CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cadangan Hanya Jpj Agensi Tunggal Keluarkan Nombor Plat

17-11-2014 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9358| Komen: 33

Cadangan Hanya Jpj Agensi Tunggal Keluarkan Nombor Plat


BATU PAHAT 14 Nov. - Kementerian Pengangkutan bercadang menjadikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai agensi tunggal yang diberikan kuasa mengeluarkan nombor plat kenderaan di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pihaknya akan mengkaji semula pelaksanaan itu agar semua kenderaan menggunakan nombor plat yang seragam meliputi jenis dan saiz.

Menurutnya, langkah tersebut bertujuan untuk mengelak pemilik kenderaan menggunakan nombor plat yang pelbagai sehingga melanggar undang-undang yang ditetapkan.

“Ketika ini, pemilik kenderaan dibenarkan membuat nombor plat sendiri sehingga ada segelintirnya menyalahgunakan kelebihan itu dengan menggunakan huruf dan nombor yang bersambung.


Tindakan itu turut menyukarkan pihak berkuasa lain melaksanakan tugas penguatkuasaan kerana terdapat kekeliruan ketika mengesan nombor plat yang pelbagai,” katanya selepas menyampaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Parlimen Sri Gading, di sini hari ini.

Ab. Aziz berkata, sekiranya cadangan tersebut diluluskan, langkah berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat supaya hanya JPJ yang mengeluarkan nombor plat kenderaan.

“Kaedah ini telah dilaksanakan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Singapura dan Indonesia yang menggunakan nombor plat seragam tanpa bentuk yang pelbagai.

“Selain itu, kepelbagaian nombor plat yang digunakan pemilik di negara ini menyebabkan mereka gagal diambil tindakan sekiranya melanggar had laju atau lampu merah,” katanya sambil memberitahu pihaknya turut akan mengkaji semula kaedah dan tatacara pelaksanaan penguatkuasaan serta operasi JPJ supaya dijalankan secara berhemah, teratur dan tidak menyebabkan kesesakan jalan raya.

“Kajian ini penting bagi memastikan kelancaran lalu lintas tidak terhalang selain pengguna jalan raya pula tidak terperangkap dalam kesesakan akibat operasi penguatkuasaan yang dijalankan,” katanya.
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freebird 16-11-2014 11:06 AM
lepas JPJ akan bagi direct award contract kpd sayyid baukari license plates sdn. bhd. ....
Quote rdzaccess 16-11-2014 11:14 AM
Superbike nanti tak boleh guna sticker ... guna plate ... bubuh kat depan motor ...
Quote kelana36 16-11-2014 11:27 AM
memang dah patut lama dah buat macam ni. Buat macam russia, kalau plat rosak atau hilang pun, kena pergi JPJ buat baru, dia orang jer yang boleh issue the new one. Salah satu cara untuk elak pemalsuan no plate untuk kegiatan jenayah.
Quote cmf_conan 16-11-2014 11:34 AM
Bagus la tu.. lps ni xdek lagi la yg dpt saman utk kete die atas kesalahan tak pakai helmet
Quote Esmiria 16-11-2014 11:40 AM
Perghh.baguslah.
Quote nexusys 16-11-2014 11:58 AM
kelana36 posted on 16-11-2014 11:27 AM
memang dah patut lama dah buat macam ni. Buat macam russia, kalau plat rosak atau hilang pun, kena p ...

Betul, kadang2 benda remeh camnih buat nex sentap dgn pemerintahan mesia, and yet, derang kuar masuk pi negara luar menetap sana, sampai anak pinak dok luar negara,

takde pun nak amik contoh2 baik dari negara luar untuk implement kat M'sia....

Quote Decaffeinated 16-11-2014 12:03 PM
Sokong.

Bawah nombor tu boleh tulis e.g. "Sarawak Bumi Kenyalang" atau "JDT Luaskan Kuasa Mu"

Quote Decaffeinated 16-11-2014 12:06 PM
somehow, decaf dah hidu kecoh2 number plate sebelum ni akan menjurus ke arah ini...

Quote sub5zero 16-11-2014 07:38 PM
akai jpj boleh dibaca...dulu depa prnh cdg nk buat no plate ni tp kena bantah rasanya. Jpj tumpu lori2 overload dgn PATI pandu xde lesen lg bagus. Xde kerja la nk kena amik cuti tahun semata2 nk buat no plate patah kat jpj pastu caj mesti kaw2
Quote venom1 16-11-2014 08:17 PM
Aik? macam kebetulan pulak cadangan aku kat JPJ 12 November lepas ke KP JPJ perkara yang sama. Ni petikan email aku tu :

Assalammualaikum

Y.Bhg Dato' Sri,

Pendekatan JPJ dalam merealisasikan kempen kesedaran untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di Malaysia harus dipuji, Ini termasuk melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang tidak mematuhi peraturan jalanraya seperti penggunaan lampu strobe, lampu HID yang bukan dipasang di kilang serta penggunaan plet kenderaan yang tidak memenuhi spesifikasi.

Sebagai penjawat awam yang bertugas di luar negara, saya terpanggil untuk memberi cadangan tentang bagaimana JPJ boleh membendung aktiviti penggunaan plet kenderaan yang tidak memenuhi sepesifikasi. Rujukan saya adalah berdasarkan tinjauan yang saya lakukan di Eropah. Berikut adalah cadangan saya untuk perhatian Y.Bhg Dato' Sri :

a. JPJ dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan plet yang memenuhi spesifikasi yang diluluskan. Hanya plet belakang sahaja yang perlu dikeluarkan oleh JPJ manakala plet hadapan perlu dibuat oleh pengguna kenderaan tersebut. JPJ hendaklah memeriksa plet asal di bahagian belakang kenderaan jika melakukan operasi.

b. JPJ boleh mengenakan bayaran yang berpatutan untuk plet tersebut dan plet tersebut dihantar melalui perkhidmatan poslaju kepada pengguna. Diharap penggunaan cara tersebut selain memastikan pengguna yang betul menerima plet tersebut dapat membantu agensi kerajaan lain (poslaju) meningkatkan kutipan hasil kerajaan.

c. Memastikan kad pendaftaran kenderaan, perlindungan insurans dan pemeriksaan berkala kenderaan di PUSPAKOM diletakan di 'glove box' kenderaan. JIka ditahan untuk pemeriksaan, pemilik kenderaan hendaklah menyerahkan dokumen tersebut untuk tujuan pemeriksaan oleh JPJ, PDRM atau JKDM.

Cadangan saya di atas hanyalah sumbangan kecil saya untuk keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia. Selain faktor luaran seperti keadaan jalanraya yang tidak elok, kecuaian semasa memandu, memandu di dalam keadaan mabuk, faktor kenderaan yang dipandu juga harus diambil kira. PUSPAKOM juga perlu memainkan peranan dengan mewajibkan kenderaan berusia lebih 4 tahun untuk diperiksa secara berkala setiap tahun.

Sekian, untuk perhatian dan tindakan Y.Bhg Dato' Sri. "
Quote venom1 16-11-2014 08:18 PM
ni reply dari JPJ

" Tuan,

Terima kasih atas pandangan dan cadangan yang dikemukakan. Cadangan yang diberikan adalah amat baik dan memang telah diambil kira dalam Program Transformasi JPJ. Namun begitu, pelaksanaan cadangan supaya JPJ mengeluarkan sendiri plat nombor pendaftaran dan mewajibkan pemeriksaan ke atas kenderaan yang berusia lebih 4 tahun khususnya akan memberi impak yang besar kepada pemilik kenderaan serta industri automotif negara dan perlu dikaji dengan lebih menyeluruh, sebelum sebarang keputusan diambil.

Jabatan ini berharap agar apabila sebarang inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna di jalan raya dilaksanakan, rakyat Malaysia akan dapat memahami prinsip serta rasional ia dilaksanakan, seterusnya menerimanya dengan minda terbuka demi manfaat bersama.

Sekali lagi, terima kasih atas perhatian dan sumbangan idea yang tuan berikan. Selamat maju jaya.

Sekian."
Quote ultra78 16-11-2014 08:23 PM
what's next? jpj pasang cermin gelap?

Quote kelana36 16-11-2014 08:32 PM
Terima kasih atas pandangan dan cadangan yang dikemukakan. Cadangan yang diberikan adalah amat baik dan memang telah diambil kira dalam Program Transformasi JPJ. Namun begitu, pelaksanaan cadangan supaya JPJ mengeluarkan sendiri plat nombor pendaftaran dan mewajibkan pemeriksaan ke atas kenderaan yang berusia lebih 4 tahun khususnya akan memberi impak yang besar kepada pemilik kenderaan serta industri automotif negara dan perlu dikaji dengan lebih menyeluruh, sebelum sebarang keputusan diambil.


  yang penting  adalah industri automotif, bukan keselamatan jalanraya.
Quote kecimpret 16-11-2014 08:53 PM
Cadangan dah bagus...yg wat taik implementation jer
Quote zorrro_03 16-11-2014 09:38 PM
Decaffeinated posted on 16-11-2014 12:03 PM
Sokong.

Bawah nombor tu boleh tulis e.g. "Sarawak Bumi Kenyalang" atau "JDT Luaskan Kuasa Mu" :lo ...

Aku harap ummah jawa jdt hurung kau ramai2 lps ni.   
Quote FOTHER-MUCKER 16-11-2014 09:40 PM
United Kingdom?
Quote munchkin 16-11-2014 09:49 PM
Skong sangat sangat. Buat sekali serial no kecik kat bawah tu. So that takde orang yang boleh buat no plate palsu.
Quote pakjokowi 16-11-2014 10:13 PM
mungkin pemerintah malaysia bisa ikut cara seperti di indonesia...disini cuma pihak polisi aja yg bisa keluarkan nomor plat kenderaan....semuanya standard, di perbuat dari besi...gak gampang pecah...di nomor platnya ada cop polisi utk membuktikan nomor platnya asli..
Quote Decaffeinated 16-11-2014 10:19 PM
munchkin posted on 16-11-2014 09:49 PM
Skong sangat sangat. Buat sekali serial no kecik kat bawah tu. So that takde orang yang boleh buat n ...

Contoh....

North America...

New Jersey.jpg quebec.png

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.074199 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top