CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Ramai Diminta Rancang Perjalanan Sempena Musim Perayaan

18-12-2014 04:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3642| Komen: 10

Orang Ramai Diminta Rancang Perjalanan Sempena Musim Perayaan

KUALA LUMPUR - Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan sempena perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2015 berdasarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihaknya.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, PLUS menjangka jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan meningkat sebanyak 15 peratus kepada 1.5 juta sehari menjelang musim perayaan itu berbanding 1.3 juta pada hari biasa.

Beliau berkata, TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama bertujuan mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

"Kami menjangka orang ramai di Lembah Klang akan mula bergerak keluar pada 19 Disember sehingga 4 Januari akan datang.

"Justeru itu, berdasarkan jadual TTA, kami menasihatkan orang ramai yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan antara jam 6 pagi hingga 11 pagi," katanya dalam kenyataan di sini. 

2

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lindarafee 18-12-2014 03:29 PM
balik kampung ooooo balik kampung
Quote kekcawan 18-12-2014 03:34 PM
semoga selamat perjalanan pegi dan balik
Quote chinta89 18-12-2014 04:16 PM
bestnya bercuti
Quote supernaturalee 18-12-2014 04:20 PM
nk balik kg sabtu ni
arah utara
balik sini 23 hb

moga selamat hendaknya
Quote mamasaffiya 18-12-2014 04:22 PM
berhati-hati di jalanraya
last week balik utara
hari ahad malam gerak KL kereta bersusun start dari taiping
Quote lurve82 18-12-2014 04:23 PM
aku rabu mlm nk gerak ke utara...harap jgn jem teruk...
Quote tengokjerrr 18-12-2014 04:24 PM
x dapat nak balik pantai timur .. . musim tengkujuh sudah bermula
Quote scorpionkiki 18-12-2014 04:33 PM
lurve82 posted on 18-12-2014 04:23 PM
aku rabu mlm nk gerak ke utara...harap jgn jem teruk...

Kak...rasa mmg jem dah. Bertabahlah. Jgn minum bnyk nanti kena ke toilet sekali...bila ramai ramai ni toilet tenth penuhnya...ker akan pakai pampas saja...senang tak perlu que
Quote lurve82 18-12-2014 04:38 PM
scorpionkiki posted on 18-12-2014 04:33 PM
Kak...rasa mmg jem dah. Bertabahlah. Jgn minum bnyk nanti kena ke toilet sekali...bila ramai ramai ...

hakak gerak mlm dik...makanya akak tdo saja smpi ke pagi...jika akak nk terkenc akak pinjam saja pampers anak2 akak...
Quote Modngengade 18-12-2014 04:46 PM
hati2 lah memandu.....kalau ngantuk berhenti rehat

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055666 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top