Empat saksi kes bunuh dicari PORT DICKSON – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan empat saksi bagi satu kes bunuh yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban pada Selasa ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Baharudin Mustapha berkata, keempat-empat mereka merupakan saksi utama bagi membantu siasatan ke atas kes pembunuhan yang berlaku pada 2012 dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Saksi berkenaan ialah G Ramaya, 30 dengan nombor kad pengenalan 841216-05-5352 alamat terakhir di nombor 334, Jalan Arowana 10, Taman Arowana Indah Seremban. "Turut dicari, A Kumutha, 30, (841007-59-5008) alamat terakhir di L-3-3 Flat Taman Ros Merah, Nilai Negeri Sembilan atau nombor 4, Ladang Labu B1, Ladang Labu, Labu Negeri Sembilan, M Segaran, 27, (870331-56-5583) alamat terakhir Blok B-G-22 Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor dan S Punitha, 25, (890223-14-5352) alamat terakhir nombor 14 Jalan 6, Taman Kajang Baru, Sungai Jelok Kajang Selangor,” katanya. Baharudin berkata, mereka ini bukan sahaja tidak hadir pada perbicaraan yang ditetapkan sejak tahun 2012, malah keberadaannya juga gagal di kesan. “Keengganan mereka untuk hadir pada hari perbicaraan menyebabkan siasatan kes pembunuhan ke atas sepasang suami isteri di ladang kelapa sawit Sungai Salak, Siliau, Lukut, Port Dickson antara jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi pada 5 Mac 2012 lalu tergendala. “Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan saksi boleh berhubung terus pegawai penyiasat kes, Asisten Supritendan Shafa'aton Abu Bakar di talian 06-6472222 atau balai polis berdekatan,” katanya.
|
ADVERTISEMENT