CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

JAWI dicabar! Panggil Rosmah Untuk Di Siasat

16-1-2015 11:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17766| Komen: 71

JAWI dicabar! Panggil Rosmah Untuk Di Siasat


PETALING JAYA : Tindakan pantas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang dilaporkan akan mengeluarkan waran tangkap kepada tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan bintang K-Pop dilihat agak keterlaluan dan berlebih-lebihan.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mendakwa bahawa sebaliknya jabatan itu gagal bertindak ke atas Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Sehubungan itu blogger itu mengecam JAWI yang disifatkannya ingin “tumpang semangkuk” dalam isu K-Pop kerana mahu menunjuk-nunjuk kuasa dan keprihatinan mereka terhadap perbuatan maksiat dalam negara.

Dakwanya, banyak perilaku maksiat termasuk secara terang-terangan dan media sosial yang tidak diambil tindakan.

Beliau mencabar JAWI: ”Panggillah Rosmah untuk disiasat dan jika enggan, keluarkanlah waran tangkap juga? Kenapa ketika itu JAWI diam saja?”

”Walhal, banyak maksiat lain yang terang-terangan berlaku dalam masyarakat, tidak pula JAWI bersungguh mahu membanterasnya,” tulisnya dalam entri terbaru blog shahbudindotcom.blogspot.com.

Beliau mendakwa, maksiat, pergaulan bebas, adegan tidak senonoh di tempat awam, berpeluk dan bercium yang melibatkan orang Islam sebenarnya bukanlah sukar untuk dihidu oleh JAWI jika mereka benar-benar ingin membanterasnya.


“Sebenarnya banyak lagi maksiat nyata dan terang-terangan yang sepatutnya lebih diambil peduli oleh JAWI berbanding perlakuan gadis-gadis remaja dengan artis K-Pop itu,” ujarnya.

Shahbudin turut mengecam JAWI dengan menyifatkan pejabat agama itu seperti budak baru ”masuk jawi”, tidak matang dan terangsang dengan perkara remeh.

“Makanya, eloklah JAWI ‘bersunat’ dulu agar tindakannya tidak kekok di mata masyarakat,” katanya.

Bekas Naib Pemuda Wangsa Maju itu juga menyarankan tindakan diambil terhadap pelakon-pelakon yang menayangkan aksi berpeluk, bercium, berkemban dan bermesra atas katil di kaca televisyen.


“Adalah penting untuk JAWI bertindak berdasarkan keutamaan dalam masyarakat. Maksiat dan adegan tidak senonoh lain berlaku sepanjang masa dan berleluasa, manakala aksi remaja dengan bintang K-Pop itu hanyalah aksi terpencil saja. Ia boleh ditangani dalam bentuk yang lain atau secara diam-diam sahaja,” tambahnya.

Beliau menulis: ”Dengan menghebohkan tindakan dalam perkara yang kecil dan remeh, tetapi mengabaikan maksiat yang lebih besar dan terang dalam masyarakat, hanya mendedahkan JAWI kepada kecaman dan pensendaan masyarakat semata-mata.”

5

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
14

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 15-1-2015 10:16 PM
Bagus lah ada orang sedarkan jawi .....
Quote cecari 15-1-2015 10:19 PM
FOTHER-MUCKER replied at 15-1-2015 10:16 PM
Bagus lah ada orang sedarkan jawi .....

kah kah kah... lagilah terserlah kehaprakan umno bn.
Quote noor2 15-1-2015 10:29 PM
Gasakla koram
Quote pooh~key 15-1-2015 10:29 PM
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan ni salah sorang forummer cari kot gamaknya.
Quote dodolgemok 15-1-2015 11:08 PM
kahkahkah berulatla kepala pengarah jawi nak jawab soalan ni. abes nnti keluar fatwa2 menghalalkan pelukan ibu mah kepada anak nya chong wei sebagai pembakar semangat.kahkahkah!!
Quote PEPPERMAN 15-1-2015 11:23 PM
Datin Seri hanya menjalankan tanggungjawab.
Jauh berbeda dengan budak perempuan tersebut yang melampiaskan kegedikan mereka sahaja
Quote Orix 15-1-2015 11:27 PM
cecari replied at 15-1-2015 10:19 PM
kah kah kah... lagilah terserlah kehaprakan umno bn.

aikk td tarbiah org kata jgan banding2 dosa.. yg ni ttbe menyokong pula? aiyooooooo... lu ckap byak pusing arrr...
Quote cecari 15-1-2015 11:28 PM
Orix replied at 15-1-2015 11:27 PM
aikk td tarbiah org kata jgan banding2 dosa.. yg ni ttbe menyokong pula? aiyooooooo... lu ckap bya ...

apa dia ngok ? hang mengigau ka?
Quote dubuk 15-1-2015 11:38 PM
pukul rata semua sekali lah

alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Quote abgsedapmalam 16-1-2015 12:04 AM
http://gfycat.com/PalatableFalseApe
Quote cupu 16-1-2015 12:45 AM
korang sbnr nk jawi buat mcm mn?klu jawi senyap korang kata jawi pekak,buta,bisu.ni jawi tegas korang marah plk..pening jawi tau
Quote vandergooh 16-1-2015 12:49 AM
akak berharap jabatan agama segera mengambil tindakan dan hadap ke mahkamah pada orang dibawah ni, jangan pilih kasih jika tidak mahu menerima balasan yg amat berat diakhirat nanti atas tanggungjawab mereka yg bekerja di jabatan agama....


Quote anno_miss 16-1-2015 01:18 AM
Hurmmm....apa la nk jadi melayu kita ni
Quote leni 16-1-2015 01:24 AM
anno_miss replied at 16-1-2015 01:18 AM
Hurmmm....apa la nk jadi melayu kita ni

Tepuk dada tanya iman
Quote zjen 16-1-2015 06:20 AM
iols sokong kak mah,    semoga kak mah bincang dgn freemason mansuh semua jabatan agama,   biar semua org bebas bermazhab agama,  go Rosmah  
Quote anno_miss 16-1-2015 06:38 AM
leni replied at 16-1-2015 01:24 AM
Tepuk dada tanya iman

Iman yg tersorok d dasar hati..terkambus dek napsu dan ego tinggi..huhuhu.sedey betul aaa..
Quote Staratila 16-1-2015 07:08 AM
Malaysia... hmmm mcm-mcm ada
Quote mbhcsf 16-1-2015 07:08 AM
jabatan agama dok lakukan aktiviti serbuan itu ini pun dikutuk dan dipersoalkan, kali ni boleh pulak tanya “Adalah penting untuk JAWI bertindak berdasarkan keutamaan dalam masyarakat. Maksiat dan adegan tidak senonoh lain berlaku sepanjang masa dan berleluasa, manakala aksi remaja dengan bintang K-Pop itu hanyalah aksi terpencil saja. Ia boleh ditangani dalam bentuk yang lain atau secara diam-diam sahaja,” tambahnya.


- look -  remaja buang bayi, rempit, maksiat , salah laku ...

- semuanya menjadi bhn modal kutuk islam walaupun pelakunya yg tidak menghayati Islam

- aktiviti rutin seperti serbuan pihak berkuasa agama dan polis - dalam kes kes khalwat - akan juga dan sering menjadi sendaan di CI  oleh golongan tertentu - frasa 'skodeng buat ape....' tunggu dan mengintip'

- nampak  dak ? nampak yg pihak tertentu saja je dalam apa apa pun keadaan akan sendakan apa apa je tindakan seolah olah nak buat ini salah nak buat itu salah...dibanding kes kes dahulu sebab nak tunjuk selektif

walhal dalam organisasi memana pun tentunya ada  amalan penambahbaikan ..dan feedback.. bila  tak ambil tindakan boleh pulak keluarkan statement kat atas  dengan frasa '  tumpukan kes kes maksiat  yg  blbla...'

selama ni dok buat pun hampa senda , jalankan tugas pun kena jugak?



Quote atira 16-1-2015 07:58 AM
ahkak senyum sinis aja la uols..
lobai2 caprut tu dgn bebudak pompuan depa berani la..
dasar pengecut

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.247625 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top