Di Jepun, seorang lelaki berusia 31 tahun, memberitahu satu laman forum tempatan [Kikonsha no Hakaba] bahawa dia bercerai dengan isterinya hanya keran berselisihan faham mengenai filem yang paling popular di abad ini, Frozen. Menurut lelaki itu, wanita berkenaan meminta cerai selepas lelaki tersebut tidak bersetuju filem tersebut merupakan filem yang bagus. Lelaki itu menafikan mempunyai masalah rumah tangga sebelum ini dan percaya puncanya hanyalah kerana filem tersebut. Kini, wanita terbabit tidak tinggal bersama dan mereka hanya berhubung melalui keluarga perempuan terbabit. Nota: LadyLista tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita ini, namun jika benar pun LadyLista percaya mesti ada perkara lain yang mengakibatkan wanita tersebut meminta cerai. Ladylista percaya, perkara seperti ini boleh diselesaikan dengan berbincang. Kurangkan emosi dan yang paling penting ‘Let It Go’.
|
ADVERTISEMENT