CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cadang Naikkan Umur Minimum Kahwin

22-12-2014 12:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6932| Komen: 40

Cadang Naikkan Umur Minimum Kahwin



SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan kerajaan meminda undang-undang domestik untuk meningkatkan umur perkahwinan kepada 18 tahun.


Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, ini selari dengan pematuhan Akta Kanak-Kanak 2001 yang mentakrifkan kanak-kanak adalah di bawah umur 18 tahun.

Menurutnya, perkahwinan kanak-kanak adalah pencabulan hak asasi manusia yang serius yang boleh memberi kesan ketara terhadap hak kanak-kanak termasuk kepada kesihatan, pendidikan, kesaksamaan, tiada diskriminasi dan untuk hidup bebas daripada keganasan dan eksploitasi.

Menurutnya, semua hak ini dilindungi di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita yang Malaysia adalah ahli.

"Kami berpendirian teguh bahawa jika ia melibatkan amalan tradisi, amalan tersebut tidak boleh mengatasi hak asasi kanak-kanak, kepentingan kanak-kanak hendaklah diutamakan.

"Di samping itu, di bawah CRC juga kerajaan telah komited untuk memastikan perlindungan keseluruhan dan kesejahteraan kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan, semalam. 


6

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 20-12-2014 07:32 PM
orang melayu isle takkan setuju kerana konsep mereka kahwin untuk mengesek...

Quote Mary_jane 20-12-2014 07:45 PM
Tp bdk2 skg umur belasan tahun dh merenyam nk kawin. Klau dh mampu dan utk elakkan maksiat xpelah kawin muda. Klau dh jodoh, gitew.



Quote ultra78 20-12-2014 08:08 PM
Suhakam nak ubah undang-undang mana satu? Undang-undang Civil atau syariah? Berani suhakam nak ubah undang-undang tuhan?
Quote tanganbercakap 20-12-2014 08:10 PM
Sebelum ni pun ramai je yang kawen muda..16\17 macam tu..
Skang kecoh la sebab ade kes...pasni senyap la balik
Quote missus_meow 20-12-2014 08:19 PM
gagal atau berjaya satu2 perkahwinan bkn terletak pd umo pasangan ....
Quote zamzam 20-12-2014 09:10 PM
kawin tak boleh tapi mengesek pastu buang anak takper sbb ada baby hatch.
Quote AMDTurion 20-12-2014 09:22 PM
Tp manusia suka2 hati jer main2 hukum tuhan. Kawin cerai...kawin cerai. Allah benci dgn perceraian.
Quote AMDTurion 20-12-2014 09:26 PM
missus_meow posted on 20-12-2014 08:19 PM
gagal atau berjaya satu2 perkahwinan bkn terletak pd umo pasangan ....

Betul. Perkahwinan mengajar pasangan erti tggjwb. Tolak ansur. Bila salah sorang gagal menjalankan tggjawabnya rumah tangga akan goyah. Tu sebab ummah kokesen yg urban x kawin. Tanggungjawab tu ibarat tali yg menjerut leher.
Quote missus_meow 20-12-2014 09:29 PM
AMDTurion posted on 20-12-2014 09:26 PM
Betul. Perkahwinan mengajar pasangan erti tggjwb. Tolak ansur. Bila salah sorang gagal menjalankan ...

mungkin itu yg patut ditekankan dlm kursus2 pra perkahwinan .... tanggunggjawab.

Quote AMDTurion 20-12-2014 09:39 PM
missus_meow posted on 20-12-2014 09:29 PM
mungkin itu yg patut ditekankan dlm kursus2 pra perkahwinan .... tanggunggjawab.

Tp apalah yg budak2 umur nyet2 tu tahu. Nak beli spender pun mak bpk yg kuar budget. Org dulu aekolah x tinggi boleh pergi bercucuk tanam x pun bersawah. Boleh tmpung keperluan keluarga. Skrang ni diorg nak kejer pun agak payah. Kalo kejer berapa lah sgt. Lainlah mak bpk bnyk duit. Tapi kalo asyik ditarah jer akhirnya rata jugakan.
Quote missus_meow 20-12-2014 09:55 PM
AMDTurion posted on 20-12-2014 09:39 PM
Tp apalah yg budak2 umur nyet2 tu tahu. Nak beli spender pun mak bpk yg kuar budget. Org dulu aeko ...

adekah parents skarang kurang pandai mndidik anak2 ... x mengajar mereka utk bertanggungjwb ....  or anak2 zmn sekarang ni x penah diberi tgjwb?

Quote AMDTurion 20-12-2014 10:20 PM
missus_meow posted on 20-12-2014 09:55 PM
adekah parents skarang kurang pandai mndidik anak2 ... x mengajar mereka utk bertanggungjwb ....   ...

Dua-dua pun ada tu. Tp mak pak kawin cpt2 supaya   malu. Sebelum jd bubur. Kesiannya pd budak2 tu. Fikirkanlah sendiri kerja apa yg dia boleh buat dgn kelulusan yg dia ada. Mcm mana nak tamggung keluarga. Bila mahligai yg dobina sekadar indah khabar dr rupa mcm mana. Padahal diri sendiri yg x mampu nak menguruskan rumah tangga.
Quote missus_meow 20-12-2014 10:31 PM
AMDTurion posted on 20-12-2014 10:20 PM
Dua-dua pun ada tu. Tp mak pak kawin cpt2 supaya   malu. Sebelum jd bubur. Kesiannya pd budak2 tu. ...

kwikan cepat sbb nk tutup malu tp x selesaikan masalah. maybe btambah masalah lain pulak. Ape yg parents dah buat sebelum ia sampai ke tahap perlu kwinkan dorang .... omputih kabo, ade parents tp parents r absent ... samada xde secara fizikal atau secara emosi .... so, gitulah jd anak2 mereka.  
Quote atekome 20-12-2014 10:46 PM
Tringat kes kwn aku mgeseks sblm kwen dan mgandung, mak bapak suh kawen dn bf die pn nak btgjwb tp ngn selamba ckp tknk kwen ngn alsan tk pcaya bf die tu blh btgjwb..bg die, die dh mlakukan ksilapan bsr dn tknk mnmbah ksilapan bkwen ngn lelaki tuh..respek aku..die mlahirkn ank dn mjgnya till skrg..tk smua pompuan skuat die..slalu ble dh mgandung kna kwen pdhl jantan yg d kawen kn tu haprak..mnmbhkn mslh lagi d ms hdpn..cmtu gak kes nie, kwen sbb tknk diowang bt mksiat..ade pro n cons..terserah lh..
Quote namirulmukminin 20-12-2014 10:54 PM
Pompuan kalu nak kawen muda boleh... Tp kena cari laki yg matang dan stabil dalam ekonomi.... Yang penting lelaki tu yg kena matang dan ada kekuatan ekonomi... So kalu ada awek2 muda umur belasan tahun nak jadi bini nombor DUA aku boleh apply skarang..
Quote famri7 20-12-2014 10:55 PM
Ustak isle suchi aka ustak ribena benarkan ke umur kawin diubah? Nanti susahlah ummah2 horny nk ngeseks nikmat di umur2 muda remaja...sumber utama ekonomi meleis sunni iaitu kopi tongkat ali pon bakal terjejas....sungguu besar kesan kenaikan umur nikah kepada ummah suchibmeleis sunni bayangan ereb.
Quote poyohabis 20-12-2014 11:00 PM
Ala budak2 sek x payah kawin pun memgesek je kalo dah tiba waktu mengawan dia. Ni nak sambut malam tahun baru ni.. Tunggu je la berita baby kn buang dlm longkang,dlm tong sampah n bagai2nya 9 bulan akan dtg penuh la paper cerita bab2 buang baby bersepah2 mcm sampah
Quote ~boolean 20-12-2014 11:02 PM
Alahh..
Budak2 sekarang umur 13-14 dah tahu kondom, dah tau doggie, dah tau clubbing and socialising.

Masuk bab kahwin tiba-tiba aja tak boleh swbabnya masih 'kanak-kanak'. Walhal ilmu atas katil mengalahkan orang dah kahwin 20 tahun.
Quote jazaa 20-12-2014 11:03 PM
AMDTurion posted on 20-12-2014 09:22 PM
Tp manusia suka2 hati jer main2 hukum tuhan. Kawin cerai...kawin cerai. Allah benci dgn perceraian.


Yg dah kertu kawin ada gerenti tak bercerai ke??...

Cer tgok berapa ramai janda tua yg anak kecik-kecik lagi...umor 40 lebih anak baru merangkak-rangkak men rendah lagi....


Last edited by jazaa on 20-12-2014 11:04 PM

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.056952 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top