CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Najib: 2014 Tahun Paling Mencabar Dalam Karier Saya

2-1-2015 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4989| Komen: 19

Najib: 2014 Tahun Paling Mencabar Dalam Karier Saya



TAHUN 2014 sudah meninggalkan kita beberapa jam yang lalu bagi membuka peluang buat tahun 2015 mencipta lembaran dan sinar yang baharu khususnya buat rakyat Malaysia.

Selepas satu persatu episod tragedi duka yang tercipta pada tahun 2014 sedikit sebanyak meninggalkan kesan dan memori yang paling sukar untuk dilupai.
Individu yang paling terkesan dalam segala permasalah yang berlaku sudah pasti adalah Perdana Menteri Malaysia,  Datuk Seri Najib Razak.

Semalam menerusi laman blognya, najibrazak.com, beliau telah menulis sebuah mesej akhir tahun buat rakyat Malaysia.

Menerusi mesej tersebut, Najib menyifatkan tahun 2014 merupakan tahun paling mencabar dalam kariernya sebagai pemimpin negara.

Beliau berkata, dalam tempoh beberapa bulan, negara dikejutkan berita kehilangan 93 rakyat Malaysia ekoran tragedi pesawat MH370 dan MH17. Insiden ini seterusnya menjadikan Malaysia tumpuan dunia.

“Kehilangan MH370 dan kemusnahan MH17 adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia tahun ini. Saya turut bersedih dengan kehilangan insan tersayang mereka. Seperti rakyat Malaysia, saya juga turut berduka dengan tragedi ini,” katanya.

Pada masa yang sama, Najib turut memuji keprihatinan rakyat Malaysia yang bersatu dalam menerima dugaan besar seumpama ini.

Menerusi perutusan tersebut, Najib turut menghargai tindakan dan bantuan semua pihak dalam menangani krisis yang berlaku.

“Kita tidak dapat memperbetulkan semuanya, tetapi apabila MH370 hilang, kita mampu mengumpulkan semua 26 negara, termasuk China dan Amerika Syarikat dalam pencarian yang meliputi hampir separuh dunia. Apabila Malaysia meminta, dunia menjawab.

“Selepas beberapa bulan terpalit dengan tragedi MH370, apabila negara berdepan dengan zon konflik, Malaysia mampu untuk mendapatkan kejayaan yang tidak mampu dikecapi oleh negara lain iaitu mendapatkan semula badan dan kotak hitam pesawat MH17,” katanya.

Negara nampaknya sekali lagi diuji apabila beberapa negeri  di Pantai Timur dan utara mengalami banjir yang dahsyat dan luar biasa.

“Kita sudah biasa dengan banjir di Malaysia tetapi saya terkejut dengan keadaan banjir pada kali ini. Skala kemusnahan yang berlaku sungguh besar dengan ramai mangsa mengalami penderitaan yang teruk.

“Tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah untuk membantu mereka yang memerlukan dengan menyalurkan bekalan makanan dan bantuan kepada terkandas atau kehilangan tempat tinggal termasuk bantuan kewangan,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau dalam mesej memberitahu tahun depan kerajaan akan membantu dalam proses pemulihan untuk membina semula infrastruktur, perniagaan dan kediaman yang rosak atau hilang.

“Kita harus pastikan pembangunan yang kita lakukan adalah mesra alam supaya banjir yang bakal terjadi pada masa hadapan tidak seteruk tahun ini atau lebih buruk,” ujarnya.

Najib dalam mesej akhirnya berkata, beliau mengharapkan semoga tahun 2015 yang menjelma ini bakal membawa kemajuan buat negara Malaysia.- MYNEWSHUB.CC



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cektim 1-1-2015 04:28 PM
[youtube]50KMPAnp9hQ[/youtube]
Quote cektim 1-1-2015 04:29 PM
[youtube]lgU0mTQP8Ok[/youtube]
Quote apam 1-1-2015 04:30 PM
Ooo....karier ye....
Quote Al-Patih 1-1-2015 05:02 PM
ucapan ulangan peristiwa....
Quote mattzzx 1-1-2015 05:03 PM
Mohon simpati...
Quote cektim 1-1-2015 05:05 PM

mohon najib plak hilang
Quote mattzzx 1-1-2015 05:08 PM
cektim replied at 1-1-2015 05:05 PM
mohon najib plak hilang

permohonan sedang dipertimbangkan....

Quote airfilterkotor 1-1-2015 05:20 PM
Usul ditolak.
Quote tumpanglalu74 1-1-2015 05:36 PM
Honestly..
Quote jijiezie 1-1-2015 06:12 PM
Najib...engkaulah pm yg paling mencabar kemarahan rakyat
Quote Mary_jane 1-1-2015 06:41 PM
Kesian tok najib diuji kanan & kiri, moga beliau muhasabah diri.
Quote freebird 1-1-2015 06:46 PM
Kehilangan Altantuya pun tak mencabar camni, katanya...
Quote NURMIMIE 1-1-2015 07:23 PM
selalu dengar prasa 'orang yang kuat diuji tandanya tuhan sayang'..

agak2 releven tak?

Quote iman_kasih 1-1-2015 07:28 PM
NURMIMIE replied at 1-1-2015 07:23 PM
selalu dengar prasa 'orang yang kuat diuji tandanya tuhan sayang'..

agak2 releven tak?

soalan cepu mas tu kaka..
Quote Syd 1-1-2015 07:39 PM
cik apam ni nakal tau
Quote NURMIMIE 1-1-2015 07:40 PM
iman_kasih replied at 1-1-2015 07:28 PM
soalan cepu mas tu kaka..

sebab selalu dengar tuh..

kalau orang yang dibenci kena perkara buruk, mereka kata 'itu bala' tuhan bagi pembalasan.. cashh!!

kalau diri sendiri kena perkara buruk, mereka kata 'itu ujian' dan ujian itu tanda tuhan sayang..

selalu dengar ini jugak time kemalangan;

1. kalau mati : 'tuhan lebih sayangkan dia'

2. kalau masih hidup : 'tuhan masih sayangkan dia'
Quote spiderman80 1-1-2015 07:59 PM
Akak Rose : " Menjadi seorang First Lady merupakan sebuah karier yang sangat mencabar especially tahun 2014."
Quote dani-rox 1-1-2015 08:13 PM
Tahun 2014 banyak mencabar kesabaran dan keintelektualan rakyat Malaysia.
Quote ice_sky92 1-1-2015 08:16 PM

Apa maksud kau ni? Huhu.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.191978 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top