CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

2 Anggota Polis Maut Di Timpa Pokok Akibat Hujan Lebat

14-10-2014 05:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14488| Komen: 32

2 Anggota Polis Maut Di Timpa Pokok Akibat Hujan Lebat



Dua anggota polis maut dalam kejadian pokok tumbang yang menghempap kontena pondok polis akibat hujan lebat yang melanda sekitar ibu negara malam tadi.

Dua anggota polis yang maut dalam kejadian kira-kira jam 7 malam di Jalan Bellfield, Kampung Attap di ibunegara itu dikenali sebagai Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi, 25, dan Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48. Mohd Sharil Hisham meninggal dunia di tempat kejadian manakala Dzulkhairi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah, kedua-dua mangsa bertugas dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dan ditugaskan di lokasi berkenaan yang menjadi pejabat setor menyimpan barang kes.

Bercakap kepada pemberita di Zon Kritikal HKL, beliau berkata hujan lebat petang tadi menyebabkan sebatang pokok tumbang lalu menghempap pondok polis itu.

Zainol berkata Allahyarham Mohd Sharil Hisham berasal dari Sabah manakala Allahyarham Dzulkhairi berasal dari Kerinchi, Kuala Lumpur.

"Anggota keluarga kedua-dua mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu," katanya sambil menambah bedah siasat akan dilakukan hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan operasi mengeluarkan mangsa melibatkan 28 anggota dari balai Sungai Besi dan Hang Tuah.
3

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 12-10-2014 09:43 PM
takziah....
Quote jazaa 12-10-2014 09:47 PM
esok barulah DBKL nak buat kerja chantas pokok yg blh tumbang....

tak caya, tengok lah....
Quote Risma 12-10-2014 09:49 PM
bahaya sebenarnya pokok besar2 tepi jalan............. takziah utk family mangsa... semoga mendpt pampasan yg setimpal
Quote mak_wa95 12-10-2014 10:45 PM
Risma posted on 12-10-2014 09:49 PM
bahaya sebenarnya pokok besar2 tepi jalan............. takziah utk family mangsa... semoga mendpt pa ...

pokok2 besar ni mudah tumbang sbb akar xdalam..pokok tu di tanam di sesuatu kawasan semasa pokok dah besar...


Quote JDT 12-10-2014 10:50 PM
Takziah buat keluarga mangsa...kesian..
Quote revolusi_30 12-10-2014 11:10 PM
Tatu batal katanya. Stadium runtuh ... Last edited by revolusi_30 on 12-10-2014 11:14 PM

Quote revolusi_30 12-10-2014 11:13 PM
Ne anggota polis yg terkorban ketika berkhidmat .. Takziah !!!
Quote Hanis80 12-10-2014 11:20 PM
I pon ade kat jalan petaling street.. time tu tiba tiba hujan lebat and ribut area 5pm++...memang angin ribut kencang plus hujan BATU lagi...memang byk pokok+tiang lampu tumbang...seriau bawak keta tadi Last edited by Hanis80 on 12-10-2014 11:23 PM

Quote Esmiria 12-10-2014 11:24 PM
Takziah………………
Quote fuzzywuzzy 12-10-2014 11:27 PM
Al Fatihah buat kedua keduanya... muda lagi konstabel tu..
Quote TeRasKiLo 12-10-2014 11:51 PM
bencana tu....dok buat lagi pesta arak bagai
Quote Zamzari 13-10-2014 12:05 AM
Al-Fatihah! Takziah kepada keluarga mangsa...berbanyak lah bersabar...
Quote tekoyong 13-10-2014 12:13 AM
tadi balik lalu LDP pon hujan lebat

tak nampak jalan

alhamdulillah bangyong selamat sampai ke rumah untuk bergurau senda dengan @bangcak
Quote bangcak 13-10-2014 12:19 AM
tekoyong posted on 13-10-2014 12:13 AM
tadi balik lalu LDP pon hujan lebat

tak nampak jalan

alhamdulillah syukur selamat sampai.
kalu tidak boring jugak takde member 'bijak fakta' nak ajak bergurau
Quote leni 13-10-2014 12:55 AM
Skrg ptg2 hujan ribut...takut nk keluar waktu ptg
Quote sapp73 13-10-2014 01:02 AM
Takziah...teruk juga ribut yang melanda lembah kelang ngan JB....melaka ni panas terik
Quote edoraixora 13-10-2014 01:27 AM
Takziah...

Lain macam ribut petir petang tadi
Kuat sangat petirnye.....berdentum dentam
Quote ice_sky92 13-10-2014 01:45 AM
Takziah.....
Quote sueism 13-10-2014 05:42 AM
Takziah ...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.252688 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top