CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Tak Serik Cetak, Guna Wang Palsu

22-12-2014 11:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12052| Komen: 26

Jururawat Tak Serik Cetak, Guna Wang Palsu



KOTA BHARU - Seorang jururawat dihukum penjara lapan tahun selepas mengaku salah memproses wang palsu, di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, Nor Aziarina Ismail, 31, didakwa pada tuduhan pertama memproses dan memiliki alat mesin pencetak jenis Canon Pixma untuk tujuan pemalsuan 71 wang kertas RM100; 36 wang kertas RM20 dan 66 wang kertas RM10 dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor di hadapan masjid Kampung Jelor, Pasir Puteh, pada jam 12.30 tengah hari, 29 November 2013.

Pada prosiding sama, tertuduh turut dihukum penjara lima tahun selepas mengaku pada tuduhan kedua memiliki 173 wang kertas RM100, RM20 dan RM10, pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Kedua-dua tuduhan dibuat bersama suaminya, Azahar Yusof, 40, namun lelaki itu kekal dengan pengakuan tidak bersalah.

Sementara, Nor Aziarina pula dihukum penjara empat tahun lagi selepas sekali mengaku terhadap tuduhan secara berseorangan, iaitu menggunakan dua wang kertas palsu RM20 berjumlah RM40 di sebuah stesen minyak di Banggol Judah Machang, pada jam 6.49 petang, 25 November tahun sama.

Gambar hiasan


Dia juga dihukum penjara enam tahun atas tuduhan pindaan menggunakan sebagai tulen iaitu RM100 palsu bernombor siri AH8309980 dan tujuh RM100 palsu AJ2209377 untuk membeli seunit Samsung Galaxy Tab 2, pada jam 7.30 malam, 26 November 2013.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus mengarahkan tertuduh menjalani kesemua hukuman itu serentak berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan, hari ini.

Sebelum ini, Nor Aziarina turut dua kali dihukum penjara lapan tahun dan tiga tahun atas kesalahan sama.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavasuperb 21-12-2014 10:40 PM
asal kes wang palsu je mesti tolol2 kelantan yg buat...

bahlol2 tu ingat ada printer je dah boleh buat duit..

Quote FOTHER-MUCKER 21-12-2014 10:41 PM
lavasuperb posted on 21-12-2014 10:40 PM
asal kes wang palsu je mesti tolol2 kelantan yg buat...

bahlol2 tu ingat ada printer je dah boleh ...

2x5 je dengan lu.
Quote PerKasa 21-12-2014 10:59 PM
polis yg dada ternaik sikit tu baru kahwin ke
tangan masih bercorak morak
Quote miss_bear 22-12-2014 01:03 AM
boleh print gitu je duit
bukan ke kertas nya tak sama
Quote mrsLucky 22-12-2014 01:34 AM
Bodoh nak duit cepat main print saja....
apa salahnya simpan duit...masih muda kudrat masih kuat..
Gila apa..so obvious lah kalau setakat guna printer canon...
Quote PongKang 22-12-2014 01:46 AM
xcukup duit beli nasik ke
Quote Al-Patih 22-12-2014 05:37 AM
KOTA BHARU - Seorang jururawat dihukum penjara lapan tahun selepas mengaku salah memproses wang palsu, di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

keno sobab...dio proses wang palsu salah...tak betui kot...tak keno corak
Quote noor2 22-12-2014 06:03 AM
Dahla jahat....penipu...bodoh pula
Quote mak_wa95 22-12-2014 06:39 AM
b0dohnya..pakai printer canon je..

Quote mak_wa95 22-12-2014 06:41 AM
pas tu tamak pulak..beli tab lagi..

tapi berbaloi la, 8 tahun semua free...
Quote kenarihitam 22-12-2014 06:48 AM
mak_wa95 posted on 22-12-2014 06:39 AM
b0dohnya..pakai printer canon je..

Tu la..bleh plak gi print guna printer canon..nk menipu tp bodo..
Quote mak_wa95 22-12-2014 06:53 AM
kenarihitam posted on 22-12-2014 06:48 AM
Tu la..bleh plak gi print guna printer canon..nk menipu tp bodo..

tu la..tamak sangat..dah ada kerja,p buat kerja bodoh pula...

silap2 atas desakan suami...pas2 suami pulak xmengaku...

sian pompuan
Quote mamat2009 22-12-2014 07:05 AM
ini bilisyg ditangkap. kalau jerung yg buat camne? gune peralatan yg lbh canggih
Quote haryatie 22-12-2014 08:37 AM
da ada keje elok2..
gi buat keje bodoh yg tak mendtgkan hasilll..
Quote little_sis 22-12-2014 08:41 AM
lakinya x ngaku.. siannn bini..
Quote mbhcsf 22-12-2014 08:51 AM
saya ingat org dok cakap  ingat  i cap duit ke tu satu gurauan

tapi dia ni cap duit sungguh nooooo...

she is taking the phrase too seriously gitu...
Quote kenarihitam 22-12-2014 09:34 AM
mak_wa95 posted on 22-12-2014 06:53 AM
tu la..tamak sangat..dah ada kerja,p buat kerja bodoh pula...

silap2 atas desakan suami...pas2  ...

Elok2 ada kje tetap pi buat kje bodo..nak kaya cpt last2 msk penjara
Quote BlueEagle 22-12-2014 09:39 AM
Terrer yang amat...guna printer jerr....dia ingat ni duit game monopoly ke...
Quote MissMamamia75 22-12-2014 09:40 AM

Kedua-dua tuduhan dibuat bersama suaminya, Azahar Yusof, 40, namun lelaki itu kekal dengan pengakuan tidak bersalah.
hmm...xkan bini sorang nak tanggung kesalahan ni...xkan laki xtau or sure sama2 bersubahat...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.418112 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top