CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Banjir Landa Kelantan Luar Biasa

24-12-2014 10:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17559| Komen: 103

Banjir Landa Kelantan Luar Biasa





TUMPAT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan ketika ini adalah 'luar biasa'.

Justeru, beliau meminta semua pihak memandang serius perkara itu bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Shahidan berkata, ketika ini beberapa paras air sungai utama di negeri-negeri berkenaan dilaporkan kembali meningkat ke paras bahaya yang berkemungkinan jumlah mereka yang dipindahkan akan lebih ramai lagi.

"Dalam masa yang sama air sungai kembali naik di Gua Musang. Kuantan (Pahang) dan Besut di Terengganu pula ada yang berpindah semula.

"Fenomena ini kena ambil ingatan dan perlu berhati-hati kerana dalam kejadian hujan yang turun dan jika berterusan ini boleh berlaku gelombang yang lebih besar," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2 di sini, petang ini.

Setakat malam, ini lebih 16,000 mangsa banjir dilapor ditempatkan di 60 buah pusat pemindahan di lapan jajahan di Kelantan.

Terbaharu, banjir itu juga menyebabkan hampir 200 penduduk di Gua Musang berpindah berikutan limpahan air Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Kelantan yang kini melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat sejak semalam.

Shahidan juga kesal kerana ada penduduk di negeri ini yang menjadikan banjir sebagai pesta mandi-manda yang sepatutnya dielakkan kerana khuatir boleh berlakunya musibah terhadap mereka.

"Kali ini bukan banjir biasa...ia luar biasa dan jika setiap tahun mereka menganggap ia adalah pesta tetapi kali ini jangan buat begitu.

"Air banjir kali ini arusnya deras...ia nampak laju dan saya harap berhati-hatilah mengenainya," katanya.

Sementara itu, Shahidan berpuas hati dengan keberkesanan agensi yang terbabit dalam membantu mangsa banjir.

"Saya ucap terima kasih tetapi ada juga masalah kecil di sesetengah tempat. Keseluruhannya elok dan kita akan menambah lagi barangan basah yang penting di pusat pemindahan," katanya.

10

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 23-12-2014 01:12 AM
Aku nak ambil kesempatan! Ni lah gara gara nak buat undang undang hudud yang tidak ikhlas! Kan tuhan dah jatuh kan bala tu!
Quote vandergooh 23-12-2014 01:13 AM
Maaf lah.. MB kelantan masih busy dengan isu hudud setiap hari... tak sempat lagi nak tengok banjir... ini yg akak baca dalam akhbar..
Quote Changa 23-12-2014 01:16 AM
selayak nya lah.
elohim itu maha adil.
gigih nak buat hudud terus elohim bayar cash.
Quote sekngucing 23-12-2014 01:21 AM
tahun 2004, banjir besar sampai jambatan ditutup sebab kapal korek pasir langgar jambatan
ni dah 2014
benda edekad lalu berulang kembali
Quote DARSITA 23-12-2014 01:48 AM
Banjir rahmat ni.
Quote harisbee 23-12-2014 01:58 AM
kaitan hudud?? nak persenda hudud ker? baik jadi kapir je uols
Quote True-X 23-12-2014 02:12 AM
Changa posted on 23-12-2014 01:16 AM
selayak nya lah.
elohim itu maha adil.
gigih nak buat hudud terus elohim bayar cash.

kaka changa....kl x silap aku.. ini tanah tumpah kaka kan?... hampuuuun kl silap
Quote sekngucing 23-12-2014 03:44 AM
True-X posted on 23-12-2014 02:12 AM
kaka changa....kl x silap aku.. ini tanah tumpah kaka kan?... hampuuuun kl silap

ye, itulah tanah tumpah dia, famri=7, tansrijess, darsita, juli jamaludin, ayah pin
dan juga saya

Quote True-X 23-12-2014 03:47 AM
sekngucing posted on 23-12-2014 03:44 AM
ye, itulah tanah tumpah dia, famri=7, tansrijess, darsita, juli jamaludin, ayah pin
dan juga saya ...

Oo.ok..

.Juli jamaludin ade dlm porem ni gak ke..?
Quote sekngucing 23-12-2014 03:49 AM
True-X posted on 23-12-2014 03:47 AM
Oo.ok..

.Juli jamaludin ade dlm porem ni gak ke..?

tak ada laa
kalau ada dah lama kena hina dgn forumer2 perasan suci

Quote vespa_oren 23-12-2014 07:26 AM
Bandar lama gua musang yg xpernah banjir pun banjir, pastu air akan turun kuala krai lak
Quote noor2 23-12-2014 07:29 AM
Semalam pun kat kuala kangsor dari pagi sampai malam hujan
Quote ultra78 23-12-2014 07:29 AM
Tebanglah lagi hutan. Kelodak masuk dalam sungai. Sungai jadi cetek. Air melimpah. Banjir. Budak amik periksa PT3 pun boleh jawab
Quote AbukRokok 23-12-2014 07:36 AM
ale uto luar biasa... tiap2 thun ada... lainla mcm johor 2007 tu bru luar biasa.
Quote marumaru 23-12-2014 07:56 AM
Tiap tahun tahu akan banjir, tapi macam tu je lah...rakyat redha jer...sambil nonton porno
Quote TanSriJess 23-12-2014 08:20 AM
chesss

nama aku jugak yg naik
Quote matahari7001 23-12-2014 08:21 AM
da apehal.. mmg setiap tahun kan hujan dan da dijangka akan banjir..cume teruk tak teruk jek...poyo jek nk kaitkn dgn isu hudud
Quote ronin 23-12-2014 08:40 AM
Ngoklah korang yg kaitkan bencana ni dgn hudud....
Kenapa korang tak nak kaitkan dgn kes aids yg semakin meruncing?
Quote koliba 23-12-2014 08:44 AM
Changa posted on 23-12-2014 01:16 AM
selayak nya lah.
elohim itu maha adil.
gigih nak buat hudud terus elohim bayar cash.

Bodohnya pemikiran pondan bangsat neh

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.241273 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top