CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

K-Pop Dan Zumba, Hiburan Dan Senaman Yang Lagha

20-1-2015 03:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17425| Komen: 174

K-Pop dan Zumba, hiburan dan senaman yang lagha














 










KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam negara ini diminta untuk mengelakkan terjebak dengan hiburan K-Pop dan senaman Zumba yang disifatkan berbentuk lagha (sia-sia) semata-mata.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, kerajaan juga seharusnya sudah lama menyekat kedua-dua unsur ini daripada menyerap ke dalam gaya hidup rakyat negara daripada terus mempromosikannya.

"K-Pop itu lagha, sama juga dengan Zumba. Tengok akibatnya semasa konsert baru-baru ini, berdakap, bercium seolah-olah tidak ada lagi pegangan agama.

"Mana undang-undang yang menyekat perkara sebegini daripada terus berleluasa? Jika dibiarkan moral anak-anak gadis kita akan terus hanyut dengan perkara yang sia-sia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail mengulas perbuatan anggota kumpulan K-Pop, B1A4 mencium gadis tempatan ketika membuat persembahan pentas KL Live pada minggu lepas.

Video berciuman yang berdurasi lebih tiga minit itu turut dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV selain menjadi viral di media sosial.

Bagaimanapun, perlakuan itu turut disifatkan berlakudi luar jangkaanpenganjur.

Lagha merupakan bahasa Arab yang bermaksud perbuatan yang batil, termasuk yang mempunyai unsur-unsur syirik dan maksiat selain segala perbuatan yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk perbuatan atau perkataan.

Gambar hiasan


Sebelum ini, Ismail dilaporkan menyifatkan Zumba menjadi faktor utama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar gagal menjadi seorang pejuang Islam sejati.

Tegasnya, promosi berlebihan terhadap tarian sukan itu disifatkan sebenarnya mendukacitakan banyak organisasi Islam negara.

Dalam pada itu kata Ismail, masyarakat dan pemimpin juga harus bekerjasama dan memastikan isu berkenaan tidak lagi berulang.

"Akhlak perlu dipulihkan daripada pemimpin sehingga masyarakat.

"Seandainya pemimpin gagal, ia kelak pasti memberi kesan kepada seluruh sistem kemasyarakatan itu sendiri," ujarnya.

Isu K-Pop turut mendapatperhatian seorang 'gadis misteri'yang memberitahu kehadiran remaja bertudung yang terlibat dalam video kontroversi konsert K-Pop B1A4 sebelum ini adalah dengan keizinan tuhan.

3

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 20-1-2015 08:10 AM
sengih sinis aja la uols
Quote lkick2113 20-1-2015 08:15 AM
dia tau tak zumba tu apa?????? bodoh sangat la org2 agama sekarang ni......


#malaysiakearahtalibanisasi
Quote atira 20-1-2015 08:17 AM
lkick2113 replied at 20-1-2015 08:15 AM
dia tau tak zumba tu apa?????? bodoh sangat la org2 agama sekarang ni......

bertabah aja la uols... di era taliban kat malaysia ni
Quote inai_Djari 20-1-2015 08:18 AM
zumba tue xsalah tp bile dah tergedik2 dpn jantan same ajelah mcm hiburan lagho lain..aku pun selalu jgk berzumba tp kat rumah ajelah tertutup xdenye tergedik2 dpn jantan..tp bnyk lg hiburan lagho kt dlm tv aman2 aje..huhuhu
Quote lurve82 20-1-2015 08:21 AM
zumba best...
Quote FOTHER-MUCKER 20-1-2015 08:26 AM
Aku harap puak2 tu cepat2 lah haram kan semua bentuk hiburan di Malaysia ni. Orang melayu hanya pergi ke mesjid dan surau2 je bila nak berhibur.
Quote lady_rara 20-1-2015 08:27 AM
Inche' Ismail mau berzumba jugak kah?


Quote chinta89 20-1-2015 08:29 AM
inai_Djari replied at 20-1-2015 08:18 AM
zumba tue xsalah tp bile dah tergedik2 dpn jantan same ajelah mcm hiburan lagho lain..aku pun selalu ...

sokong. zumba tak salah. ygs alah, perbuatan selain zumba tu.tak pasal2 org akan pandnag serong kpd agama islamsb semua benda dah tak leh, org akan tgk islam ni susah. padahal perangai diorg tu pelik2, buat aksi lagha.
Quote lostfaith 20-1-2015 08:31 AM
Ke arah talibanisasi 2020.
Quote AbukRokok 20-1-2015 08:32 AM
iols pun tersenyum sgt sinistik ala ala mnonton maharaja lawak mega
Quote lkick2113 20-1-2015 08:34 AM
maksud lagha tu pun i bet dia tak tau...
Quote atira 20-1-2015 08:36 AM
yoga tak boleh... Zumba tak boleh..
terkangkang depan tv aja la uols.. tgk ajl ... baru la syumul


Quote yayaji 20-1-2015 08:39 AM
kita hidup ni kena sentiasa bersederhana, kalau lebih2 sgt, ni lah jadinya.
terlebih tonton TV, terlepas waktu solat, terlebih senaman nnt sakit jantung pulak, terlebih bersosial, nafsu take over, terlebih bercakap org komplen...buat kajian dulu encik mail, then baru bg statement with whatever evidence and facts...baru org respect. Ni buat statement mcm baru keluar gua, sapa lantik jd presiden pekenama persatuan ni?
Quote xAthenax 20-1-2015 08:40 AM
Zumba itu dikata lagha?

like i said time and again
give and take 1o years
there will be more DON'Ts then DOs in Malaysia
menuju ke arah zombie society
Quote mdhelmi 20-1-2015 08:41 AM
mungkin diorg anggap semua benda baru lagha kot
Quote famri7 20-1-2015 08:50 AM
Wah zumba jua haram..selayaknualah ummah meleis jadi gemok gedempol lemak babat berlipat2 bau hanyir.zizik.

Jadinya yang halollan adalah berkuntum depan tv tgk juara lagu, main chess di warong2, mengumpat dan jua berjenaka seks.

At this rate, nescaya meleis mencapai wawasan 2020 pada 2100.cash lah.
Quote wanlya 20-1-2015 09:05 AM
tension aku dengan mereka ni.....semuanya xboleh semuanya xkene kat mata depa....pleaselah zumba tu bukan sekadar hiburan semata2 ok....bab retis peluk2 dalam tv tu x berani plak korang nak komen kan...ntah pape ntah...
Quote cik_kembong 20-1-2015 09:10 AM
Tak dapek lah den nak berzumba lai lopeh ni....
Quote WawaRaRa 20-1-2015 09:13 AM
aduyaiii apa slh ngan zumba??? yoga tu pon mula2 aku pon pndg serong gak.. pas aku try... aku rasa x der apa pon cuma dia cam streching secara slow gitu... best pe yoga... mana ada baca mantra ke apa...

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.176700 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top