CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kad Kahwin ‘Cita Rasa’ Gen-Y Lebih Meriah Dan Unik

1-12-2014 11:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21767| Komen: 116

Kad Kahwin ‘Cita Rasa’ Gen-Y Lebih Meriah Dan Unik



TREND kad jemputan perkahwinan masa kini dilihat lebih meriah dan unik berbanding kad jemputan beberapa masa lalu.
kad jemputan ‘chalkboard’ sesuai bagi pasangan yang memilih tema rustik dan vintaj.

Malahan, cita rasa pengirim yang merupakan golongan muda berusia 20 hingga 30 tahun juga berubah seiring perkembangan industri rekaan dan percetakan tersebut.

Revolusi terkini memperlihatkan kad jemputan masih memainkan peranan penting dalam kalangan golongan muda sebagai penyampai maklumat biarpun dunia teknologi semakin canggih, malahan ringkas dan cepat untuk tujuan undangan.

Jika dahulu, kad undangan diedarkan bertujuan sekadar menjemput untuk meraikan majlis perkahwinan, tetapi kini ia dilihat lebih daripada satu simbol bagi mengeratkan ikatan hubungan kekeluargaan dan persahabatan sedia ada.

Jemputan juga diedarkan bukan setakat untuk memaklumkan mengenai acara majlis yang bakal berlangsung, malah ia mencerminkan suasana serta tema keseluruhan majlis yang akan diraikan.

Oleh itu, tidak hairanlah, kebanyakan pasangan muda mengambil masa begitu lama untuk membuat pilihan muktamad terhadap kad jemputan mereka.

Bukan itu sahaja, pasaran kini memperlihatkan warna ceria dan terang, di samping rekaan unik yang diilhamkan daripada corak bil utiliti, sampul surat, pasport, tiket perlawanan, cek, buku tulis sehinggalah yang terbaharu, ‘chalkboard’ atau papan hitam menjadi pilihan pasangan muda berbanding dengan penampilan rona lembut dan formal generasi sebelum ini.

Tambahan pula, seiring kecanggihan teknologi komputer dan digital, kad undangan atau jemputan yang dihantar tidak lagi membosankan biarpun ia cukup ringkas.

Penulisan yang diedarkan juga menangkap perhatian penerima, bahkan melahirkan keinginan untuk menghuraikan sendiri majlis yang bakal dihadiri kelak.

2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 30-11-2014 09:51 AM
Dah x exclusive dah design..sungguh pprt dan more to humourous..bil elektrik? Cadbury wrappers? Hina sangt sis.

P/s tapi yng simple still lawa.
Quote Decaffeinated 30-11-2014 09:54 AM
saman traffik ada?

Quote pearl.silver 30-11-2014 09:56 AM
Buat stylo2 sgt pun,org guna wat tgk map je..
Tu pun map ke laut sgt..puas tny org tepi jln arah umh kenduri..
Pastu kad tu ke tong sampah je..
Quote rospinki 30-11-2014 09:59 AM
tah..dari cara kad dh tau igt nak fun2 je kawen ni..dah kawen sok tau la fun korg tu tinggi mana..wahahaha

aku dpt kad kawen ala2 filem..cut and action ..siap nama pelakon utama penganten tu and nama pengarah skrip whatever..haii mcm2
Quote lazim 30-11-2014 10:00 AM
kalau aku fotostat ketas a4 je. sep bajet
Quote Artemesiaa 30-11-2014 10:09 AM
Canggih macam mana pun akhirnya ke tong sampah juga lepas majlis kawin.  Berapa ramai sangat le jenis suka nyimpan kad2 jemputan ni.
Quote revolusi_30 30-11-2014 10:29 AM
lazim posted on 30-11-2014 10:00 AM
kalau aku fotostat ketas a4 je. sep bajet

Tu pekida style .. Lol
Quote sapeka 30-11-2014 10:31 AM
last-last masuk tong sampah..
Quote R2D2 30-11-2014 10:43 AM
lazim posted on 30-11-2014 10:00 AM
kalau aku fotostat ketas a4 je. sep bajet

aku pernah dpt jemputan mcm tu
kertas A4 dilipat seolah2 style panggil mesyuarat zaman dulu2

Quote lavapiranha 30-11-2014 10:47 AM
sat lagi si @axl_bach mai citer pasal hantaran kawin dia...

Quote Suchi 30-11-2014 10:49 AM
lazim posted on 30-11-2014 10:00 AM
kalau aku fotostat ketas a4 je. sep bajet

yup wat camtu je guna la kertas yg kaler2 skit tuk nmpk ade warna setel

kawan iols wat gitu je Alhamdulillah kekal bahagia je dah berbelas tahun kawen..
Quote Dewa19XKangen 30-11-2014 10:53 AM
famri7 posted on 30-11-2014 09:51 AM
Dah x exclusive dah design..sungguh pprt dan more to humourous..bil elektrik? Cadbury wrappers? Hina ...

walaupun aku meluat baca post ang.. tp post ang kali nie ada benarnya.. kad panggil kenduri hebat.. majlis hebat.. tp jadi laki bini x sampai 2 tahun cerai.. bangang dan bodoh gila..
Quote axl_bach 30-11-2014 10:55 AM
Malaysia layak ke Semi FinAL AFF SUZUKI Cup 2014 dan akan bertemu dgn Vietnam pada 7 dan 11 hb Disember
Quote axl_bach 30-11-2014 10:55 AM
lavapiranha posted on 30-11-2014 10:47 AM
sat lagi si @axl_bach mai citer pasal hantaran kawin dia...

Malaysia layak ke Semi FinAL AFF SUZUKI Cup 2014 dan akan bertemu dgn Vietnam pada 7 dan 11 hb Disember
Quote lavapiranha 30-11-2014 10:59 AM
axl_bach posted on 30-11-2014 10:55 AM
Malaysia layak ke Semi FinAL AFF SUZUKI Cup 2014 dan akan bertemu dgn Vietnam pada 7 dan 11 hb Dis ...

kawin elok simple2....











Quote Mary_jane 30-11-2014 10:59 AM
Bt kalendar tahunan pn ada, wall fb, n mcm2 lgk. Citarasa memasing. Tetamu sng refer bila ada kad jmputan, tkt2 majlis tlepas.
Quote axl_bach 30-11-2014 11:06 AM
lavapiranha posted on 30-11-2014 10:59 AM
kawin elok simple2....

semoga Malaysia dpt menjaringkan seberapa byk gol di Shah Alam sebagai bekalan selesa sblom bertandang ke Hanoi pada 11hb/......Selamanya Harimau Malaya

Quote airwaves 30-11-2014 11:06 AM
Org melayu memang anti-creativity.
Quote lavapiranha 30-11-2014 11:11 AM
axl_bach posted on 30-11-2014 11:06 AM
semoga Malaysia dpt menjaringkan seberapa byk gol di Shah Alam sebagai bekalan selesa sblom bertan ...

lu belum kawin dah mereng pikir pasal hantaran....

mau jadi imam kena strong fisikal n mental....



Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.048103 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top