CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Air Asia: Enjin Pesawat Mati di Darat

5-1-2015 10:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24044| Komen: 239

Enjin tiba-tiba mati, pesawat AirAsia ke Bandung cetuskan panik


KUALA LUMPUR: AirAsia Indonesia sekali lagi dilanda masalah apabila enjin salah sebuah pesawatnya bagi laluan Surabaya-Bandung tiba-tiba mati di landasan ketika hendak berlepas.

Menurut laporan Metrotvnews.com, pesawat yang membawa 120 penumpang itu mengalami masalah tersebut sewaktu hendak berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.

Kejadian itu mencetuskan suasana panik kepada penumpang yang telah bersiap sedia berada di tempat duduk masing-masing.

Menurut seorang penumpang, Yusuf Fitriadi, terdapat bunyi yang kuat pada enjin pesawat sebelum ia tiba-tiba mati, dan pesawat mula berundur sendiri.

"Kami terkejut dan panik. Saya pun turut ketakutan. Pesawat tersebut akhirnya berundur ke posisi asal semasa kami menaikinya dan kru kabin meminta kami turun pada saat itu juga," katanya kepada Metrotvnews.com.

Pesawat itu dijadualkan bertolak jam 9.00 malam, namun mengalami masalah enjin yang dikatakan berpunca daripada monitor starter.

Juruteknik pesawat bagaimanapun berjaya memperbaiki kerosakan tersebut.

Meskipun telah dibaiki, hampir kesemua penumpang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan kerana bimbang akan mengalami masalah sama di udara.

Susulan itu, AirAsia telah mengembalikan wang kepada penumpang yang tidak meneruskan perjalanan dengan pesawat tersebut.

Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia dilaporkan hilang sebelum disahkan terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan selain usaha menjejaki bangkai pesawat serta alat perakam data penerbangan bagi mengenal pasti punca kemalangan.            

7

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 4-1-2015 06:59 PM
aku pernah merasa enjin dimatikan oleh pilot mid-flight on British Airways en-route to Melbourne.
Quote shalola 4-1-2015 07:02 PM
Ya allah mcm2 bala menimpa air asia
Quote Modngengade 4-1-2015 07:10 PM
Akak dah phobia nk naik mas maupun airasia
Quote ice_sky92 4-1-2015 07:20 PM
Modngengade replied at 4-1-2015 11:10 AM
Akak dah phobia nk naik mas maupun airasia

Nampaknya sis kena banyak membaca.

Kapal terbang merupakan transport yg paling selamat sis.

Dah jgn takut da.



Quote cmf_conan 4-1-2015 07:20 PM
air asia refund?? i tot kalo refund pon airport tax aje.. bukan sume pon..

lagi satu.. kalo tanya pilot2, mcm2 je mslh kapal terbanng yg dorg kena faced yg penumpang tak pernah tau..
pernah suatu ketika, flight delay, penumpang dah dlm flight..
pilot ckp delay je sambil potpetpotpet mcm dj radio tanak bagi penumpang panik..
dah selamat berlepas baru die minta maaf, delay adalah disebabkan masalah teknikal..

dan mcm lah kalo naik kete bas sume, kete n bas tak pernah rosak ke buat hal ke..
Quote Modngengade 4-1-2015 07:26 PM
ice_sky92 replied at 4-1-2015 07:20 PM
Nampaknya sis kena banyak membaca.

Kapal terbang merupakan transport yg paling selamat sis.

Yer tapi bukan mas dan airasia sis....ya ampunnn
Quote Vympel77 4-1-2015 07:28 PM
http://www.businessinsider.com/flying-is-still-the-safest-way-to-travel-2013-7?IR=T&op=1

Quote dodolgemok 4-1-2015 07:39 PM
Modngengade replied at 4-1-2015 07:26 PM
Yer tapi bukan mas dan airasia sis....ya ampunnn

Kalau flight kl ke jb/kl ke kuching/kl ke kelate ade flight selain airasia dan mas ke sis? Malindo xbyk choice
Quote ice_sky92 4-1-2015 07:48 PM
Modngengade replied at 4-1-2015 11:26 AM
Yer tapi bukan mas dan airasia sis....ya ampunnn

Ye. Saya faham sis. Mungkin sejak kes MH370, MH17 dan QZ8501 buat kita takut dengan 2 airline ni. Tapi sebelum ni aman-aman saje. Saya pun ada aviophobia. Dah naik atas tu kita tawakal jela sis.
Quote famri7 4-1-2015 07:54 PM
Hampir2 dibayat cash berjemaah.selayaknya mereka bersujud syukur dan bertaubat.
Quote DaisyD 4-1-2015 08:05 PM
banyak je airline lain yang crash jugak.
Quote voiletiris 4-1-2015 08:27 PM
aku dulu2 memang takut nak naik airasia dan maswings.
Quote estrelle 4-1-2015 08:34 PM
nak naik flight dah takut,abis nak naik tongkang pon risiko karam plak..
Quote scorpionkiki 4-1-2015 08:51 PM
Edited by scorpionkiki at 4-1-2015 08:52 PM

Skrg ni kena tengok maintenance...hopefully AirAsia indon maintenance yg bukan setakat min requirement sbb nak jimat kos...dulu maintenance indon mmg bnyk problem maintenancenya  hence sampai  tak boleh fly route Europe..
Quote melinda_kerr 4-1-2015 08:54 PM
Mcm kena sabotaj jer..
Quote melinda_kerr 4-1-2015 08:55 PM
dodolgemok replied at 4-1-2015 07:39 PM
Kalau flight kl ke jb/kl ke kuching/kl ke kelate ade flight selain airasia dan mas ke sis? Malindo ...

Naik jelah.. Kalau tuhan tulis ajal mati naik flight tu akan terjadi gak. Tawakkal ajelah dah klau xde pilihan
Quote Modngengade 4-1-2015 09:10 PM
dodolgemok replied at 4-1-2015 07:39 PM
Kalau flight kl ke jb/kl ke kuching/kl ke kelate ade flight selain airasia dan mas ke sis? Malindo ...

Akak naik senandung mlm jer sis...santai2 gitew
Quote akusukaq 4-1-2015 09:13 PM
Kena percaya pada takdir. Tawakkal  aje. Banyakan doa . Naik apa pun sama saje risiko nya.
Quote Modngengade 4-1-2015 09:14 PM
ice_sky92 replied at 4-1-2015 07:48 PM
Ye. Saya faham sis. Mungkin sejak kes MH370, MH17 dan QZ8501 buat kita takut dengan 2 airline ni.  ...

Mungkin akak perlu sedikit masa untuk bertenang...for your info. Ketua stewardess MH17 tu emak kawan anak akak....sedih sgt

Lihat semua komen(239)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.134041 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top