CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Mahkamah Rayuan Iktiraf Hak Transgender

7-11-2014 06:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18022| Komen: 169

Mahkamah Rayuan Iktiraf Hak Transgender




Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani,  28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi 7-11-2014 12:44 PM
biar betul...............
Quote makneng 7-11-2014 01:10 PM
tak ikhtiraf pun dah ramai puak2 ni dress up kalah pompuan - siap berkebaya, berbaju kurung dtg ke opis ye. cuma belum berhijab penuh je.
Quote nourahfey 7-11-2014 01:20 PM
Tunggu je lah bala datang.
Quote poison_paradise 7-11-2014 01:24 PM
Kalau btol nk jd pompuan pakai baju pompuan.. Pakailah tudung.. Ni nk menyeksi jd pelacur
Quote tipuware 7-11-2014 01:24 PM
aku terigt dulu masa kat uni dulu, yg ponda2n ni kalau solat Jumaat, memang paling cantik. kain pelekat takkan tak match dgn baju melayu. kalau lelaki tulen, pakai seluarparas bawha lutut then tshirt biasa aje. golongan pondan ni siap bersongkok bagai. match plak tu atas ke bawah.

Quote prettyuglybabe 7-11-2014 01:31 PM
tipuware posted on 7-11-2014 01:24 PM
aku terigt dulu masa kat uni dulu, yg ponda2n ni kalau solat Jumaat, memang paling cantik. kain pele ...

nak juga ye dorang gi jumaat
ada dah siap plan nak nyorok almari mana
Quote Innrukia 7-11-2014 01:39 PM
Aku cadangkan dimansuhkan semua jabatan berkaitan agama Islam. Biarkan jer semua berfikir sendiri apa yg btl & salah.
Quote Nicki_Meow 7-11-2014 01:42 PM
Yang baju itam tu macam ada iras Tok Ti...
Quote kanan_kiri 7-11-2014 01:49 PM
Nicki_Meow posted on 7-11-2014 01:42 PM
Yang baju itam tu macam ada iras Tok Ti...

ko ni buat aku scrol balik tgk gambar.. hahahaha
Quote batman_2007 7-11-2014 01:52 PM
kanan_kiri posted on 7-11-2014 01:49 PM
ko ni buat aku scrol balik tgk gambar.. hahahaha

Hahaha
Sama la aku.
Quote kanan_kiri 7-11-2014 01:53 PM
scary tgk sorg2 ni..
kemain seronok lg bergambar..
mcm2 dunia skg ni..
Quote revolusi_30 7-11-2014 01:55 PM
Innrukia posted on 7-11-2014 01:39 PM
Aku cadangkan dimansuhkan semua jabatan berkaitan agama Islam. Biarkan jer semua berfikir sendiri ap ...

Setuju ... Sekularisme juga yg terbaik.
Quote azimodin 7-11-2014 01:58 PM
Jangan diberi hak masuk tandas perempuan sudah... payah nak membelit shawl kalau dah spesisbelut perasan kerang ni tumpang menembak dalam tandas perempuan.
Quote cemolot 7-11-2014 02:04 PM
Nicki_Meow posted on 7-11-2014 01:42 PM
Yang baju itam tu macam ada iras Tok Ti...

haha! exactly...lagipun dia je yang muka siap..yang lain........
Quote MissMamamia75 7-11-2014 02:07 PM
Dunia akhir zaman...hmmm...
Quote robertocarbos 7-11-2014 02:08 PM
Ya allah, ape la nak jadi,
Bakor jek la diorang ni idop2,
jangan nak tunggu tsunami datang baru semua nanges2 nyesal
Quote encikWawad 7-11-2014 02:09 PM
azimodin posted on 7-11-2014 01:58 PM
Jangan diberi hak masuk tandas perempuan sudah... payah nak membelit shawl kalau dah spesisbelut per ...

tumpang menembak dalam booth - yang g intai tu pasal susah nak concerntrate kekdahnya yer
Quote eldotts 7-11-2014 02:12 PM
Muka bangga memasing
Quote supersudoku 7-11-2014 02:14 PM
dorang ni jadik pompuan kan ,dorang target laki orang tak?
risau gak

kuikuikuikui

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.114494 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top