Penumpang Etihad Terkandas 12 Jam Di Landasan Tanpa Makanan SAN FRANCISCO: Beratus-ratus pelancong mendarat dengan selamat di San Francisco namun melahirkan rasa kecewa kerana terpaksa berada selama 28 jam di dalam pesawat termasuk 12 jam di landasan di Timur Tengah tanpa makanan atau mendapat maklumat yang tepat. Emosi para penumpang pesawat Etihad Airways 183 dari Abu Dhabi semakin memuncak apabila penerbangan itu terlewat untuk berlepas selama setengah hari, demikian kata penumpangnya kepada media. "Mereka secara berterusan memberitahu kami bahawa pesawat akan berlepas 15 minit dari sekarang, 20 minit dari sekarang, 30 minit dari sekarang dan akhirnya ambil masa selama 12 jam," kata penumpang Thomas Piani kepada pemberita di San Francisco. Para penumpang berkata anak kapal itu memberitahu mereka bahawa lapangan terbang Abu Dhabi terlalu sesak dengan penerbangan lain yang turut terkandas. Etihad, syarikat penerbangan nasional Emiriah Arab Bersatu menerusi kenyataan berkata, kabus tebal menjadi punca banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan. Syarikat penerbangan itu memohon maaf atas kesulitan pelancong namun berkata kelewatan adalah di luar kawalannya.
|
6
Bagus |
Marah |
7
Terkejut |
Sedih |
1
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Acong replied at 5-1-2015 04:00 AM
12 jam tak bagi makan langsung? kurus laa penumpang nanti
applemy replied at 4-1-2015 10:43 PM
12 jam tu terlalu lama.. patutnya pusing balik ke terminal!
Ai pun pernah experience pesawa ...
Etihad, syarikat penerbangan nasional Emiriah Arab Bersatu menerusi kenyataan berkata, kabus tebal menjadi punca banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan.
kelana36 replied at 6-1-2015 07:38 AM
bila winter, kat abu dhabi tu biasa lah dengan kabus tebalnya..
boleh landing dan take off tapi men ...
ella. replied at 6-1-2015 07:01 AM
airasia lagi jahat.. sangkut 2 3 jam bagi air mineral jek
stinger_attack replied at 6-1-2015 04:07 AM
its all in the mind actually.......penerbangan 16 jam.....steady jerk...tak rasa jenuh...nee dah m ...
faraway1 replied at 6-1-2015 06:37 AM
me pernah, 6 jam kot, flight klm ke amsterdam..
katanya ada benda rosak, so tunggu spare part,
...
applemy replied at 5-1-2015 08:25 PM
Terkandas kat schipol ye?
Ok la bagi muffin & jus..
ADVERTISEMENT