Rezeki dua pengacara Melodi Sherry Alhadad dan Zulin Aziz nampaknya berakhir sampai disini. Mengemudi rancangan sensasi TV3 selama 6 bulan mereka berdua nyata bersyukur dengan peluang yang diberikan stesen tv tersebut. Menurut penerbitnya, Michelle Wee, keputusan tersebut dibuat oleh pihak pengurusan yang mahu memberi pembaharuan kepada rancangan tersebut pada tahun hadapan. Michele juga menafikan penamatan kontrak tersebut bukan gagal mempertahankan rating program tersebut. Dengan pemberitahuan seumpama ini, menutup sedikit sebanyak peluang orang ramai untuk membuat khabar angin. Ini kerana jelas menurut penerbit yang mahukan kelainan untuk tahun 2015.
"Sepanjang tempoh itu, kami bersyukur kerana diberi peluang untuk sama-sama bergandingan dengan Awal Ashaari. Banyak yang kami pelajari. “Terima kasih kepada semua pihak sentiasa menyokong kami," kongsi Zulin. Kemunculan mereka berdua di dalam program tersebut adalah menggantikan pengacara sebelum ini Zizan Razak yang bergandingan dengan Awal Ashari. Namun rezeki mereka tidak berhenti sampai disitu, mereka telah dilamar oleh TV9 untuk mengacara program Diva yang akan mula bersiaran di TV9 pada 17 Januari ini. |
ADVERTISEMENT