CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Stesen Minyak Kantoi Menipu

10-10-2014 10:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11547| Komen: 50

Stesen Minyak Kantoi Menipu

Mohd Zulkifli (kiri) bersama pegawai penguatkuasa PPDNKK Putrajaya menunjukkan cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api.


IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.
Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.

Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.

Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri.

Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Mohd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan sejak jam 3 petang kelmarin.

Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api.

“Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan perkara yang sama ke atas tiga pam di premis mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn Bhd.

“Sepatutnya, pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penentusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat.

“Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zulkifli berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya, operasi diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih.

3

Bagus
12

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 10-10-2014 07:13 AM
Sekarang ni semua orang ambil kesempatan menipu utk dapat keuntungan. Kita sudah tidak selamat
Quote TanSriJess 10-10-2014 07:18 AM
aku selalu sangsi dengan jumlah sebenar minyak yg masuk ke dlm tangki keta
Quote nalis 10-10-2014 07:21 AM
TanSriJess posted on 10-10-2014 07:18 AM
aku selalu sangsi dengan jumlah sebenar minyak yg masuk ke dlm tangki keta

Aku pun. Lebih2 lg klu aku rasa ttiba minyak abis lebih cepat dr biasa. Stkt ni aku ada saspek 2 tmpt yg aku prnh kena
Quote TanSriJess 10-10-2014 07:29 AM
nalis posted on 10-10-2014 07:21 AM
Aku pun. Lebih2 lg klu aku rasa ttiba minyak abis lebih cepat dr biasa. Stkt ni aku ada saspek 2 t ...

ambik 1Liter dr setiap kereta sehari pun dh brapa RM dia dapat

kalo hanya meniaga petrol/diesel di stesen...sebenarnya margin keuntungan yg pengusaha dapat tu berapa sen la sgt

jd mereka perlu kreatif utk kaut keuntungan



p/s : semlm g isi minyak...tengok kat 2 pump sebelah masih ada yg isi petrol RM2 utk motor...RM5 utk kereta

Quote cecari 10-10-2014 07:34 AM
TanSriJess posted on 10-10-2014 07:29 AM
ambik 1Liter dr setiap kereta sehari pun dh brapa RM dia dapat

kalo hanya meniaga petrol/ ...
  1. 70 liter petrol untuk RM100
Copy the Code
laaa aku taktau minyak dah turun . bagus tul haji najib ni  
Quote rosasa 10-10-2014 07:34 AM
next time cer isi dlm botol lain yang 1 L, kalau tak penuh, nampak benor menifunya
Quote makneng 10-10-2014 07:40 AM
Erk aku rasa mcm pernah kena gak. Nanti aku test lg sekali. Kut aku yg salah.
Quote cecari 10-10-2014 07:41 AM
makneng posted on 10-10-2014 07:40 AM
Erk aku rasa mcm pernah kena gak. Nanti aku test lg sekali. Kut aku yg salah.

mmg semua orang yg masuk thread ni setakat ini terkena belaka kecuali aku...  keh keh keh.  rm100  dapat 70 liter. kah kah kah
Quote merrissa 10-10-2014 07:44 AM
di harapkan gas ilang ditelan jin...menipu je keje nya....hai...manusia2
Quote zalll 10-10-2014 07:48 AM
Isi minyak Rm 100 = 70 L. Harga minyak ron berapa dia pakai utk calculate nie...hahahaaa
Quote nurul_akmar 10-10-2014 07:50 AM
tgh2 isu minyak naik, stn minyak nk menipu pulak. mmg xde hati perut betul pengusaha2 stn ni.
Quote TanSriJess 10-10-2014 08:03 AM
nurul_akmar posted on 10-10-2014 07:50 AM
tgh2 isu minyak naik, stn minyak nk menipu pulak. mmg xde hati perut betul pengusaha2 stn ni.

tokey stesen minyak ada ckp

minyak naik pun...profit margin x naik naik gak

sebaliknya,makin besar modal kena pakai
Quote freebird 10-10-2014 08:08 AM
tahun bila punya cerita ni?????
Quote AbukRokok 10-10-2014 08:29 AM
TanSriJess posted on 10-10-2014 07:29 AM
ambik 1Liter dr setiap kereta sehari pun dh brapa RM dia dapat

kalo hanya meniaga petrol/ ...

naik 20 sen je

isi mcm biasa... xde minta 20 sen pun klu rm5.20 tetap gak byar rm5.00


harman bin tino
jkkkk kg parit jerman
Quote abas8888 10-10-2014 08:31 AM
berita ni zaman petrol RM1.4285714 seliter...ke wartawan main hantam je first statement tu?
Quote kejoraria 10-10-2014 08:37 AM
dahlah harga minyak naik....dpt lak kurang dr harga yg dibayar.....penuh penipuan tul dlm dunia ni skrg!
Quote budakmanentah 10-10-2014 08:42 AM
AbukRokok posted on 10-10-2014 08:29 AM
naik 20 sen je

isi mcm biasa... xde minta 20 sen pun klu rm5.20 tetap gak byar rm5.00

kahkahkah...sengal kuda bto harman bin tino ni...mmg la still byr RM5...tp liternya dah kurang...sarcastik sungguh
Quote auntieagony 10-10-2014 08:46 AM
Salam.

Baru semlm suami nasihatkan auntie jgn isi petrol kat stn minyak X. Katanya pump di situ tlh di"ubahsuaikan" (caliberated). Bila dia tested, byk angin yg masuk drp minyak (don't ask me why, tak tau mcm mana dia test pun!).

Pagi ni pulak terbaca berita pasal isu ni... Hmmm....
Quote gaara_X 10-10-2014 08:46 AM
kakitangan penguatkuasa perlu bergerak aktif.......baru ada perubahan...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051710 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top