CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Polis Sahkan Syamimi Bersama Is Di Syiria

13-10-2014 11:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19799| Komen: 133

Polis Sahkan Syamimi Bersama Is Di Syiria


KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan seorang bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Syamimi Faiqah telah berlepas ke Syria, 4 Oktober lepas dipercayai untuk menyertai kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata Syamimi, 20, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira jam 11.55 malam. 

"Berdasarkan maklumat terkini semalam Syamimi kini berada di sempadan Turki-Syria dan kita yakin dia akan seberang masuk kerana sewaktu tiba di Lapangan Terbang Istanbul sudah ada individu yang menunggu untuk membawanya ke Syria melalui jalan darat iaitu di wilayah Hatay.

"Dari sana akan ada sindiket yang akan membawanya melepasi sempadan Turki sehingga sampai ke Syria. Polis percaya Syamimi di 'passing' dan ada individu yang menunggu di checkpoint tertentu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Syamimi melarikan diri ke Syria untuk berkahwin dengan pejuang IS dikenali sebagai Akel Zainal, yang beliau kenali menerusi laman sosial Facebook.

Akel Zainal difahamkan adalah bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada 1990-an dan kini berada di Syria untuk menyertai perang.

Ayub berkata, Akel dipercayai giat menyasarkan gadis dan wanita Melayu khususnya pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk direkrut ke Syria.

"Apa yang membimbangkan: bayangkan hanya melalui Facebook, dia boleh tarik Syamimi tinggalkan keluarga dan mereka boleh atur untuk pergi ke rumah Syamimi untuk bawa ke lapangan terbang," kata Ayub.

Beliau berkata, sejak polis mengesan penglibatan rakyat Malaysia dalam perjuangan militan di negara Syria yang bergolak itu, seramai lima orang telah maut dan enam cedera.

Setakat ini, sebanyak 22 rakyat Malaysia termasuk 3 wanita dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan, manakala 23 individu lagi telah ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan tersebut.
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JDT 12-10-2014 09:42 PM
Mungkin jadi perawat atau pembantu perubatan..
Quote mak_wa95 12-10-2014 09:45 PM
umur 20 tahun..hmmm
Quote FOTHER-MUCKER 12-10-2014 09:47 PM
Ini nak pergi buat apa?
Quote PEPPERMAN 12-10-2014 09:50 PM
saya kira dah tiba masa pendidikan wasatiyah menjadi agenda no 1 di negara kita ni.
malah semakin ramai wanita2 yang ekstrem di sekeliling kita kebelakangan ini.
dan tak mustahil, tindakan syamimi ini akan dijejaki oleh yang lain andainya ekstremisme tidak dibendung
Quote magnus 12-10-2014 09:52 PM
Pihak kuis sila pantau student..takut ada yg ikut cara si mimi  ni..
Quote Orange1 12-10-2014 09:53 PM
Ni kes nak pegi mengangkang ke ni? Jihat melalui kangkangan kpd terrorrist? Ujung2 masuk sorga?
Quote FOTHER-MUCKER 12-10-2014 09:55 PM
Jangan sebut perkataan extream nanti ada ummah  pprt meroyan!
Quote GhostWalking 12-10-2014 09:55 PM
Syamimi ko akan menyesal dek kat sana takde SATEY ok
Quote FOTHER-MUCKER 12-10-2014 09:55 PM
Tapi apa maksud pprt tu?
Quote ResellerMaxis 12-10-2014 09:57 PM
FOTHER-MUCKER posted on 12-10-2014 09:55 PM
Tapi apa maksud pprt tu?

kau ni sihat x??
Quote ResellerMaxis 12-10-2014 09:57 PM
GhostWalking posted on 12-10-2014 09:55 PM
Syamimi ko akan menyesal dek kat sana takde SATEY ok

dia suka makan mandi lamb..xmain lah satey satey ni..
Quote FOTHER-MUCKER 12-10-2014 09:58 PM
ResellerMaxis posted on 12-10-2014 09:57 PM
kau ni sihat x??

Aku tak faham maksud sebenar pprt tu.
Quote GhostWalking 12-10-2014 10:00 PM
ResellerMaxis posted on 12-10-2014 01:57 PM
dia suka makan mandi lamb..xmain lah satey satey ni..

Mula2 jah tu nanti telepon mak cakap nak balik
Quote JDT 12-10-2014 10:01 PM
Mungkin mimi ni student nurse atau pelajar perubatan..
Quote ResellerMaxis 12-10-2014 10:07 PM
JDT posted on 12-10-2014 10:01 PM
Mungkin mimi ni student nurse atau pelajar perubatan..

dekat kuis tu ada ke nurse or medic??
Quote ResellerMaxis 12-10-2014 10:09 PM
GhostWalking posted on 12-10-2014 10:00 PM
Mula2 jah tu nanti telepon mak cakap nak balik

ni mesti spesis tudung labuh hingga ke tumit ni..mak bapak antar masuk u suruh belajar n dapat kerja yang baik-baik..dia gi masuk u untuk jadi terrorist n buat kerosakan di muka bumi..

harap pihak polis siasat perkara ni dengan baik dan dakwa semua pihak yang terlibat menghasut dan membantu minah ni untuk ke syiria..
Quote ResellerMaxis 12-10-2014 10:10 PM
FOTHER-MUCKER posted on 12-10-2014 09:58 PM
Aku tak faham maksud sebenar pprt tu.

projek perumahan rakyat termiskin
Quote BotakChinPeng 12-10-2014 10:12 PM

Apa motif perempuan-perempuan melayu ni berjihad di syiria??mengangkang untuk pejuang IS ke apa??


Bukan semua melayu la bongok. Perempuan india malaysia pun ada.

Dah tau dia pergi sana untuk kawin Akel Zainal mau tanya soalan bodoh buat apa lagi
Quote bdkminangn9 12-10-2014 10:12 PM
FOTHER-MUCKER posted on 12-10-2014 09:58 PM
Aku tak faham maksud sebenar pprt tu.

selama ni yg meroyan pakai nick asal tu,tak tau la maksud pprt

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.080169 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top