CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Br1m Dianggap Berjaya Jika Tiada Penerima - Prof

20-10-2014 02:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5870| Komen: 39

Br1m Dianggap Berjaya Jika Tiada Penerima - Prof




SHAH ALAM – Usaha kerajaan dalam membantu rakyat menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh dikelaskan berjaya sekiranya tiada lagi penerima yang layak diberikan bantuan itu pada masa akan datang.

Pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, situasi itu menandakan aras kehidupan rakyat sudah meningkat.

Namun, sekiranya bilangan penerima semakin bertambah saban tahun, keadaan itu bukan sesuatu petanda yang baik.

“BR1M dari sudut konsepnya bagus iaitu kerajaan prihatin untuk membantu rakyat. Tapi adakah mekanisme BR1M itu boleh selalu digunakan? Adakah BR1M itu boleh merangsang ekonomi?

“Bagi saya BR1M ini tidak boleh digunakan selalu. Kalau penerima itu bertambah dari semasa ke semasa sedangkan tujuan utama dan hasrat kita bagi memastikan kemiskinan dapat dikurangkan, jadi, apa yang kita nak tunjukkan?

“Adakah kita nak tunjukkan bahawa kerajaan itu lebih prihatin ataupun kita nak tunjukkan bahawa sebenarnya kalau orang yang menerima BR1M itu bertambah, sudah pasti petunjuknya adalah kita gagal untuk memastikan bahawa rakyat semakin lama semakin berpendapatan tinggi,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, tujuan utama BR1M membantu rakyat tidak harus dilupakan dengan fasa-fasa yang tertentu sehingga bilangan penerima bantuan itu berkurangan.

“Jika akhirnya penerima BR1M semakin lama semakin berkurangan, maka ini satu petunjuk bahawa pendapatan rakyat semakin bertambah.

“Kalau boleh lama-kelamaan tidak ada langsung penerima BR1M. Kenapa? Kerana ketika itu, semua rakyat telah pun memiliki pendapatan lebih RM3,000 sebulan.

“Jadi, itulah tujuan utama kita. Kena ada fasa-fasa. Janganlah setiap tahun pemberian BR1M bertambah yang akhirnya memberikan petunjuk yang silap dalam konteks ekonomi negara,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peningkatan kadar BR1M daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Beliau berkata, bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan akan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 iaitu  sebanyak RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

15

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 17-10-2014 11:12 PM
skg ni berjaya laaa..berjaya jd kerajaan plg bagus di dunia..dlm dunia mana ada kerjaan kasi brim katanya
Quote sabbath_shalom 17-10-2014 11:49 PM
Skang ni banyak Profesor kangkung...patut kangkung turun harga..

pandai kepala botak najib..sama pandai dengan @BotakChinPeng / tan sri chin peng Last edited by sabbath_shalom on 17-10-2014 11:50 PM

Quote winterwhite39 18-10-2014 12:08 AM
350 beli brg dapur seminggu jela kot
Quote mikasa 18-10-2014 12:18 AM
Barang dapur untuk makan berapa org rm350 tu..beli kerapu ker
Quote aechae 18-10-2014 12:20 AM
winterwhite39 posted on 18-10-2014 12:08 AM
350 beli brg dapur seminggu jela kot

nnt org kata mkn mewah plak 350 seminggu tu..... so kna cut selera...sotong, udang, xpayah....ikn pn yg murah2 je...ayam skali seminggu...sayur pn ulam timun n kobis je..see, bleh thn sebulan or 5,6 mggu ni...sykurrr okeh

Quote winterwhite39 18-10-2014 12:46 AM
aechae posted on 18-10-2014 12:20 AM
nnt org kata mkn mewah plak 350 seminggu tu..... so kna cut selera...sotong, udang, xpayah....ikn  ...

kalau camtu telur jela hari2

kalau sepapan 10 hinggit = 30 biji

cukup setahun ooo
Quote winterwhite39 18-10-2014 12:47 AM
mikasa posted on 18-10-2014 12:18 AM
Barang dapur untuk makan berapa org rm350 tu..beli kerapu ker

klau beli kerapu cukup 3 hari je kot
Quote sabbath_shalom 18-10-2014 12:51 AM
Bersyukur kita x kebuluran cam Somalia..

Negara kita layak dibandingkan dengan Somalia kekdahnye...hurmm Meleis.
Quote estrelle 18-10-2014 01:23 AM
ai blanja dapur tadi total Rm200++ dah tak penuh pon troley..sedeh..
Quote tekoyong 18-10-2014 01:23 AM
aechae posted on 18-10-2014 12:20 AM
nnt org kata mkn mewah plak 350 seminggu tu..... so kna cut selera...sotong, udang, xpayah....ikn  ...

hai echil

bangyong tak makan seafood sebab bangyong alergik.... kalau cium bau ketam tengah dimasak je pun bangyong dah kegatalan terutama bahagian tekak

bangyong makan ayam je... kadang2 makan daging lembu, tapi daging lembu selalu buat perut bangyong sakit, mungkin bangyong ada masalah penghadaman

susah la kalau jadi isteri bangyong kan
Quote mommymonster82 18-10-2014 02:28 AM


Konon nak tunjuk prihatin skali hamek kau
Quote aechae 18-10-2014 07:13 AM
tekoyong posted on 18-10-2014 01:23 AM
hai echil

bangyong tak makan seafood sebab bangyong alergik.... kalau cium bau ketam tengah dim ...


apa plak susah....bangyong kn suka masak....masak ikot selera sndrii je...isteri bangyong cuci pinggan periuk kuali sume je
Quote noor2 18-10-2014 07:53 AM
siapa yang duk tolak tu....dah pemimpin yang cerdik ni nak bagi...bodola kalau tolak..
Quote alieyrina 18-10-2014 08:00 AM
Ok lawak  
Quote batmana 18-10-2014 08:07 AM
Prof ni x pnah pi pasar agaknya
Quote AHMADVW 18-10-2014 08:25 AM
prof kangkung
Quote R2D2 18-10-2014 08:41 AM
cukup la kabinet ada 2 menteri jadi bahan lawak
ni pulak pensyarah bertaraf Prof
Quote apam 18-10-2014 12:33 PM
Prof serbatau wannabe ni masih belum berjaya lagi. Kalau dia dah berjaya dia datang mengajar budak2 tak ambik gaji atau suku gaji dia.
Quote Anak_Nogori 18-10-2014 12:41 PM
saya plak bersetuju dgn prof ini.....sekarang 8 juta rakyat terima brim...tu pun tapisan demi tapisan dibuat melalui LHDN..pun saya percaya mesti ada ketirisan terutama yg tidak ada payslip..mereka2 ini dapat.

so..kalau semakin tahun semakin kurang penerima brim..betullah akan kurang pemberian brim..krn masing2 dah mampu berdiri diatas kakinya sendiri spt mana ada brim yg lalu beribu2 yg tolak..baguslah lah macam tu..dari asik duk bergantung pada org lain utk hidup...cari sendiri..kepuasan dan kesenangan itu sendiri yg dapat..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.107897 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top