Enggan Beri Rm5 Duit Minyak Suami Naik Minyak Di Pintu Rumah ![]() Suspek, 32, dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, di sini, semalam, untuk mendapat perintah tahanan reman.
KUALA TERENGGANU - Dipercayai gagal mengawal amarah apabila isterinya enggan mendengar teguran, seorang suami bertindak ganas dengan membelasah mangsa. Kejadian berlaku di kediaman pasangan itu di Kampung Beladau Selat, pagi kelmarin. Sebelum kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, suspek, 32, dikatakan telah menghalang mangsa, 33, dari keluar rumah dengan alasan supaya dapat menjaga ketiga-tiga anak mereka. Bagaimanapun, menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai pembuat keropok lekor memaklumkan yang dia perlu keluar sekejap membeli barang-barang untuk membuat keropok lekor. “Namun, suspek yang bekerja sendiri itu berkeras tidak membenarkan mangsa keluar dan masih tidak berganjak dengan arahannya mahu melihat mangsa di rumah bersama anak-anak sebelum berlaku perang mulut di antara mereka. “Tanpa menghiraukan bebelan suspek, mangsa yang sudah masak dengan perangai suaminya tetap nekad keluar, lalu mengambil kunci kereta,” katanya. Sumber berkata, bengang melihat kedegilan mangsa, suspek terus bertindak membelasah mangsa ketika dia baru sahaja keluar dari muka pintu rumah. “Suspek bertindak menampar muka mangsa sebelum menumbuk dan menendang mangsa sehingga mengalami kecederaan,” katanya. Jelasnya, walaupun hanya cedera ringan, mangsa membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan sikap panas baran suspek dan kejadian seumpama ini sering berlaku sebelum ini.
Sementara itu, di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, di sini, semalam, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan suspek direman selama empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah tangga.
Dalam pada itu, Sinar Harian semalam menyiarkan kes seorang wanita yang dibelasah suami selepas suspek dikatakan berang apabila isterinya enggan memberikan duit sebanyak RM5 yang diminta, atas alasan untuk mengisi minyak motosikal. |
Suspek bertindak menampar muka mangsa sebelum menumbuk dan menendang mangsa sehingga mengalami kecederaan, katanya.
ADVERTISEMENT