Penyebar Fitnah Mayat Bergelimpangan Akhirnya Ditahan Polis
Pasangan yang berusia 45 dan 43 tahun itu ditahan oleh anggota serta pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di rumah mereka di Kodiang, Kedah kira-kira pukul 12 tengah hari semalam. Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, sejurus selepas ditahan, suami isteri yang berasal dari Bachok, Kelantan dan Kodiang itu telah dibawa ke bandar ini untuk membantu siasatan. “Kedua-dua suspek ini dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini, mereka direman selama tiga hari untuk membantu siasatan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Kelantan di sini hari ini. Antara kandungan maklumat palsu itu ialah: “Ila sekarang Kuala Krai dah nak surut air. Sukarelawan mula masuk tempat air surut. Banyak mayat bergelimpangan dalam rumah lagi yang mana tak sempat selamatkan diri. “Berita TV memang takkan beritahu. Tu la keadaan sebenarnya yang terkini. Subhanallah. Ya Allah. Ramai rupanya mati Ila. Yang atas bukit tu mati kelaparan dan kesejukan. Semua mayat tak dapat nak diuruskan.” Mazlan berkata, pihaknya memandang serius mengenai penyebaran maklumat palsu tersebut dan akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang terlibat kerana boleh mengeruhkan keadaan. “Bagi kes terdahulu seorang juruteknik lelaki berusia 37 tahun yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman sosial Facebook kini dibebaskan dengan jaminan polis. “Suspek direman selama tiga hari selepas dipercayai menyebarkan maklumat palsu melalui laman sosial Facebook kononnya bekalan makanan yang dibawa oleh sebuah badan bukan kerajaan untuk dihantar ke Kuala Krai telah disekat oleh pihak berkuasa,” ujarnya. Sementara itu, Mazlan berkata, pihaknya mengesahkan sehingga hari ini sebanyak 11 kematian dicatatkan akibat lemas manakala dua lagi hilang ketika malapetaka banjir melanda negeri ini.
|
5
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
3
Sedih |
2
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
axl_bach replied at 11-1-2015 06:17 PM
Gambo secoit pun xder.....ironinya kalo jumpa cendol kaler pink pun gegeh snap lagikan mayat grlimpa ...
ADVERTISEMENT