Bingung Isteri Kerap Larikan Diri! Ismail menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kehilangan isterinya pada November lalu.
Gambar isteri Ismail yang kerap hilang bersama anaknya, sejak akhir- akhir ini. BACHOK - Seorang suami bingung dengan kejadian isterinya yang kerap menghilangkan diri bersama anak tunggal mereka sejak tahun ini. Ismail Awang Hamat, 36, mendakwa isterinya, Mis Karaked @ Nor Fadilah Osman, 28, yang juga warganegara Thailand, menghilangkan diri ketika menemani dirinya menghadiri temu janji di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), pada 6 November lalu. Menurutnya, ketika itu isterinya dikatakan membawa anak mereka, Muhammad Zulkarnain, 3, bersama untuk keluar membeli minuman di kedai berdekatan hospital tersebut. “Ketika itu dia hilang tanpa bawa pasport. Dia hanya bawa beg yang ada barangan anak kami sahaja. "Ini bukan kali pertama dia hilang tetapi sebelum ini kalau dia hilang pun, setakat balik ke rumah ibu mentua saya di Pasir Pekan, Tumpat sahaja,” katanya kepada Sinar Harian. Ismail berkata, beberapa hari selepas hilang bulan lalu, ada individu menghubungi ibu mentuanya memberitahu beg isterinya dijumpai di Terengganu.
"Saya telah membuat laporan di Balai Polis Gunong pada 15 November lalu dan dua hari selepas itu, isteri pulang ke rumah semula sebelum hilang semula 2 Disember lalu dengan membawa bersama pakaian, pasport serta MyKid anak.
"Kali ini katanya dia nak ke selatan Thailand untuk bekerja tetapi saya tidak rasa begitu. Dia lari tengah hari Selasa lalu ketika saya sedang tidur," katanya. Menurutnya, walau apa pun berlaku, dia tidak akan sesekali menceraikan isterinya, sebaliknya dia mahu wanita itu kembali semula ke pangkuannya. Sehubungan itu, Ismail berharap orang ramai yang mengetahui lokasi isterinya menghubunginya melalui talian 01125436337. |
4
Bagus |
5
Marah |
9
Terkejut |
4
Sedih |
3
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ResellerMaxis posted on 16-12-2014 10:29 AM
laki dia pun giler..siap ada appointment dengan pakar..macam mana bini dia nak sanggup
cmf_almondpecan posted on 16-12-2014 12:08 PM
Ada appointment dgn pakar psikiatri tak semestinya gila. Ramai yg hadir sebab mungkin rasa murung ...
ResellerMaxis posted on 16-12-2014 12:15 PM
jangan samakan negara maju dengan negara mundur macam malaysia..dah lah duk tumpat..tapi mungkin j ...
ResellerMaxis posted on 16-12-2014 12:15 PM
jangan samakan negara maju dengan negara mundur macam malaysia..dah lah duk tumpat..tapi mungkin j ...
ADVERTISEMENT