CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Sarapan Di Warung?

22-12-2014 11:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15584| Komen: 153

Najib Sarapan Di Warung?


KUANTAN: Orang ramai yang sedang bersarapan di sebuah warung nasi dagang di tepi Jalan Kuantan-Pekan pagi tadi terkejut apabila mendapati seorang daripada pelanggan di warung berkenaan adalah pemimpin nombor satu negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis berkhatan beramai-ramai peringkat Parlimen Pekan, meminta anggota rombongannya singgah di warung di Ubai, Pekan untuk menikmati Nasi Dagang Ubai yang sememangnya terkenal di kalangan penduduk Kuantan dan Pekan.

Beliau meluang masa hampir 20 minit untuk bersarapan dan bertanya khabar kepada pelanggan-pelanggan lain sebelum turut melawat sebuah lagi gerai berhampiran.

Kehadiran Najib menarik perhatian orang ramai yang kemudian mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dan bergambar dengan beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Najib dalam ucapannya pada majlis berkhatan beramai-ramai peringkat Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Pekan selepas itu berkata, kesempatan menikmati sarapan dan bermesra dengan rakyat seperti itu adalah satu kepuasan untuk dirinya.






Bagus
4

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 21-12-2014 08:56 AM
I love Pm. hihi
Quote ResellerMaxis 21-12-2014 08:59 AM
Esmiria posted on 21-12-2014 08:56 AM
I love Pm. hihi

I kadang keliru siapa pm..rosmah ke najib..

Najib ni dah macam level lwvel tgna pun ada..makan gerai tepi jalan lah..

Rosmah lebih nampak macam seorang pm..xpergi gerai tepi jalan macam ni..pandai jaga standard..
Quote jazaa 21-12-2014 09:00 AM
Tt...yg dlm bungkusan hitam depan PM tu apa???  Acar buah ke???..


Quote namirulmukminin 21-12-2014 09:00 AM
Nasi dagang Umbai mmg best wooo... Tu kampong bekas KSN Sidik Hasan tu...
Quote lurve82 21-12-2014 09:01 AM
pok jib sila kuruskan badan...
Quote ResellerMaxis 21-12-2014 09:02 AM
jazaa posted on 21-12-2014 09:00 AM
Tt...yg dlm bungkusan hitam depan PM tu apa???  Acar buah ke???..

Xtahu lah..xder rupa acar buah pun
Quote jazaa 21-12-2014 09:02 AM
ResellerMaxis posted on 21-12-2014 08:59 AM
I kadang keliru siapa pm..rosmah ke najib..

Najib ni dah macam level lwvel tgna pun ada..makan  ...

Kak mah ada ke dlm keta??..

Entah-entah kak mah ada majlis dgn Balkis ke....


Quote ResellerMaxis 21-12-2014 09:03 AM
namirulmukminin posted on 21-12-2014 09:00 AM
Nasi dagang Umbai mmg best wooo... Tu kampong bekas KSN Sidik Hasan tu...

Umbai bukan terkenal dengan ikan bakar ke..dekat melaka tu..

Yang najib g ni ubai.
Quote jazaa 21-12-2014 09:04 AM
namirulmukminin posted on 21-12-2014 09:00 AM
Nasi dagang Umbai mmg best wooo... Tu kampong bekas KSN Sidik Hasan tu...

Kau dah mkn ke mirul???...

Kau bukak le restoran kat melaka ke...muor ke..

Aku akn jadi pelanggan tetap....

Quote jazaa 21-12-2014 09:05 AM
ResellerMaxis posted on 21-12-2014 09:02 AM
Xtahu lah..xder rupa acar buah pun


Takkan dodol pulak kann....



Last edited by jazaa on 21-12-2014 09:06 AM

Quote ResellerMaxis 21-12-2014 09:06 AM
jazaa posted on 21-12-2014 09:02 AM
Kak mah ada ke dlm keta??..

Entah-entah kak mah ada majlis dgn Balkis ke....

Najib g lawat mangsa banjir dekat kuantan..singgah makan gerai tepi jalan..

Rosmah sebagai pm mana ada masa nak singgah kedai kopi macam najib ni..dia tengah sibuk agih bantuan dekat mangsa banjir..membantu operasi menyelamat semua..
Quote namirulmukminin 21-12-2014 09:07 AM
ResellerMaxis posted on 21-12-2014 09:03 AM
Umbai bukan terkenal dengan ikan bakar ke..dekat melaka tu..

Yang najib g ni ubai.

Hahaha... Salah eja daaa.. lama sgt lepak kat melaka... Tu yg tersasul tu...
Quote ResellerMaxis 21-12-2014 09:09 AM
jazaa posted on 21-12-2014 09:05 AM
Takkan dodol pulak kann....

Xrupa dodol juga..bentuk piramid..dibalut plastik..pastu kat atas dia macam warna perang..

Macam nasi lemak dengan sambal tapi color hitam..xpernah aku tengok makanan ni..huhu
Quote hanalisa 21-12-2014 09:09 AM
Rosmah diet k!
Quote namirulmukminin 21-12-2014 09:09 AM
jazaa posted on 21-12-2014 09:04 AM
Kau dah mkn ke mirul???...

Kau bukak le restoran kat melaka ke...muor ke..

Kerjaya aku dlm bidang undang2... Camano nk bukak restoran... Kang kailan ikan masin aku jadik kailan akta kontrak plak....
Quote amiraira 21-12-2014 09:10 AM
Esmiria posted on 21-12-2014 08:56 AM
I love Pm. hihi

I luv es
Quote ResellerMaxis 21-12-2014 09:10 AM
namirulmukminin posted on 21-12-2014 09:07 AM
Hahaha... Salah eja daaa.. lama sgt lepak kat melaka... Tu yg tersasul tu...

Tapi i xminat nasi dagang..macam berminyak sangat..kalau nasi kerabu ok lagi..hehe
Quote orang_letrik 21-12-2014 09:10 AM
Kak Mah elok duduk rumah saje la.

Segala majlis nk ada. Tak perlu nak overshadow Abam Ajib sangat.
Quote amiraira 21-12-2014 09:11 AM
ResellerMaxis posted on 21-12-2014 08:59 AM
I kadang keliru siapa pm..rosmah ke najib..

Najib ni dah macam level lwvel tgna pun ada..makan  ...

X perlu keliru
Mmg Kak mah uols PM Malaysia ni

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057603 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top