Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Serdang, Ahmad Yani Ahmad Aziz berkata, cadangan itu disifatkan sebagai tidak masuk akal memandangkan kawasan tersebut majoritinya terdiri daripada umat Islam. Katanya, jika cadangan tersebut diteruskan, nescaya kawasan Bandar Baru Bangi yang selama ini boleh dikatakan bebas daripada minuman beralkohol bakal tercemar. Menurutnya, Bandar Baru Bangi merupakan sebuah bandar ilmu yang didiami ramai pelajar terutama daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). “Pemuda UMNO mendapat pelbagai keluhan daripada penduduk Bangi yang resah dengan cadangan tersebut kerana lebih 70 peratus daripada mereka adalah beragama Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Selasa lalu, Aeon Big (M) Sdn. Bhd. melalui satu notis yang disiarkan di akhbar telah memohon lesen menjual minuman keras jenis borong di kawasan berkenaan kepada Pengerusi Lembaga Perlesen Daerah Hulu Langat. Mengulas lanjut, Ahmad Yani menjelaskan, pihaknya sedang melaksanakan proses pungutan suara untuk diserahkan kepada Lembaga Perlesen Daerah Hulu Langat. Dalam masa sama, kata beliau, Pergerakan Pemuda UMNO Serdang juga akan menghantar notis bantahan kepada Aeon Big (M) Sdn. Bhd. hari ini sebagai reaksi awal kepada notis pemberitahuan yang disiarkan syarikat berkenaan sebelum ini. “Kami memohon dan mendesak pihak yang membuat pemohonan tampil memberikan penjelasan kepada penduduk Bandar Baru Bangi tentang permohonan lesen itu,” katanya.
|
8
Bagus |
19
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mbhcsf posted on 8-11-2014 08:48 AM
Ler kat bangi??? Lerr ...tak masuk akal..sungguh....isk sapa tak pikiaq ke? Kawasan tu density stude ...
cmf_premierleag posted on 8-11-2014 09:24 AM
Abih tu ko ingat ummah students dan pensyarah tu sume suci murni sgt ke?
Ada je aku tgk bdk2 ukm ...
ADVERTISEMENT