Di Hempap Bakul Jengkaut Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa, Azemi Senawi, 55, pesara perkhidmatan awam maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Difahamkan, kejadian berlaku berikutan hos hidrolik jengkaut itu tiba-tiba pecah menyebabkan bakul berkenaan hilang kawalan dan terjatuh sebelum menimpa mangsa yang sedang memegang tiang konkrit. Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku pada hari pertama mangsa datang membantu membuat kerja pembinaan. "Kerja pembinaan ini sudah berjalan selama tiga hari dan ketika kejadian, seorang daripada kami sedang mengendalikan jengkaut, manakala seorang lagi menggerudi lubang di kawasan lain. LOKASI kejadian yang meragut nyawa Azemi (gambar kecil) akibat dihempap bakul jengkaut di Kampung Seberang, Kuala Jerlun.
|
14
Bagus |
7
Marah |
11
Terkejut |
8
Sedih |
2
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT