CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Rancangan Realiti Tv: Munafik Apakah Ini?- Dr Ridhuan Tee

13-1-2015 03:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12279| Komen: 81

Munafik apakah ini? Barakah apa yang dicari? Rancangan realiti televisyen menjengkelkan dengan adegan hina.



PETALING JAYA: Selebriti dakwah televisyen, Dr Ridhuan Tee Abdullah mengkritik rancangan realiti di televisyen yang disifatkannya sebagai menjengkelkan melalui adegan-adegan hina untuk tujuan publisiti murahan.

Beliau mempertikaikan kewajaran mengejar tarikan penonton sehingga mengetepikan soal haram dan halal serta dosa dan pahala.
Malah ujarnya, program realiti yang bersifat keagamaan juga tidak semestinya mendatang barakah jika di dalamnya berlaku kemunafikan dan mengabaikan amal makruf nahi mungkar.

Sehubungan itu, Profesor di Univerisiti Sultan Zainal Abdin (UniSZA) itu berkata, ”Bersyukur sebelum musibah melanda. Bukan sebaliknya. Musibah melanda baru insaf. Itupun masih ada yang tidak insaf.”

”Saya diberitahu, adegan program realiti gegar tv, penyanyi berusia dipeluk oleh dengan pelakon muda di atas pentas, atas alasan dibolehkan, kononnya suami atau isteri masing-masing mengizinkan perilaku hina itu,” tulisnya dalam ruangan mingguan beliau di Sinar Harian dengan judul Banjir dan program realiti TV.

”Begitu juga adegan melamar di atas pentas. Bila ditegur, melenting tak tentu pasal. Budaya apakah ini? Sanggup melakukan apa sahaja bagi mengejar rating,” tambah beliau.

Dr Ridhuan turut mengkritik rancangan realiti tv bercorak keagamaan yang disifatkannya sebagai menyedihkan kerana mengetepikan aspek ketinggian ilmu.

Jelasnya, pemilihan para peserta untuk program itu lebih memberi penekanan kepada aspek penyampaian dan menidakkan kepetingan ilmu dan keintelektualan sehingga menyebabkan matlamatnya tersasar jauh.

Beliau menambah, program realiti terbabit mengutamakan peserta yang pandai menyanyi dan melawak, sementara juri hakim tidak memiliki kelayakan ilmu tetapi hanya memberi tumpuan kepada aspek pengucapan awam.

”Kita disuruh seru dengan hikmah, atas nama dakwah. Malangnya krew yang terlibat, majoriti tidak pula diseru untuk sujud dan tunduk kepada Allah. Munafik apakah ini? Barakah apa yang dicari?” tulis beliau.

Tambahnya, ”Janganlah kita beranggapan oleh kerana musibah banjir tidak melanda stesen tv kita, maka Allah redha apa yang kita lakukan. Sudah sampai masanya kita bertaubat.”

Kata Dr Ridhuan, rancangan realiti semakin mengarut termasuk meliputi aspek penajaan, ”Ini belum termasuk kontroversi penaja rancangan yang mempromosikan air jampi. Jika begitulah mujarabnya, bawa sahaja ke penjara, minta banduan minum, selepas itu, bukalah pintu penjara, agar mereka keluar menjadi baik.”


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 13-1-2015 12:44 AM
Saya diberitahu, adegan program realiti gegar tv, penyanyi berusia dipeluk oleh dengan pelakon muda di atas pentas, atas alasan dibolehkan, kononnya suami atau isteri masing-masing mengizinkan perilaku hina itu


sentap ifa raziah baca stement nih
Quote bambimo 13-1-2015 12:47 AM
Aikk last part tu dtuju pd rancngn yg dia hoskn tu ker
Quote Ferr_Remy 13-1-2015 12:48 AM
da tua kertu tp still fefeeling muda belia..
Quote Acong 13-1-2015 12:59 AM
ostad plagiat tu boleh lak........ tak haram kaa?
Quote Acong 13-1-2015 01:01 AM
Plagiat: Kenaikan pangkat Dr Ridhuan Tee di UPNM dikecam
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
Published: 21 November 2013




Bekas rakan sekerja Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggambarkan kenaikan pangkat ahli akademik pro kerajaan itu di sebalik pelbagai tuduhan plagiat yang dilemparkan kepadanya sebagai “tamparan” bagi ahli fakulti yang lain.

Senator Dr Ariffin S M Omar berkata, Dr Ridhuan yang dinaikkan pangkat kepada profesor madya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) awal tahun lalu diselubungi dengan tuduhan plagiat.

“Siasatan dilancarkan tetapi naib canselor dan timbalan naib canselor akademik pada masa itu tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Dr Ridhuan dan sebaliknya beliau dinaikkan pangkat pula,” katanya yang pernah mengajar di UPNM.

Dalam sidang akhbarnya di lobi Parlimen hari ini, Dr Ariffin berkata, kenaikan Dr Ridhuan tidak setaraf dengan pensyarah lain di universiti berkenaan yang bekerja keras untuk dinaikkan pangkat.

“Kita membuang pelajar yang didapati memplagiat kertas kerja mereka. Bagaimana pula jika pensyarah didapati melakukan perkara yang sama? Adakah kita menyatakan tidak apa jika tenaga pengajar yang melakukannya?

“Jika kerajaan serius terhadap impian menjadikan institusi pendidikan kita bertaraf dunia, maka mereka sepatutnya mengambil tindakan terhadap Dr Ridhuan sebagai pengajaran kepada yang lain,” katanya.

Dr Ariffin yang juga naib pengerusi DAP mengajar subjek Pengajian Strategik di universiti itu dari pertengahan 2010 hingga Januari tahun ini.

Beliau mendakwa menerima banyak aduan mengenai Dr Ridhuan daripada kakitangan dan pelajar.

“Ini bukan kali pertama beliau memplagiat kertas kerja kajian. Beliau sudah banyak kali melakukannya tetapi tiada tindakan dikenakan kepadanya hingga kini,” katanya.

Pada sidang akhbar yang sama, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok turut mengedarkan salinan kertas kerja Dr Ridhuan bagi satu projek bahasa Inggeris dan salinan artikel asal oleh Dr Airil Yasreen Mohd Yassin yang diambil daripada laman web Airil Sametok.

“Apabila anda bandingkan kedua-dua artikel itu, anda akan mendapati Dr Ridhuan meniru hampir keseluruhan artikel daripada Dr Airil, termasuk kesilapan tatabahasa dalam artikel asal, tanpa memberikan apa-apa pembahagian hak kepada penulisnya,” kata Kok.

“Kami difahamkan bahawa penulisan akademik ini mendorong kepada kenaikan pangkatnya daripada profesor kanan kepada profesor madya di UPNM,” katanya.

Terdahulu, Dr Airil, pensyarah kanan di fakulti kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Malaysia, berkata beliau sedang menunggu nasihat pasukan undang-undang universiti berhubung perkara itu.

Kok mendakwa, Kementerian Pendidikan gagal mengambil perkara itu secara serius walaupun isu itu dibangkitkan beberapa kali di Parlimen.

“Pemimpin MIC, Vel Paari juga ada membuat laporan terhadap Dr Ridhuan mengenai perkara ini,” katanya.

Menggelar Dr Ridhuan sebagai rasis yang menganjurkan pembersihan etnik, Kok berkata, beliau hairan bagaimana Dr Ridhuan boleh mengajar subjek hubungan etnik di universiti itu.

“Kita akan hantar surat kepada Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan naib canselor UPNM supaya tuduhan terhadap Dr Ridhuan diambil secara serius,” katanya. – 21 November, 2013.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.xvHaH7xs.dpuf

Quote Acong 13-1-2015 01:02 AM
ostod riduan teh, kemunafikan apa jadah ini?
Quote bazinga 13-1-2015 01:52 AM
Tak tau plak ada isu plagiat dia ni,,,
Quote otai_g 13-1-2015 01:54 AM
btl jgk apa yg riduan teh ni ckp...

aku sendiri tgk pun malu.

kebabian apakah yg ifa radziah lakukan ms konsert gv dulu?

pahtu tetiba ada org melamar atas stage plk. x paham btl aku.
Quote bazinga 13-1-2015 01:58 AM
Kalau dlu artis laki tak bleh kuar tv kalu rambut panjang kan? Siap blur lg kankan
Kenapa skang tak enforce mcm dlu.. Yelah, banyak jugak scene2 tak patut.. Dlm drama ke,. Reality show ke,..
Sume orang skang, buat ikut ske jek..
Quote DARSITA 13-1-2015 02:03 AM


Mana yang betul dia ckp tu kita sokong lah kan. Dulu zaman 80an ngntuk sungguh mata bila tengok kuliah ugama dlm TB. Sekarang punya pulak makin melalut.

Quote bluehedgehog 13-1-2015 08:00 AM
sib baik x ngaku sendiri cina lagi...
Quote finesse 13-1-2015 08:30 AM
Tak habis-habis la redhuan tee.. Aku kenal anak dia,kawan aku.. ok saja tak macam ayah dia tapi iols syak dia gayy.. lol
Quote Modngengade 13-1-2015 08:35 AM
dani-rox replied at 13-1-2015 12:44 AM
sentap ifa raziah baca stement nih

Selayaknya ratu cucuk malaysia dihencap ummah...dah tua kertu x sedar diri
Quote Modngengade 13-1-2015 08:37 AM
Acong replied at 13-1-2015 01:01 AM
Plagiat: Kenaikan pangkat Dr Ridhuan Tee di UPNM dikecam
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
Published: 21 No ...

Bukan main dengki lagi dr ariffin aka kaldai DAPing ni kat riduan tee
Quote Modngengade 13-1-2015 08:39 AM
finesse replied at 13-1-2015 08:30 AM
Tak habis-habis la redhuan tee.. Aku kenal anak dia,kawan aku.. ok saja tak macam ayah dia tapi iols ...

Mcm mana uoul syak dia gay...pernah menyontot atau disontot kah?
Quote Modngengade 13-1-2015 08:40 AM
otai_g replied at 13-1-2015 01:54 AM
btl jgk apa yg riduan teh ni ckp...

aku sendiri tgk pun malu.

Kan...dah mcm janda sangap jer akak tgk ifa raziah mlm tu
Quote zjen 13-1-2015 08:42 AM
finesse replied at 13-1-2015 08:30 AM
Tak habis-habis la redhuan tee.. Aku kenal anak dia,kawan aku.. ok saja tak macam ayah dia tapi iols ...

anak dia gay ke
Quote wanlya 13-1-2015 08:43 AM
setuju dengan ridhuan tee ni....
Quote kecimpret 13-1-2015 08:44 AM
takde rancangan realiti tak sekular laaaaaa



Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.078904 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top