CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing Liar Cederakan Anak

13-10-2014 09:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11434| Komen: 76

Kucing Liar Cederakan Anak

Zaiwayah menunjukkan kesan cakar pada kaki anaknya.


BAGAN - Seorang ibu gusar mengenai masalah kucing liar yang didakwa telah mencederakan anak perempuannya, Sarah Sofia Saad, 10, di Kampung Permatang Manggis di sini, semalam.

Zaiwayah Jiwa, 46, berkata, masalah kucing liar ini sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) namun belum mendapat maklum balas setakat ini.

“Anak saya cedera akibat dicakar kucing terbabit dan saya rasa pihak yang berkenaan sepatutnya mengambil tindakan tegas mengenai isu ini.

“Rumah saya yang terletak berhampiran Pasar Awam Kepala Batas, seolah-olah menjadi tempat individu tidak bertanggungjawab membuang kucing dan hal itu memberi kesan kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu, Zaiwayah berkata, ketika kejadian dia pergi menunaikan solat Aidiladha.

“Waktu tu, abangnya balik, dia lihat Sarah Sofia menangis teresak-esak akibat dicakar kucing, nasib baik lukanya tidak terlalu dalam sebab risau kesan jangkitan kumannya nanti berbahaya kepada anak saya ini.

“Anak sulung saya segera menghalau kucing yang mencakar adiknya itu, malangnya dua tiga hari saja kucing tersebut hilang, lepas itu datang semula," katanya.

Menurutnya, kebanyakan kucing yang berkeliaran di situ berpenyakit, ibu mentua yang tinggal bersamanya turut batuk, didakwa kesan alahan dari haiwan itu.

“Ada juga kucing yang mati, baunya teramat busuk sampai nak makan pun saya tak berselera,” katanya.

Zaiwayah berharap, pihak PBT lihat sendiri keadaan yang berlaku ini seterusnya mengambil tindakan yang wajar.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-10-2014 10:02 PM
yang pi dekat kucing tu kanapa dik...dah kena cakor marah pulak kucing..tu bukan rimau...
Quote mak_wa95 11-10-2014 10:02 PM
pbt kena buat kerja ni..


bam bam nya mak dia..
Quote tanganbercakap 11-10-2014 10:03 PM
kucing didakwa mencederakan...
Quote melinda_kerr 11-10-2014 10:07 PM
Habis tu.. Situ je tempat binatang tu dapat cari maknan... Sbb tu ada pepatah.. Hidup ibarat kucing kurap.. Sian hidup seekor kucing  kurap. Hidup pun dicaci sbb bepnyakit dan cederakan org , mati pun dicaci jugak sebab busuk!
Quote noor2 11-10-2014 10:08 PM
siapa bela kucing tentu jenuh kena cakor...dulu i pun sama..darah2.....main kasor depa...tak pandai bergurau lembut..






lan ni tak suka kucing sangat...tp kalau nampak hat gemok tu memang geramla..
Quote Orix 11-10-2014 10:15 PM
alahai. tak penah aku tgok kucing tbe2 kejo org mcam anjing.hatta kucing  batu yg liar pn lari bila nmpak org. ni mesti dia ad buat something kt kucing smpai kene cakar.
Quote harimau76 11-10-2014 10:32 PM
part kucing cakar anak dia jer yg dia cerita.. part apa anak dia buat kat kucing sampai kena cakar dia tak cerita pulak... mentang2 la kucing tu tak leh nak cakap bela diri...
Quote alieyrina 11-10-2014 10:33 PM
Anak jiran aku laki..kecik lg..ritu turun kereta ada kucing duk tepi tu tengokk ja dia..pastu dia marah kucing tu 'hoi tengok2 apa? Boh penerajang satg haa' ..pastu kucing  terus mcm nak terkam  ke dia..haahaa nangis terus...tau takut..nasib xkena cakaq..

Quote KumbangPolkaDot 11-10-2014 11:16 PM
alieyrina posted on 11-10-2014 10:33 PM
Anak jiran aku laki..kecik lg..ritu turun kereta ada kucing duk tepi tu tengokk ja dia..pastu dia ma ...

lawak nya citer ni

Quote saladin780 11-10-2014 11:20 PM
noor2 posted on 11-10-2014 10:08 PM
siapa bela kucing tentu jenuh kena cakor...dulu i pun sama..darah2.....main kasor depa...tak panda ...

Yg perasannya klu kena ckr kucing kan..mesti area cakaran tu akan naik bengkak sekejap n gatal2.. ada x noor kena camtuh
Quote noor2 11-10-2014 11:24 PM
saladin780 posted on 11-10-2014 11:20 PM
Yg perasannya klu kena ckr kucing kan..mesti area cakaran tu akan naik bengkak sekejap n gatal2..  ...

tak de pulak...garis merah ja...luka..lama2 ok la..

Quote saladin780 11-10-2014 11:26 PM
noor2 posted on 11-10-2014 11:24 PM
tak de pulak...garis merah ja...luka..lama2 ok la..

O ye ke..
Mmg pantang klu dok lama2 ngan kucing ni..harus bersin x berenti sepanjang hari..alergik
Quote Kittie 11-10-2014 11:26 PM
Miaw gak yg salah.
Quote lasagnaklcc 11-10-2014 11:42 PM
Saya suspect adik ni kacau kucing tu atau nak belai sekali kena cakar.

Takyah ckp kucing liar, kucing persian cousin saya garang ngalahkan rimah. Org tgh jln pon dengki apetah tiba2 tangkap kaki gigit/cakar.
Quote kucingTomey 11-10-2014 11:47 PM
dik maru tak gigit oram.....dik maru baikkkk





Quote mommymonster82 11-10-2014 11:55 PM
Kucing kalu yang betul2 liar tu memang garang...
LAgi 1 kucing tengah gaduh jangan pegi dekat...
Quote atekome 12-10-2014 12:43 AM
mommymonster82 posted on 11-10-2014 11:55 PM
Kucing kalu yang betul2 liar tu memang garang...
LAgi 1 kucing tengah gaduh jangan pegi dekat...

Btui tuh kucing kalo gaduh jgn cbe nk leraikn.aku pnh kna sbb bising aku cbe nk leraikan..siap nk cakar aku..ble aku dh hangin aku blk umh dn baling mug kt kucen2 tuh..mncicit lari..
Quote k_rul 12-10-2014 12:51 AM
atekome posted on 12-10-2014 12:43 AM
Btui tuh kucing kalo gaduh jgn cbe nk leraikn.aku pnh kna sbb bising aku cbe nk leraikan..siap nk  ...

Lain kali jgn masuk campur hal rumah tangga kucim. Kang dah kena
Quote 247 12-10-2014 12:58 AM
Mesti budak tu yang kacau kucing liar tu dulu.. Kucing liar kalau nampak orang dia akan lari.. Takdenye kucing liar nak serang sesuka hati...

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.063329 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top