Siapa sangka, pelakon Emma Maembong menjadi artis tunggal Malaysia yang berjaya mendapat tempat di antara 100 wajah tercantik 2014. Dengan mengalahkan artis-artis terkemuka Malaysia, Emma Maembong disenaraikan di tangga ke 71 oleh portal TC Chandler.
Kecantikan yang setanding dengan artis dunia, Emma mengalahkan Mila Kunnis di tangga ke (74), Megan Young (93), Scarlet Johansson (81). Mari singkap siapa sebenar Emma Maembong:
TC Candler dikenali kerana menyenaraikan 100 wajah pada skala global dengan mengambil kira faktor dalam budaya, gaya hidup, kerjaya dan darjah kemasyuran. Ia menerima berjuta-juta cadangan setiap tahun bagi memilih 100 wajah. 100 Most Beautiful Face ini bukan hanya mengenai populariti semata-mata sebaliknya ia juga merangkumi keanggunan, kelas dan lain-lain mengenai kecantikan. Ini adalah senarai yang ke-25 tahun sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990. Pada tahun ini juga, buat pertama kalinya senarai 100 Most Handsome Face untuk lelaki turut diperkenalkan dengan Jamie Dornan dinobatkan di tangga pertama. Namun tiada artis lelaki Malaysia berada dalam senarai tersebut. |
ADVERTISEMENT