpaksa tolak banyak tawaran. Teater Supermokh (Re-staging) sepatutnya saya tolak. Tapi Hans (Hans Isaac) bagi semangat pada saya. Lagipun ia atas permintaan Sultan Selangor.

“Saya juga tolak tawaran dari sertai keluarga Akademi Fantasia 2014 kerana saya tak mahu menganggu reputasi program tersebut. Saya tak mahu nanti kes saya dikaitkan sama. Sebab itu saya undur diri”, dedah duta jenama minuman Long Jack ini.

Awie juga tidak menafikan timbul sesalan dalam dirinya dengan apa yang terjadi tetapi dia menganggap semua itu adalah fitrah kehidupan.
“Saya anggap ini semua fitrah hidup dan pengajaran besar buat diri saya. Sesal tu ada tapi hidup mesti diteruskan. InsyaAllah saya ada perancangan-perancangan saya untuk masa depan anak-anak. Saya berdoa pada Tuhan agar jangan pisahkan saya dengan anak-anak”, ujarnya.

Begitupun Awie berkata dia tetap memerlukan seorang wanita di sisinya. Tetapi buat masa ini dia belum terfikir mahu mencari pengganti kerana sejujurnya kata Awie, apa yang dilaluinya sekarang membuatkan dia takut untuk mendirikan rumah tangga pada masa depan.
“Saya tak boleh tipu diri saya. Saya memang perlukan wanita (seorang isteri) di sisi saya. Kadang-kadang kita tertekan dengan masalah kerja dan pada siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan pada isteri kita.

“Tapi, perempuan giler mana yang mahukan saya? Mungkin ada tapi boleh ker dia sayang saya dan sayang 5 anak. Mampu ker dia tahan dengan kerenah-kerenah anak-anak saya yang sedang membesar tu?

“Tapi saya belum terfikir ke arah itu (kahwin lain) lagi. Bercerai pun belum”, katanya.

Hasil perkahwinan bersama Rozana, Awie dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah (7 tahun), Putra Ahmad Rezzki (6 tahun), Puteri Qasseh Antasha (4 tahun).

Pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anaknya daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hadil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.

Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu. Awie bertindak sedemikian selepas mendapati wang simpanannya yang berjumlah ratusan ribu ringgit yang di simpan atas nama akaun Rozana lesap sekaligus isterinya itu didakwa ‘mencuri’ duitnya.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 24-9-2014 05:30 PM
ok .. iols nantikan je ko kawin awie. tau la aku sapa pompuan gila tu nanti.
Quote musangcomel 24-9-2014 05:31 PM
ala ramai je yg merembes kat awie ni
tp cam dia ckp la, boleh ke terima anak dia yg 5 org tu..
Quote skymania 24-9-2014 05:31 PM
Anak2 nyawa die.. Tp bnyk jantan mcm shiyal..cth terbaik.. Aidil zafuan ngan ac mizal.. Ni dedua jntan patut di seret telor di merata leboh raya.. X guna ada telor..

To awie ni komen.. Mcm ke dh bercerai.. Walhal masih suami istri ngan rozana tu.. Kowser...
Quote mommymonster82 24-9-2014 05:35 PM
Awie nmpk ganas pon tau jg anak..
Quote juboqlembu 24-9-2014 05:59 PM
Adil ngan ac berjimak tau, benih xmau amik tau.jangan bila ko dah tua merangkak balik p kt anak.tengok cita dosa seorang suami teringat kt hangpa dua
Quote enginelady 24-9-2014 06:09 PM
skymania posted on 24-9-2014 05:31 PM
Anak2 nyawa die.. Tp bnyk jantan mcm shiyal..cth terbaik.. Aidil zafuan ngan ac mizal.. Ni dedua jnt ...

aku rasa dah tiba masanya awie nasihatkan kawan dia si ac tu. bawak2 le tobat pakcik oi. nanti dah tua2 layut nanti baru teringat kat anak2 terlambat sangat dah. menyosal tak sudah kau jang
Quote makneng 24-9-2014 06:11 PM
So dia ni mmg dah sah nak ceraikan si rozana la ye?
Quote edoraixora 24-9-2014 06:12 PM
Nmpak mcam awie dah xnak rozana dah
Quote makneng 24-9-2014 06:15 PM
enginelady posted on 24-9-2014 06:09 PM
aku rasa dah tiba masanya awie nasihatkan kawan dia si ac tu. bawak2 le tobat pakcik oi. nanti dah ...

Pakcik ac seronok berjoget sakan dgn neng luna..mana bisa ingat semua perkara...waduhhh
Quote CiliPadiSedap 24-9-2014 06:16 PM
awie kaki pukul bini tp pandai jaga anak. paan kaki rembat duit isteri tapi boroi pemalas budak giant. aidil jantan sampah masyarakat main game cm bangsat. anak tunggang langgang. isteri di keji. nd lala hutang xbayar rm 15 ribu.

tasa suntik botox kt breast
Quote soraya 24-9-2014 06:20 PM
ehhhh....awie ni ckp mcm dah bercerai je...kehkehkehkeh

patutnya ckpla ikut stail public relations sket...."rozana masih isteri saya" atau pun..."saya tak mahu fikir pasal penganti lagi buat masa skrg, kerana anak-anak adalah keutamaan saya"...kehkehkeh
Quote enginelady 24-9-2014 06:21 PM
makneng posted on 24-9-2014 06:15 PM
Pakcik ac seronok berjoget sakan dgn neng luna..mana bisa ingat semua perkara...waduhhh

dgn luna maya ke mak neng? ade projek ape pulak pakcik tu dgn luna maya? ke buat projek eksersais atas katil
Quote newyork 24-9-2014 06:22 PM
Awie bagus bab anak ni..walaupun dgn bini haprak..
Quote cloudy_83 24-9-2014 06:23 PM
belum ape2 dah gilakan calon bini
Quote makneng 24-9-2014 06:24 PM
enginelady posted on 24-9-2014 06:21 PM
dgn luna maya ke mak neng? ade projek ape pulak pakcik tu dgn luna maya? ke buat projek eksersais  ...

Noks kau jangan gila2 dia ada kuar bideo klip baru dgn luna maya. Pi utiup sana tgk! Sakan dia joget
Quote newyork 24-9-2014 06:26 PM
Btw ac ada anak ka dgn emiia tu..?pic please.
Quote enginelady 24-9-2014 06:29 PM
makneng posted on 24-9-2014 06:24 PM
Noks kau jangan gila2 dia ada kuar bideo klip baru dgn luna maya. Pi utiup sana tgk! Sakan dia jog ...

mane nak tau makneng. dgn ac ni bukan boleh caye sangat. haha. ok! nanti iols tengok!
Quote makneng 24-9-2014 06:31 PM
enginelady posted on 24-9-2014 06:29 PM
mane nak tau makneng. dgn ac ni bukan boleh caye sangat. haha. ok! nanti iols tengok!

Rasanya kat bod ni pun ada benang pasal bideo klip ac n luna tu, cer uolls carik. Lagu best la juga fast beat gituh
Quote enginelady 24-9-2014 06:46 PM
makneng posted on 24-9-2014 06:31 PM
Rasanya kat bod ni pun ada benang pasal bideo klip ac n luna tu, cer uolls carik. Lagu best la jug ...

ye ke noks? ok nanti iols jalan2 kat thread2 ni semua. banyak nak kena khatam ni

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.166557 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top