CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuti Keluarga Berakhir Tragedi-Bot Laju Terbalik

17-11-2014 10:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8266| Komen: 49

Cuti Keluarga Berakhir Tragedi-Bot Laju Terbalik

Kuala Berang: Kegembiraan 40 sekeluarga bercuti di atas rumah bot di Sungai Lawit, Tasik Kenyir, dekat sini, berakhir tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka yang berusia sembilan tahun maut, selepas bot laju dinaiki mereka terbalik, 10 pagi semalam.


Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Daniel Rosapawi yang menaiki bot laju bersama bapa saudara dan dua sepupunya dalam perjalanan ke sebuah lokasi untuk mandi manda, sebelum bot dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan terbalik.
Sebelum kejadian, mangsa bersama kira-kira 40 ahli keluarganya yang lain bercuti dengan menaiki dua rumah bot dan berlabuh di Sungai Lawit kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Selepas bermalam di atas rumah bot berkenaan, mangsa bersama dua sepupu dan bapa saudaranya merancang untuk mandi manda, sebelum menaiki sebuah bot laju kira-kira jam 10 pagi untuk ke lokasi sesuai.


Bagaimanapun, selepas kira-kira 50 meter bot laju berkenaan meninggalkan rumah bot, bot laju itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbalik menyebabkan kesemuanya tercampak ke dalam air.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, kejadian menimpa mangsa disedari seorang pemancing yang memancing tidak jauh dari lokasi kejadian, sebelum memanggil beberapa rakannya untuk membantu mangsa.

"Pemancing itu dan beberapa rakannya berjaya membantu menaikkan semua mangsa yang memakai jaket keselamatan.

Bagaimanapun, Mohd Daniel tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya.

Menurutnya, mayat Mohd Daniel yang juga murid Sekolah Kebangsaan Jerangau Barat itu kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat, sebelum dituntut ahli keluarga mangsa untuk urusan pengebumian.

Sementara itu kakak mangsa, Nor Aisyatul Aziera Rosapawi, 15, yang turut menyertai percutian itu berkata, dia ternampak bot laju berkenaan terbalik, namun tidak menyangka sehingga meragut nyawa adik lelakinya itu kerana semua mereka memakai jaket keselamatan.

Dia yang masih bersedih dengan kejadian menimpa adiknya berkata, Mohd Daniel tinggal dengan neneknya, Che Samariah Omar, 59, sejak ibu bapa mereka berpisah kira-kira setahun lalu.

MAYAT Mohd Daniel yang lemas di Sungai Lawit, Tasik Kenyir. FOTO ihsan pembaca.


12

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ice_sky92 16-11-2014 11:56 AM
Huhuhuhu. Takziah pada keluarga.
Quote FanTasyCreaTioN 16-11-2014 12:07 PM
innalillahi wa inna ilaihi rajiun...

Quote edee_91 16-11-2014 12:12 PM
Al fatihah.         
Quote batmana 16-11-2014 12:23 PM
Cmne la rupe bot laju tu
Quote Decaffeinated 16-11-2014 12:26 PM
pakai jacket keselamatan ni pun kena tau gak cemana nak kayuh kasi badan straight. Aku yang ada basic berenang pun memula pakai rasa pelik sikit. Asik nak tertonggeng ja.

tambah lagi kalau panik.

bagus kalau latih dulu dalam air jangan assume tau.

dan pastikan tali ikat yang lalu bawah kangkang tu properly fastened otherwise jacket sahaja yg float, orangnya akan slip out of the jacket terus turun ke bawah.

Quote Esmiria 16-11-2014 12:37 PM
FanTasyCreaTioN posted on 16-11-2014 04:07 AM
innalillahi wa inna ilaihi rajiun...

Maut mna2 kan akak.
Quote FanTasyCreaTioN 16-11-2014 12:40 PM
Esmiria posted on 16-11-2014 12:37 PM
Maut mna2 kan akak.

ha`ah tu la pasal akak
Quote Esmiria 16-11-2014 12:44 PM
FanTasyCreaTioN posted on 16-11-2014 04:40 AM
ha`ah tu la pasal akak

hoih. Saya lebih muda dari awokla...asal pnggil saya akak..kihkih.
Quote rain2169 16-11-2014 12:49 PM
sedihnya alahai..... takziah pada keluarga.
Quote chinta89 16-11-2014 12:50 PM
Innalillah..ade tgk kat Sinar td tp x sempat baca..check forum, ni bru jumpa.
Quote Kejora927 16-11-2014 12:51 PM
alfatihah dan takziah buat family
Quote boyagombak 16-11-2014 01:31 PM
batmana posted on 16-11-2014 12:23 PM
Cmne la rupe bot laju tu

Bot tu ada taruk applikasi laju tapi bknlh bot x laju, perahu,kapal,kapal selam
Quote FanTasyCreaTioN 16-11-2014 02:16 PM
Esmiria posted on 16-11-2014 12:44 PM
hoih. Saya lebih muda dari awokla...asal pnggil saya akak..kihkih.

owh .. penting ka?
baik adik

Quote jazaa 16-11-2014 02:26 PM
FanTasyCreaTioN posted on 16-11-2014 02:16 PM
owh .. penting ka?
baik adik

Jgn main-main...
Dia tu cucu laba tau....


Quote FanTasyCreaTioN 16-11-2014 02:34 PM
jazaa posted on 16-11-2014 02:26 PM
Jgn main-main...
Dia tu cucu laba tau....

hehehe dier cicit abang laba sekalipun kita tak gerun yang
sejujur nya panggilan2 ni ikut sedap ja
uols , iols , weols .. akak .. abang .. adik tu semua kita ikut ja

yang penting kita tengok cara orang tu memberi pendapat
suka sangat2 yang sudi berkongsi info
dalam thread ni ..
komen @Decaffeinated  
post #6





Quote jazaa 16-11-2014 02:38 PM
FanTasyCreaTioN posted on 16-11-2014 02:34 PM
hehehe dier cicit abang laba sekalipun kita tak gerun yang
sejujur nya panggilan2 ni ikut s ...

Iya....

Tak pe..tak pe...ni nak panggil @lavatennis suruh tenangkan cicit dia tu..


Quote Decaffeinated 16-11-2014 02:43 PM
FanTasyCreaTioN posted on 16-11-2014 02:34 PM
hehehe dier cicit abang laba sekalipun kita tak gerun yang
sejujur nya panggilan2 ni ikut s ...

FanTa ada soalan ka dengan post #6?



Quote mommymonster82 16-11-2014 03:22 PM
jazaa posted on 16-11-2014 02:38 PM
Iya....

Tak pe..tak pe...ni nak panggil @lavatennis suruh tenangkan cicit dia tu..

Kaka.. u panggil dia mesti jap gi dia salahkan cikgu..
Tak ajar budak pakai jaket keselamatan dengan betul katanya...

mana p cik laba ni..sibuk ke layan bini2 dgn anak2...
Quote jazaa 16-11-2014 03:24 PM
mommymonster82 posted on 16-11-2014 03:22 PM
Kaka.. u panggil dia mesti jap gi dia salahkan cikgu..
Tak ajar budak pakai jaket keselamatan den ...

Sibuk layan drama indon katanya....

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.057970 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top