CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Sihat Di Temui Di Surau Sek 7 Shah Alam

16-10-2014 05:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8872| Komen: 51

Bayi Sihat Di Temui Di Surau Sek 7 Shah Alam

Gambar hiasan


SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di perkarangan sebuah surau di Jalan Platinum, Seksyen 7 di sini, awal hari ini.  Menurut jurucakap polis, bayi seberat 3.15 kg itu ditemui orang awam dalam keadaan dibalut dengan selimut pada kira-kira 2 pagi.  

"Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan antara tiga dan empat jam sebelum ditemui," katanya ketika dihubungi hari ini.  Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan itu.

"Bayi itu kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dalam keadaan sihat... siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan. 
14

Bagus
14

Marah
13

Terkejut
10

Sedih
17

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasa 16-10-2014 04:03 PM
memang bulan buang bayi ke bulan ni?


kesian lahir tak beribu berayah...nenek..datuk..makcik
Quote jazaa 16-10-2014 04:09 PM
rosasa posted on 16-10-2014 04:03 PM
memang bulan buang bayi ke bulan ni?



iya lahhh..baby thun baru dah menetas le tu...



Quote JohnDeSouza 16-10-2014 04:09 PM
syukur sekurangnya x dibuang dlm longkang
Quote ThuLE 16-10-2014 04:11 PM
pagi pagi tadi dah dpt wasap pasal ni..
mmg sgt comel baby tu.. sampai nye hati mak dia meninggalkan anaknye..

Quote lavashoot 16-10-2014 04:12 PM
jazaa posted on 16-10-2014 04:09 PM
iya lahhh..baby thun baru dah menetas le tu...

bercinta dgn lelaki smiskin gitu le...nak kawin tak mampu..tapi tetap main

last2 ngadung buang bayi...si laki smiskin dah blah cari awek lain..






Quote GhostWalking 16-10-2014 04:13 PM
ThuLE posted on 16-10-2014 08:11 AM
pagi pagi tadi dah dpt wasap pasal ni..
mmg sgt comel baby tu.. sampai nye hati mak dia meninggalka ...

Mohle share gambaunya nak tengok
Quote puteri_impian 16-10-2014 04:15 PM
dapat wassap tadi dari kawan tadi skli dgn pic nye
Quote freebird 16-10-2014 04:15 PM
cina pun dah pandai buang bayi kat sejid...
Quote pittjie 16-10-2014 04:18 PM
rosasa posted on 16-10-2014 04:03 PM
memang bulan buang bayi ke bulan ni?

mak sedara, bapak sedara .. tak nak sebut sekali?

eee tapi kesian kaaan. para jemaah masjid bagi nama dia abdul mawaddah. sempena nama masjid tu. eh ke surau?

Quote GhostWalking 16-10-2014 04:18 PM
Bayi lelaki ditemui di surau

SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di Surau Mawaddah, Seksyen 7, awal pagi tadi.

Kejadian disedari penduduk yang sedang mengadakan program Qiamullail di surau berkenaan selepas terdengar suara bayi menangis.

Sumber berkata, penduduk kemudian keluar dan menemui bayi itu di kaki lima surau terbabit .

"Penduduk itu kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa dan bayi terbabit dibawa ke hospital," katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/11933




Quote epysha 16-10-2014 04:43 PM
baby valentine..terima kasih kerana bawa beliyau ke donia..
Quote kejoraria 16-10-2014 04:48 PM
sian baby tu.....
Quote yeepi_33 16-10-2014 04:52 PM
Comel gile..

Harap pasni jd ahli masjid.
Amin.
Quote yeepi_33 16-10-2014 04:53 PM
Kokping suke isu cmni.

Suara anak tak sah taraf katanya...
Quote bambimo 16-10-2014 04:59 PM
Pergh 3.15kg mmg berat baby normal...
X terasa apa kah masa bayi tu dlm rahim mak dia..syukur dapt dselamatkn...
Quote GhostWalking 16-10-2014 05:00 PM
yeepi_33 posted on 16-10-2014 08:53 AM
Kokping suke isu cmni.

Suara anak tak sah taraf katanya...

Kalau dapat kat kokping mesti dah panggil PC kot
Quote ThuLE 16-10-2014 05:03 PM
GhostWalking posted on 16-10-2014 04:13 PM
Mohle share gambaunya nak tengok

sorry le.. dah clear conversation pulok



Quote prettyuglybabe 16-10-2014 05:20 PM
kasihannya.. semoga mak bapak kamu mandul terus wahai anak
Quote lizaliza 16-10-2014 05:23 PM
besar gak tu 3.15kg
harap harap besar nanti jadilah insan yang bertakwa kepada Allah

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.058721 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top