CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peraturan Baru Cermin Gelap Berkuatkuasa 1 Mei 2015

17-10-2014 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4188| Komen: 1

Peraturan baru cermin gelap berkuatkuasa 1 Mei 2015



Penguatkuasaan peraturan baru berhubung penggunaan cermin gelap akan dilaksanakan bermula 1 Mei tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad.
Beliau berkata peraturan baru itu sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 November ini dan tarikh itu diubah bagi memberi masa kepada pemilik kenderaan, khususnya kenderaan import untuk mendapatkan gantian cermin kenderaan masing-masing.

"Selepas mengambil kira masalah yang dihadapi pemilik kenderaan, maka wajar satu tempoh masa yang munasabah diberikan kepada orang ramai bagi mengambil tindakan pembetulan, khususnya bagi pemilik kenderaan import mendapatkan gantian cermin mengikut kadar baru VLT (ketelusan cahaya).
"Tempoh masa yang diberi adalah sehingga 30 April 2015, dan selepas tempoh itu, bermula 1 Mei, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap penggunaan cermin gelap yang tidak mematuhi spesifikasi VLT yang baru," katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Peraturan baru itu menetapkan VLT bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50% kepada 30%, manakala kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu dan penumpang hadapan pula masing-masing kekal pada kadar 70% dan 50%.

Berdasarkan peraturan yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, pengguna jalan raya yang ingkar boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya.
Ismail berkata bagaimanapun, pengecualian terhadap peraturan itu masih diberikan kepada individu dengan jawatan tertentu serta kenderaan agensi penguatkuasaan atas faktor keselamatan.

Sehingga kini, JPJ memberikan pengecualian kepada kira-kira 3,500 pemilik kenderaan untuk dikecualikan daripada peraturan penggunaan cermin gelap, katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata JPJ akan melaksanakan Operasi Khas terhadap  pemilik kenderaan yang menggunakan lampu 'strobe', lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon dan saiz nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi bermula 1 November depan.
Ismail berkata operasi khas di seluruh negara itu dibuat secara bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata pemilik kenderaan diberikan tempoh sehingga 31 Oktober ini untuk mengambil tindakan menukar nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi, menukar lampu HID yang bukan daripada pengeluar kenderaan serta menanggalkan 'strobe light' yang dipasang pada kenderaan masing-masing.
Keengganan berbuat demikian membolehkan mereka dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959, katanya. – Bernama

1

Bagus

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 31-10-2014 07:09 PM
Baguussss.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.050949 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top