Sekolah tidak benarkan rambut palsu merah jambu SMITH memakaikan Ashanti yang menghidap sejenis penyakit penuaan dengan rambut palsu berwarna merah jambu. SUSSEX, England – Seorang kanak-kanak yang dijangka tidak dapat hidup lama kecewa selepas seorang guru mengarahkannya supaya menanggalkan rambut palsunya yang berwarna merah jambu, lapor MailOnline semalam. Pihak sekolah khuatir tindakan kanak-kanak itu, Ashanti Elliott-Smith, 11, yang menghidap sejenis penyakit penuaan yang jarang berlaku dan dikenali sebagai Hutchinson Gilford Progeria boleh menyebabkan pelajar lain akan turut mewarnakan rambut mereka. Kanak-kanak itu yang kini kelihatan seperti seorang warga emas yang berusia 80 tahun dijangka tidak dapat meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-15. Ibu kanak-kanak itu, Smith, 29, berkata, anaknya amat sedih apabila guru-guru di sekolahnya tidak membenarkan dia memakai rambut palsu. “Warna rambut itu memang terang tetapi dia mempunyai hak untuk memakai apa sahaja warna rambut memandangkan dia tidak dapat hidup lama. Pihak sekolah menyuruhnya membuka rambut itu. Dia malu kerana keadaannya yang botak,” katanya. Sementara itu, Pengetua Kolej Komuniti Oakmeeds, Colin Taylor berkata, pihaknya membenarkan kanak-kanak itu memakai topi atau rambut palsu pada musim sejuk tetapi cuma menggunakan warna semulajadi.
|
ADVERTISEMENT