CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Peserta Guna Taktik Kotor Nak Menang Pertandingan

27-11-2014 12:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12374| Komen: 56

Perserta Guna Taktik Kotor Sertai Pertandingan 'Berposing Ala Mawar Fizo'   



Fizo dan isterinya Mawar menerima ribuan penyertaan pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo



PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar menjelaskan penambahan beberapa syarat bagi mencari pemenang pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo yang berlangsung sejak dua bulan lalu sebagai langkah berlaku adil kepada semua peserta.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, perkara tersebut dilakukan selepas mengenal pasti terdapat peserta yang menggunakan taktik kotor bagi memenangi pertandingan tersebut dengan jalan mudah.

"pada asalnya kami memang buat peraduan ini secara santai sahaja dan tidak menjangkakan akan menerima beribu-ribu penyertaan sehingga membuatkan kami terpaksa menambah syarat tertentu supaya pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak.

"Kami dapat tahu ada yang menggunakan cara kotor dan tidak sihat apabila mereka menetapkan akaun facebook mereka secara auto like membuatkan gambar tersebut mendapat like secara automatik. Ia tidak adil kepada peserta lain yang menyertainya," ujar Fizo ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir peserta yang tidak berpuas hati dengan perubahan dan penambahan syarat-syarat yang ditetapkan bagi memenangi pertandingan itu.




Perubahan syarat yang dikemaskini melalui laman facebook Fareeda pada Selasa.


Komen daripada peserta yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak Fareeda yang sering membuat perubahan syarat.



Segelintir peserta turut menganggap pertandingan yang dianjurkan oleh jenama tudung terkenal Fareeda itu tidak profesional.

Dalam pada itu, Fizo berkata, peraduan tersebut pada asalnya dikira melalui jumlah like terbanyak yang diterima untuk gambar Berposing Ala Mawar Fizo.

Jelasnya, pemenang akan dipilih daripada 25 peserta akhir di majlis kemuncak yang akan diadakan di butik Fareeda di Bangi, 30 November ini.

"pada asalnya ia memang dikira berdasarkan jumlah like pada gambar terbanyak, namun kami tambah beberapa syarat lagi iaitu 25 peserta senarai pendek akan diuji sekali lagi di majlis yang diadakan di butik Fareeda di Seksyen 9, Bangi pada Ahad ini.

"Mereka perlu mengkaji tentang latar belakang saya, Mawar dan Fareeda. Saya pasti pemenang yang dipilih itu nanti merupakan yang benar-benar layak kerana mereka akan dinilai oleh beberapa selebriti tempatan," ujarnya.

Sementara itu, Fizo mengakui terharu dengan usaha peserta yang sanggup memberi aksi terbaik bagi memenangi peraduan tersebut.

Katanya, ada segelintir sanggup meminta kebenaran untuk bergambar di hadapan rumahnya kerana pertandingan itu.

"Saya perlu berlaku adil kerana ada peserta yang benar-benar berusaha untuk beri posing terbaik. Ada yang sanggup mencari kuda, bergambar dengan menara condong di Teluk Intan semata-mata meniru gaya saya di Menara Condong Pisa di Itali.

"Ada juga yang meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk bergambar depan rumah saya," ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Fizo, tiga pemenang bakal membawa wang tunai sebanyak RM30,000 dan tudung Fareeda.

8

Bagus
12

Marah
17

Terkejut
26

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 27-11-2014 08:53 AM
Hadap sngt mengidolakan ummah dua ekor nih.malu saya bila ada syarat kena study latar belakang mureka skali..Ada ummah study latar belakang para anbiyaa dan pemimpin negara sis?
Quote mak_wa95 27-11-2014 08:55 AM
tauke pareedah anjur pertandingan setarafn nak beli tudung pareedah..

dah jalan pertandingan baru nak buat syarat..

Quote CiliPadiSedap 27-11-2014 08:56 AM
Tudung brown girl in the ring
Quote lasagnaklcc 27-11-2014 09:01 AM
Takde ke gambar2 shortlisted.
Quote fifie_olin 27-11-2014 09:06 AM
aku perasan lepas mawar kawin dgn fizo ade jek cite2 bsuk psl pareeda ni...motip
Quote fazamania 27-11-2014 09:07 AM
Senang je nak kaji latar belakang fizo.

Pada pendapat saya, fizo ialah seorang pelakon yang paling kayu dan sendu. Malah, fizo pula dikatakan menumpang kemewahan isteri sebab tak mampu nak tanggung dengan duit sendiri.

Saya rasa fizo juga mandul.

Isterinya mawar pula suka makeup tebal macam pondan lorong. Sekalo tengok macam hantu pun ada. Terkejut saya.

Confirm kalau ginilah komenlah, sure aku menang kan dik
Quote tinkiwinki 27-11-2014 09:12 AM
nak kena study latarbelakang fizo & mawar? alahaiiii.
Quote kenarikelabu 27-11-2014 09:13 AM
Masuk peraduan mengaji lg elok, kaji latar belakang qari atau qariah lg baik....drp kaji dua cekodok tuh
Quote snipersnake 27-11-2014 09:18 AM
taking idiocy onto a whole new level.
Quote idril 27-11-2014 09:23 AM
ada ke button auto like kat FB? baru aku tau
Quote GhostWalking 27-11-2014 09:41 AM
fazamania posted on 27-11-2014 01:07 AM
Senang je nak kaji latar belakang fizo.

Pada pendapat saya, fizo ialah seorang pelakon yang palin ...

kompem dapat 10 helai tudung terus!tudung periuk dek!
Quote xtahumenahu 27-11-2014 09:43 AM
x payah laaa masuk pertandingan xde pekdah ni...x menambah ilmu langsung
Quote Jagendas 27-11-2014 09:46 AM
kajian dah buat

jawapan dia sendu dan kayu
Quote chinta89 27-11-2014 09:50 AM
aduhai... gigih sgt nk masuk pertandingan ni
Quote magnus 27-11-2014 09:50 AM
Mcm pelik je.....mcm poyo je...
Quote bellaa 27-11-2014 09:52 AM
fazamania posted on 27-11-2014 09:07 AM
Senang je nak kaji latar belakang fizo.

Pada pendapat saya, fizo ialah seorang pelakon yang palin ...

Kebenaran yg pahit utk mereka terima.
Quote bellaa 27-11-2014 09:54 AM
idril posted on 27-11-2014 09:23 AM
ada ke button auto like kat FB? baru aku tau

Bukan lah.

Ada satu website tu. Boleh dapat sampak 3k like utk komen,pic.

Bukan spam. Senang je nak guna
Quote makneng 27-11-2014 09:54 AM
fazamania posted on 27-11-2014 09:07 AM
Senang je nak kaji latar belakang fizo.

Pada pendapat saya, fizo ialah seorang pelakon yang palin ...

tahan gelak dlm perut aku baca komen ko ni...
aku takut bukan menang...surat saman yg sampai nanti..mendapat
Quote makneng 27-11-2014 09:56 AM
dah kalau idup mati pun sanggup demi pareedah...apalah sgt takat kena kaji latarbelakang pijo n mawar ni...kacang je bg depa..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.078874 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top