CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enam Beradik Yatim Perlu Bantuan

18-11-2014 05:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4955| Komen: 18

Enam Beradik Yatim Perlu Bantuan


Kisah enam beradik yatim piatu menjadi perhatian orang ramai apabila beberapa laman media sosial yang prihatin memuat naik gambar beserta maklumat mereka. - Foto Facebook


KUALA LUMPUR, 18 November: Nasib kehidupan enam beradik yatim piatu ibarat telur di hujung tanduk apabila mereka terpaksa berdepan dengan sumber kewangan yang terhad.

Malah, mereka terpaksa mengharap simpati ibu saudaranya untuk mencari tempat berlindung selepas kematian ibunya pada 7 November lalu akibat kemalangan jalan raya.

Menurut Siti Aminah Mohd, 32, dia bertanggungjawab untuk menggalas tugas menyara kehidupan enam anak saudaranya namun terpaksa memikirkan faktor kewangan yang semakin terdesak.

“Ayah mereka sudah lama meninggal dunia manakala ibunya pula baru dijemput Ilahi pada 7 November lalu.

“Mereka semua masih kecil dan masih bersekolah. Buat masa ini, mereka tinggal bersama ibu bapa saya di Kota Bharu tetapi malangnya orang tua saya tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

“Saya beserta semua ahli keluarga lain membantu apa yang mampu, namun kami juga hanya berpendapatan rendah yang cukup menampung keluarga kami,” luah Aminah ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.

Kisah enam beradik yatim piatu menjadi perhatian orang ramai apabila beberapa laman media sosial yang prihatin memuat naik gambar beserta maklumat mereka.

Mereka terdiri daripada Izzah Badriah Bahador, 16; Ismaa Najwa Bahador,15; Izmaaniza Aqilah Bahador, 13; Ilya Tasnim Bahador, 11; Muhd Ismawie Izzudin Bahador, 9; dan Muhd Ikhwan Faris Bahador, 6.

Jelas Aminah, mereka tidak mendapat mana-mana bantuan kerana masih menunggu status permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Buat masa ini, mereta tidak mendapat mana-mana bantuan kerana bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih dalam proses.

“Saya merayu jasa baik pihak-pihak berkenaan untuk bantu meringankan beban yang ditanggung enam beradik ini,” katanya.

Berikut adalah maklumat mengenai enam beradik yatim:

Nombor akaun BSN – 0310029000579201 (Izzah Badriah Bt Bahador)

Telefon untuk dihubungi: 017-953 1774 (Puan Siti Aminah, ibu saudara)

Alamat: 343, Kg Chekeli Dewan Beta, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.

5

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 18-11-2014 07:15 AM
Berita2 macam ni patut d beri perhatian

Terimakasih bang Batman

semoga nasib adik2 ni terbela
Quote noor2 18-11-2014 07:18 AM
Moga kehidupan depa terbela lepas ni...
Quote asyriqa 18-11-2014 07:26 AM
kesiannya... comel2 plak tuh...Ya Allah moga nasib adik2 ni dapat pembelaan pihak yang berwajib...
Quote stinger_attack 18-11-2014 07:26 AM
noor2 posted on 18-11-2014 07:18 AM
Moga kehidupan depa terbela lepas ni...

And your 'Contribution' would be..........?
Quote noor2 18-11-2014 07:42 AM
Kan dah ada tulis no akaun. ..
Quote miss_baby 18-11-2014 08:02 AM
cantik2 budaknya
Quote xtahumenahu 18-11-2014 08:12 AM
yg lagi 2 org tu sape?
Quote stinger_attack 18-11-2014 08:14 AM
noor2 posted on 18-11-2014 07:42 AM
Kan dah ada tulis no akaun. ..

Tak luak ke savings kau nanti?



Quote kucen_miang 18-11-2014 08:31 AM
xtahumenahu posted on 18-11-2014 08:12 AM
yg lagi 2 org tu sape?


anak2 siti aminah tu la kot yg kena dokong tu
Quote annehuda 18-11-2014 08:33 AM
muka org champa sesgt adik beradik ni
Quote noor2 18-11-2014 09:14 AM
Aik..buat apa keluaq saving...duit gaji pun boleh...kl sorang bg rm50..100 porumers jadi banyak adik ni dpt
Quote akuwell 18-11-2014 10:18 AM
xtahumenahu posted on 18-11-2014 08:12 AM
yg lagi 2 org tu sape?

Rasanya adik tiri dorang. Arwah mak dia kawen lain lepas arwah ayah budak-budak ni meninggal.

Quote Esmiria 18-11-2014 10:44 AM
FanTasyCreaTioN posted on 17-11-2014 11:15 PM
Berita2 macam ni patut d beri perhatian

Terimakasih bang Batman

Harapnya begitulaaa
Quote xtahumenahu 18-11-2014 11:34 AM
oh..ok..tq guys...cantik2 budaknya..didoakan agar segera dibantu
Quote talapia 18-11-2014 11:38 AM
aku baca enam beradik... tapi kira2.. lapan... muka sama lak tu masing2.
Quote Al-Patih 18-11-2014 12:13 PM
Datuk Seri Jamil Khir Baharom....hang suruh pegawai hang...turun padang....

[Tempatan] Kutipan zakat: 2012 RM1.9 bilion, 2013 cecah RM2.2 bilion
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=841007
Quote Anak_Nogori 18-11-2014 12:20 PM
Kita nak salahkan pihak mana plak ni?..

Ke tak patut salahkan sesiapa.
Quote missyqaldina 18-11-2014 12:21 PM
takleh bace cite2 cmni...sedih la noks..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065714 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top