Masalah Salah Laku Pelajar Ditahap Paling Serius, 2,424 Kes Ponteng KUALA LUMPUR 26 Nov. – Ponteng sekolah merupakan antara masalah salah laku paling serius dalam kalangan pelajar sekolah menengah di ibu kota apabila mencatatkan 2,424 kes sepanjang musim persekolahan 2014 yang berakhir Jumaat lalu. Nawal Salleh Pengarah Pelajaran Wilayah Per-sekutuan Kuala Lum-pur, Datin Nawal Salleh berkata, se-kolah menengah di ibu kota bukan sahaja mengha-da-pi masalah pelajar ponteng, malah pelbagai lagi masalah salah laku lain sehingga ada di antara kesalahan itu terbawa-bawa oleh pelajar sehingga ke luar sekolah. “Di peringkat sekolah, kita mempunyai tata cara tersendiri bagi menangani dan membendung isu disiplin dalam kalangan pelajar termasuklah jika melibatkan kesalahan tidak pentingkan masa, vandalisme, jenayah, buli, merokok, tingkah laku lucah, kurang sopan. kekemasan diri, kenakalan dan tidak amanah. “Kita juga dibantu seramai 217 Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang ditempatkan oleh pihak polis di semua sekolah di ibu kota bagi mencari penyelesaian kepada masalah semasa pelajar, namun kita memahami peranan polis apabila melibatkan isu di luar bidang kuasa mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Pegawai Perhubungan Sekolah Menengah serta Sesi Dialog Bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di dewan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini. Jelas Nawal, gerak kerja semua pihak baik terutama ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi berkaitan amat diperlukan bagi mengawal sebarang permasalahan itu daripada peringkat sekolah kerana golongan ini akan menjadi ahli masyarakat selepas tamat alam persekolahan.
|
ADVERTISEMENT