Bongkar Paranormal Kota Singa
Program dokumentari bercorak realiti, Paranormal Zone musim pertama mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton dengan mencecah rating 3.4 juta ketika bersiaran di ntv7 pada 2012. Musim kedua program terbitan produksi tempatan, Kechara ini yang membongkar pelbagai kejadian misteri dan paranormal di Thailand turut mendapat sambutan ramai. Kini, siri Paranormal Zone yang membongkar pelbagai kejadian misteri di negara Asia diteruskan pula untuk musim ketiga dan bakal bersiaran pada tahun depan.
Menerusi siri Paranormal Zone, penonton juga dapat mencari jawapan apa yang berlaku sebenarnya dalam dunia paranormal seperti fenomena di tempat berhantu, terkena sumpahan dan kad menilik nasib.
Peminat siri ini juga berpeluang menonton musim pertama dan kedua siri Paranormal Zone yang bakal bersiaran di saluran Syfy (HyppTV 611) pada 29 September ini. Program ini menampilkan pengacara berkaliber dari Kuala Lumpur, Phng Li Kim, 43. Secara peribadi, Li Kim mengakui dia puas kerana program itu mendapat sambutan hangat sejak musim pertama. “Selaku hos, pasti-nya saya sangat teruja untuk mengacarakan musim baru Paranormal Zone yang bakal bersiaran pada tahun depan. “Bukan sekadar pengacara kerana saya memang berminat untuk membong-kar dunia mistik dan paranormal sejak dulu. “Bagi musim terbaru ini, saya dan barisan kru produksi sudah memulakan penggambaran dan setakat ini ia sudah membabitkan 50 peratus. “Jika musim pertama dulu, kami sudah membongkar pelbagai kejadian misteri dan paranormal di serata Malaysia dan musim kedua pula membabitkan lokasi di sekitar Thailand. “Lebih menarik, siri Paranormal Zone untuk musim ketiga akan membongkar pelbagai kejadian misteri dan sukar dijelaskan membabitkan Singapura,” katanya. Ditanya harapannya pada program itu, kata Li Kim, dia sangat berharap penonton tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menonton musim pertama dan kedua yang bersiaran di saluran Syfy itu. Li Kim ditemui pada sidang media program Paranormal Zone di Petaling Jaya, baru-baru ini. Mengulas lanjut mengenai program Paranormal Zone, kata Li Kim, ia bukan sekadar membongkar pelbagai kejadian misteri dan paranormal, sebaliknya turut memberi pengetahuan dan maklumat berguna kepada penonton. “Ramai yang bertanya sama ada saya sendiri pernah mengalami kejadian misteri dan pelik sepanjang mengacarakan program ini. Hakikatnya, saya tidak pernah mengalaminya atau berdepan sebarang gangguan sepanjang penggambaran siri ini. “Apapun, saya anggap program ini sebagai proses pembelajaran kerana ia memberi maklumat kepada penonton dalam dua aspek iaitu alam mistik dan dunia saintifik. “Pada masa sama, saya juga banyak belajar daripada sifu iaitu Tsem Rinpoche dalam hal berkaitan kejadian paranormal ini,” katanya. Tidak ketinggalan, kata Li Kim, dia turut me-nyelitkan beberapa temu bual dengan pelbagai golongan masyarakat yang berkongsi pengalaman dan kejadian paranormal serta mistik dialami mereka dalam program berkenaan. “Antaranya, temu bual dengan golongan selebriti seperti Datuk Sheila Majid yang turut berkongsi pengalamannya dalam siri pertama Paranormal Zone sebelum ini. “Ia turut membabitkan sesi temu bual dengan golongan penyelidik aktiviti paranormal dan mereka yang percaya dengan kejadian alam mistik, sekali gus menjadikan program ini lebih menarik untuk ditonton,” katanya. |
hafieza posted on 25-9-2014 12:33 PM
kt singapore mmg mcm2 citer angker ade..
ayah aku pnh kene..especially kalo flat diorg buat atas be ...
hafieza posted on 25-9-2014 12:33 PM
kt singapore mmg mcm2 citer angker ade..
ayah aku pnh kene..especially kalo flat diorg buat atas be ...
hafieza posted on 25-9-2014 12:33 PM
kt singapore mmg mcm2 citer angker ade..
ayah aku pnh kene..especially kalo flat diorg buat atas be ...
skgerl posted on 27-10-2014 04:50 PM
HDB dah lancarkan projek buat flat atas tapak perkuburan Bidadari. Sape2 in the know lah yg tau da ...
hafieza posted on 27-10-2014 05:18 PM
bukn da lama ke diorg pindh kn kubur Bidadari tu ...sbb moyang i and other relatives pon ade kub ...
ADVERTISEMENT