CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Rumah Pelacuran Lorong Haji Taib Jadi Madrasah?

14-10-2014 12:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10033| Komen: 19

Rumah Pelacuran Lorong Haji Taib Jadi Madrasah?



LORONG Haji Taib yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur mungkin pada tanggapan ramai orang tidak seindah namanya di mana kawasan itu cukup sinonim dengan aktiviti maksiat dan pelacuran terutama beberapa tahun silam. Namun siapa menyangka di kawasan 'jijik' seperti itu boleh 'mewangi' dengan sinaran cahaya agama berlandaskan iman dan takwa? Semuanya itu tidak mustahil boleh berubah apabila usaha atau kerja dakwah digerakkan.


Alhamdulillah, dengan berkat usaha dakwah yang dilakukan semata-mata kerana Allah maka Allah s.w.t telah ubah keadaan dan suasana dari kegelapan kejahilan kepada cahaya keimanan. Dahulunya bangunan ini adalah rumah pelacuran di kawasan 'hitam' tetapi sekarang bangunan ini berubah menjadi surau dan juga berfungsi sebagai madrasah tahfiz. 



Google Street View : Bangunan surau dan madrasah tahfiz yang asalnya rumah pelacuran


Berikut cerita seorang jemaah Tabligh yang pernah berdakwah di situ;


Saya pernah keluar 3 hari di situ, alhamdulillah ada 10 orang pelajar tahfiz dari Kemboja. Tukang masak seorang dari Acheh, Indonesia. Dulu tempat itu adalah rumah pelacuran dan sekarang dengan izin Allah ia telah berubah. 

Ianya bermula berkat ketabahan usaha dakwah yang dilakukan oleh Haji Ismet dan Haji Zakaria dari Kampung Baru yang bertekad ingin mengubah keadaan di kawasan tersebut. Bangunan tersebut semasa dibersihkan, banyak kondom yang telah dipakai ditemui sampai 2 beg besar telah dikumpulkan.

Renovation telah dibuat terhadap bangunan tersebut. Di bahagian bawah bangunan ini terletaknya kedai menjual pakaian sunnah dan di atas ada surau dan madrasah tahfiz.

Semoga surau dan madrasah tahfiz ini dipelihara oleh Allah s.w.t. Sama-sama kita doakan supaya Allah s.w.t limpahkan keberkatan terhadap Haji Ismet, Haji Zakaria dan keluarga mereka kerana menjadi asbab terbinanya surau Annur dan madrasah tahfiz tersebut. Amin!

5

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 13-10-2014 03:55 PM
moga usaha dakwah berjalan dengan lancar
Quote solstice 13-10-2014 04:07 PM
sapa hj taib ni ya
sinonim sungguh ngan lorong pelacuran
sejak 70an lg
Quote chickenwing 13-10-2014 04:10 PM
jadi penghuni lorong hj taib yg asal pindah gi mana?
Quote DeMax 13-10-2014 04:12 PM
Harap ummah Buddha, Hindu, Nasrani diberi ruang utk berdakwah bersama-sama dgn ummah sunni
Quote edee_91 13-10-2014 04:15 PM
DeMax posted on 13-10-2014 04:12 PM
Harap ummah Buddha, Hindu, Nasrani diberi ruang utk berdakwah bersama-sama dgn ummah sunni

mahu bertempur...
Quote Artemesiaa 13-10-2014 04:37 PM
Bagus le dah ada perubahan
Quote Simunggu 13-10-2014 04:39 PM
kondom siapa lah agaknya yg 2 guni kena kutip tu......
Quote batmana 13-10-2014 04:53 PM
solstice posted on 13-10-2014 04:07 PM
sapa hj taib ni ya
sinonim sungguh ngan lorong pelacuran
sejak 70an lg

Pada tahun 1876, seorang pedagang dari Sumatera berketurunan Minangkabau, datang berhijrah ke KL (Kuala Lumpur). Beliau mempunyai kilang biji timah, tanah ladang, rumah dan kedai sekitar perkampungan Melayu di sini. Akhirnya kerana gigih dan tekun berusaha, beliau menjadi antara orang Melayu yang terkaya pada masa itu.


Beliau meninggalkan banyak jasa kepada komuniti Melayu KL sekitar awal kurun ke 19, terlibat dengan penubuhan Kampung Baru KL, menjadi tokoh pembangunan, tokoh sejarah pembukaan KL dan kenalan rapat Sultan Abdul Samad . Nama beliau sebenar ialah Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad yang berasal dari Batu Sangkar, Bukittinggi di Sumatera Barat, Indonesia (1858-1925). Kini namanya diabadikan kepada nama sebatang jalan, yang terletak disalah satu kawasan paling sibuk di ibunegara, menjadi pusat perniagaan berdaya maju, iaitu Jalan Haji Taib.

Quote DeMax 13-10-2014 04:55 PM
edee_91 posted on 13-10-2014 04:15 PM
mahu bertempur...

Sama2 bertempur membasmi maksiat bawaan Syiah PASPKRDAP
Quote solstice 13-10-2014 05:18 PM
batmana posted on 13-10-2014 04:53 PM
Pada tahun 1876, seorang pedagang dari Sumatera berketurunan Minangkabau, datang berhijrah ke KL ( ...

Oh org minang kah
Nak kena repot kat peYno ni

Quote berun 13-10-2014 05:48 PM
batmana posted on 13-10-2014 04:53 PM
Pada tahun 1876, seorang pedagang dari Sumatera berketurunan Minangkabau, datang berhijrah ke KL ( ...

ye ke ni? macam x je. abis siapa yg mulakan bsnes pelacuran kt sana dulu?

Lorong Haji Taib adalah diambil dari nama asal seorang yang bernama Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad yang berasal dari Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia (1858-1925).

Kawasan Lorong Haji Taib dan kawasan sekitarnya menjadi buah mulut orang kerana sering dikaitkan sebagai daerah lampu merah Kuala Lumpur berikutan terdapat ramai pelacur luar dan dalam negara yang beroperasi di sini. Selain itu banyak penagih dadah dan bapuk menjalankan kegiatan mereka di kawasan ini.[1] Keadaan ini mencemarkan nama seorang bergelar haji di sini.

Quote ice_sky92 13-10-2014 05:57 PM
Baguslah....
Quote nitezen 13-10-2014 06:01 PM
lorong hj taib ni berlorong-lorong... sekarang dah banyak elok dari dulu ..
tapi masih lagi ada bisnes 'ayam kacok pencen' kat situ ... yg biasa Net nampak
kat area dekat2 kedai jual barang2 kuih Bake Yen tu...
Pepagi kul 9 pon dah setart niaga...sama cam time pejabat lak!
selamba jee buat promosi kat tepi tangga naik bilik dia....
Quote ikan_kaghing 13-10-2014 11:43 PM
Alhamdulillah...

Samada bapok lorong telah insaf atau banyak sudah mampos kena Aids.

Tak hanya di Eropah atau Amerika, di lorong-lorong bapok pun cahaya Islam Sunni Syumul terpancar indah menerangi donia nan fana ini
Quote TuntungReturn 13-10-2014 11:48 PM
hasil dakwah lavalol:lol
Quote Badut.Sarkas 14-10-2014 12:06 AM
Area belakang mati ni
Quote ajie2000 14-10-2014 12:09 AM
Ni kerja-kerja orang Parti Isle PAS ke ni ?..
Quote renjer 14-10-2014 12:52 AM
Semoga berubah hwndaknya
Quote Al-Patih 14-10-2014 05:45 AM
Saya pernah keluar 3 hari di situ, alhamdulillah ada 10 orang pelajar tahfiz dari Kemboja. Tukang masak seorang dari Acheh, Indonesia.

allahmdulliah.....caro nak dapek duduk ditanah malaya.....tak lamo jadi markas pendatang dari kampung meke....

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061893 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top