CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak sempat larikan mesin ATM

29-5-2013 11:00 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3331| Komen: 13

SUNGAI BULOH – Panik mendengar penggera keselamatan berbunyi, sekumpulan penjenayah tidak sempat melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) meskipun sudah berjaya menariknya keluar dalam kejadian di Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Subang Perdana, awal pagi semalam.

Dalam kejadian sebelum jam 5.30 pagi itu, empat penjenayah tersebut merosakkan dua kamera litar tertutup dengan memotong wayar utama kamera bagi mengelak identiti mereka dikesan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, suspek kemudiannya melilit rantai di sekeliling mesin tersebut sebelum menarik menggunakan kabel keluli yang diikat pada sebuah lori.

Menurutnya, siasatan melalui CCTV di premis berhampiran mendapati kesemua suspek memakai jaket yang menutup kepala.

“Suspek berusia dalam lingkungan 20-an berdasarkan saiz tubuh yang kurus serta jenis pakaian yang diguna,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, sebuah mesin deposit wang (CDM) yang berada bersebelahan mesin ATM itu tidak terjejas.

Menurutnya, lori digunakan ditemui ditinggalkan di sebuah lorong, 500 meter dari lokasi kejadian.

Lori itu milik kedai perabot di Batu Tiga, Shah Alam.

“Kita sudah ambil keterangan pemilik kedai perabot itu yang memaklumkan lori itu kali terakhir dilihatnya Ahad lalu,” katanya.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan ketiadaan pengawal keselamatan menjadi punca penjenayah mengambil kesempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457/511 kanun keseksaan.



Gambar kejadian di snap oleh samsung galaxy ace.

Pasukan forensik sedang memeriksa lori yang digunakan suspek ditemui 500
meter dari lokasi kejadian.

Info grafik


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bbalik 29-5-2013 09:14 AM
Suspek berusia dalam lingkungan 20-an berdasarkan saiz tubuh yang kurus serta jenis pakaian yang diguna



huhu tengok baju je tau umo brapa...
terer polis malaysia...
Quote khailya 29-5-2013 09:19 AM
rugi2.. da berjaya tarik keluar tu..
Quote Al-Patih 29-5-2013 12:56 PM
tak bayar sewa mesin kot ...
Quote mamarayyan2010 29-5-2013 02:09 PM
bbalik: huhu tengok baju je tau umo brapa...terer polis malaysia...




kan polis kita antara yg terbaik kaedahnya ...
Quote setia00 29-5-2013 02:59 PM
mamarayyan2010 posted on 29-5-2013 02:09 PM
kan polis kita antara yg terbaik kaedahnya ...

hehehehe
Quote cik.ijaw 29-5-2013 03:19 PM
berani betol nk mencuri mesin atm
Quote prettyuglybabe 29-5-2013 03:34 PM
penjenayah beginner ke apa.. baru bunyi alarm dah panik. kalu disergah anjing, terus tercirit agaknya
Quote dragger 29-5-2013 03:50 PM
nak curi tapi tak reti mencuri... ni la dia..
Quote nexusys 29-5-2013 04:36 PM


alahai... boroi abam pulis..... tak fit langsung..
Quote shahx 29-5-2013 04:41 PM
siap bgtau gambar di snap dgn samsung galaxy ace...
Quote mizsrose 30-5-2013 09:06 AM
isk rugi laa...sket lagi leh joli katak duit tu..naseb bek xmati katak je hehe
Quote mienina 30-5-2013 09:32 AM
padahal org lalu lalang tu kawasan ni.. x dela sesunyi mana tptnye.... urmmm... lg hebat kes kawan laki aku.. kete tgh park dlm pagar rumah dicuri org time ujan lebat.... pintu pagar diumpil.... sampai skang tak jumpa kete dia.. sian aku tgk..... drebar teksi india yg aku naik cakap kat aku.. puan... kat KL ni setan dan jin je ade... malaikat dah lari....
Quote nonok22 15-7-2016 01:42 PM
Tudiaaaa.......

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054052 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top