CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kekurangan Dana, Pembiayaan Ptptn Dikurangkan

5-11-2014 03:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6720| Komen: 25

Kekurangan Dana, Pembiayaan Ptptn Dikurangkan


KUALA LUMPUR: Jumlah pembiayaan baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikurangkan sebanyak lima peratus dan 15 peratus untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mulai 1 November.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Strategik PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata, bagaimanapun, jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.

Katanya, penyelarasan itu dibuat berikutan kekangan dana PTPTN bagi menampung penambahan 50,000 peminjam baharu untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula November ini.

"Satu daripada punca kekangan dana PTPTN adalah peminjam liat untuk membayar balik pinjaman mereka selepas tamat pengajian.

"Bagaimanapun, pelaksanaan penyelarasan ini telah dinyatakan dalam pekeliling PTPTN Bilangan 1 tahun 2014 yang telah dimaklumkan kepada semua IPTA dan IPTS di seluruh negara pada 29 Oktober lalu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mastura juga berkata, pihaknya juga telah melaksanakan kaedah penggunaan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai kaedah tapisan bagi menentukan kelayakan jumlah pembiayaan bagi semua peminjam baharu.

"Jika data peminjam atau ibu bapa disenaraikan sebagai penerima BR1M, mereka akan menerima pembiayaan maksimum PTPTN.

"Bagi bukan penerima BR1M, sebanyak 75 peratus pembiayaan akan diberikan kepada keluarga yang pendapatannya tidak melebihi RM8,000 dan 50 peratus untuk pendapatan bulanan keluarga pelajar melebihi RM8,000," katanya.

Katanya, dalam usaha memastikan kelestarian PTPTN, kempen-kempen kesedaran, insentif bayaran balik dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi bayaran balik pembiayaan.

"Selain itu, tindakan pengurangan perbelanjaan juga perlu dilaksanakan oleh PTPTN berasaskan kedudukan kewangan semasa," katanya. 

8

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 3-11-2014 10:20 PM
Peminjam yg liat bayar utang. Sila tgk ni
Quote shernazz 3-11-2014 10:21 PM
Bayor wei..
Korang ni liat btol la bayor..
Sian adik.adik nak blajo ni..isk..
Quote munchkin 4-11-2014 01:55 AM
janji perut dan behind masing masing lepas. peduli apa dengan generasi baru. do you really think they care? duit ptptn ni duit parti itu ka duit public? kalau tak bayaq, maksud apa? cer kabo sikit.
Quote addamnor 4-11-2014 02:54 AM
Pinjaman pendidikan ini buat seperti mortgage shj lah senang. Ada tanah lot banglo satu jadikan cagaran semasa meminjam. Baharulah orang beriya membayarnya.
Dah berbelas tahun solusi terhadap peminjam yang liat nak bayar ini ala ala kelam tidak pernah nampak jalan shj
Quote mommymonster82 4-11-2014 03:01 AM
addamnor posted on 4-11-2014 02:54 AM
Pinjaman pendidikan ini buat seperti mortgage shj lah senang. Ada tanah lot banglo satu jadikan caga ...

Klu syarat pinjaman diketatkn susahla uni swasta nk cari mkn..

Skrg ni kesahnya byk juga yg lulusan ipt xdpt keje.. Yg sijil xlaku.. Lmbakn siswazah.. Sijil xikhtiraf..kursus xboleh ditamatkn..n mcm2 lg masalah..ada dorg kesah? Syarat pengambilan punyalah rendah.. 3 credit da boleh masuk ipt..bukn 3A tp 3 credit..xmampu byr yuran xper ptptn ada.. Pinjam amik kursus ntah per2.. Xkesah janji pihak berkenaan untung...

Byrn balik ni propa jer lebih...konon2 dorg kesah duit mkin kurg..pdahal poket masing2 da penuh..just risau xleh terus kaut untung...bukn risau pasal ptptn sgt..risau takut masing2 xleh kaut untung...dari budak2 masuk ipt..
Quote scorpionkiki 4-11-2014 04:40 AM
Tambah syarat...tak bayar anak anak keturunan akan kena blacklist
Quote mbhcsf 4-11-2014 04:50 AM
kesian adik adik lain u see?
Quote Al-Patih 4-11-2014 06:07 AM
Ketua Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Strategik PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata, bagaimanapun, jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.

PTPTN...poong adoh Pegawai Pemasaran...pasaran mano yang dia nak cangkul..????
Quote BotakChinPeng 5-11-2014 11:38 AM
Itu macam ka
Quote Perutkaembong 5-11-2014 11:44 AM
mana khir toyo????

#throwback #kajangmove

Quote akuyanz 5-11-2014 11:51 AM
me dah mula menabung utk anak2 & me akan pastikan anak2 me tak akan pinjam PTPTN

cukup2 lah me sorang yg rasa pinjam PTPTN nih..
Quote zieq 5-11-2014 12:34 PM
br1m dijadikan kriteria utk tentukan jumlah pinjaman?? habis tu apa akan jadi dgn golongan middle-class, yg mmg xterima br1m, yg paling terkesan dgn rasionalisasi subsidi?? dgn anak2 middle-class pon dihukum sekali. melampau betulla
Quote namirulmukminin 5-11-2014 12:40 PM
Ni semua sebab si BONGOKS yg tak reti2 nak bayor PTPTN...
Quote wana89 5-11-2014 12:44 PM
Perutkaembong posted on 5-11-2014 11:44 AM
mana khir toyo????

#throwback #kajangmove

hang cakap pasal @ladydutch ka???
cuba tanya dia, adakah dia salah seorang yang jadi penyebab pembiayaan PTPTN dikurangkan?



Quote cikjem 6-11-2014 01:43 AM
kih kih..kalu nk sambung study. silalah skor terbaik punye. dapatkan biasiswa. baru berbaloi.
Quote sabbath_shalom 6-11-2014 02:10 AM
Lepasni banyak la IPTS tutup...good good good...kurang hub penyimpanan negro pengedar dadah.
Quote willow12 6-11-2014 11:04 AM
Parents skrg ni mmg kena masuk kan dlm agenda education plan (tak kira la via self saving, insurance, sspn,  asd etc etc) for their children as early as the child mula ada nyawa dlm rahim ibunya. Bukan bz belanja perkara2 yg membazir utk anak2. Zaman skrg i tgk parents rajin melayan beli brg2 anak secara online  dari botol susu,  baju, mainan, gadgets,  strollers bla bla sampai penuh satu rumah. Mmg lah parents muda2 sambut anak sulung ada bajet besar tapi tak payah lah sampai membazir. Baiknya,  bila anak lahir,  start buat saving utk anak2. Mesti plan. Bila nak masuk kolej atau uni at least boleh ringankan beban. Kena ambil tauladan apa yg jadi skrg students yg ambik ptptn, umur lingkungan awal 20an  dorang trpaksa berhutang. Dan tak rugi pun menabung ni.
Quote uniq61 6-11-2014 12:02 PM
KALAU DAH BERHUTANG TU..KENALAH BAYAR....
MASA MEMINJAM DULU...DULU PERABIS BELI MOTOR KERETA HANDPHONE DAN SEBAGAINYA....PEH TU MALAS BELAJAR...POYA SANA SINI...PEH TU TAK LULUS.....MULALAH TAKNAK BAYAR...KATA KERAJAAN ZALIM....SIAPA YANG ZALIM SEBENARNYA?? DIRI SENDIRI LE ZALIM.....PEH TU  DAPAT OFFER JADI KELDAIAN..PASAL DAH AZALI BODOH SEBAB MALAS....KEBODOHAN TU MEMANG TERSERLAH SEBAB TU SENANG DIUMPAN JADI KELDAIAN..

INGAT LE KAT ADIK ADIK DAN ANAK ANAK KORANG NANTI...KEPADA GENERASI AKAN DATANG..

Quote Bell 6-11-2014 12:11 PM
mommymonster82 posted on 4-11-2014 03:01 AM
Klu syarat pinjaman diketatkn susahla uni swasta nk cari mkn..

Skrg ni kesahnya byk juga yg lul ...

Aku setuju dgn ko. PTPTN patut kasi kat student IPTA dan IPTS yg diikhtiraf sahaja. Apa jadah nak kasi calun masuk IPT nyamuk, kolej swasta yg entah apa-apa - SPM tak lulus pun boleh masuk. Itu pasal la byk sgt siswazah menganggur...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.074967 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top