Kenaikan Gaji Sektor Perbankan, Kewangan 10-20 Peratus
Pengarah Urusan Kelly Services (M) Sdn. Bhd. (Kelly), Kamal Karanth berkata, pertumbuhan itu disebabkan sektor berkenaan berkembang pesat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara. Malah katanya, jawatan di peringkat pengurusan atasan dalam perbankan Islam mendapat permintaan paling tinggi berikutan kekurangan guna tenaga mahir dalam bidang itu dengan gaji maksimum bagi jawatan ketua syariah adalah RM21,000. "Peningkatan industri perbankan Islam di negara ini dan di peringkat global turut mencipta peluang pekerjaan yang lebih tinggi dalam bidang itu dengan gaji yang kompetitif," katanya semasa membentangkan laporan kaji selidik panduan gaji Malaysia 2014/2015 di sini hari ini. Kaji selidik panduan gaji Malaysia dijalankan dengan mengambil kira sentimen dan data semasa meliputi pelbagai sektor. Kelly ditubuhkan di Malaysia sejak 1984 dan kini mempunyai 14 buah pejabat di seluruh negara termasuk di ibu kota, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor. Tambah Kamal, bilangan pekerja paling ramai dalam sektor adalah teknologi maklumat (IT) dengan 130,000 orang dan peningkatan jumlah kakitangan IT disebabkan peningkatan penggunaan teknologi tinggi di negara ini. "Pertumbuhan gaji bagi sektor IT sedikit perlahan iaitu sekitar lima hingga 10 peratus manakala sektor kejuruteraan (10 peratus) serta sektor jualan dan pemasaran (10 hingga 20 peratus) dalam tempoh 12 bulan yang lalu," katanya.
|
kejoraria posted on 16-10-2014 02:28 PM
dah nama pun bank....service mcm cilakak pun kalau dah nama bank pasti naik gaji.....dah tajuk pun ...
Anak_Nogori posted on 16-10-2014 02:32 PM
Mcm tu plak...ingatkan bank tak sama dgn pegawai kerajaan...mereka nak naik gaji bukan ikut presta ...
tekoyong posted on 16-10-2014 02:34 PM
jangan la marah kalau bank asyik call ko sebab nak tuntut hutang
Rajawali posted on 16-10-2014 02:36 PM
bila pulak aku hutang bank??fitnah masuk neraka taw kata sebilangan lebai/lebainita kat sini
Anak_Nogori posted on 16-10-2014 02:32 PM
Mcm tu plak...ingatkan bank tak sama dgn pegawai kerajaan...mereka nak naik gaji bukan ikut presta ...
tekoyong posted on 16-10-2014 02:47 PM
hehe, bukan fitnah, nasihat je
anggaplah itu nasihat kepada lebai-lebai lain yang marah bila ja ...
Rajawali posted on 16-10-2014 03:01 PM
aku bersyukur kerana berada dalam golongan orang yang tak pernah ada kad kredit,so aku tak tahu ma ...
tekoyong posted on 16-10-2014 03:08 PM
bagus la bro
kerja kerajaan kalu memang senang, gaji konfem tiap bulan masuk pada jumlah yang t ...
kucingTomey posted on 16-10-2014 03:58 PM
kau ni kejap owner cyber cafe...kejap salesman...kejap ayahanda pekida...kau ade masalah mental ke ...
ADVERTISEMENT